16 April 2016
bismillahirrahmanirraheem!
alhamdulillah, masih ada kesempatan untuk menaip. alhamdulillah, segala kekusutan dah selesai. alhamdulillah for everything
dahsyat sangat Allah cuit aku kali ni. sampai nangis nangis. dua post yang lepas, sayu je kan tulisan aku. acah orang heartbroken tahap kritikal. ya, memang kritikal pun
selisih faham dan masing masing terus mendiamkan diri. dua dua ego. dua dua tak nak mengalah. masing masing tunggu salah seorang text dulu. mengada kan sayang?
sayang ni kuat jealous betul, orang mention dengan makhluk makhluk kat twitter tu bukannya orang ada perasaan pun pada nama *sekian sekian. tambah tambah lagi, sayang terus tak reply whatsapp orang ni. makin lah kusut. makin lah runsing
orang tak tahu nak buat apa selain tunggu sayang reply. lastly, orang decide nak text sayang terus. tak puas hati betul, kenapa sampai ke sudah sayang tak reply. haa jealous rupanya. kenapa tak cakap awal awal? penat tau menangis ni sayang, hidung pun tersumbat ermph!
tergamam tau sayang sebab orang tak pernah dapat rasa sayang marah melenting macam tu. marah yang amat. blurp! lama orang tenung phone, fikir dua tiga kali nak taip dan send pun. kita dua masa tu masing masing tengah panas, kalau dua dua reply dengan panas panas, habis hancur kita sayang. jadi orang pilih untuk calm down. masuk tandas, ambik wuduk. yela, dengan adanya wuduk, sedikit sebanyak dapat redakan panas dalam hati ni. jadi takdelah orang reply ikut perasaan hati sangat
tarik nafas dalam dalam dan hembus slow slow. biar sayang yang panas tapi orang yang sejuk. baru lah senang nak deal. sayang tak puas hati dengan makhluk yang nama sekian sekian tu, okay jadi orang decide block dia terus. tak nak panjangkan cerita. tapi sayang masih panas lagi. masih nak menyindir dengan segala kata kata yang ada pada mention tu
hehehehe, kantoi lah sayang stalk orang. cemburu dalam diam. biar sayang marah panas macam mana sekalipun, orang tetap chill. sebab orang dah sejuk dengan wuduk. so rilek, orang tak boleh ego. tak boleh ikut perasaan. punya lah lama nak deal dengan sayang ni. amboi, tengah pagi buta pulak tu. gigih orang bangun hadap laptop padam semua twit yang ada
orang buat semua ni pun sebab tak nak keadaan makin keruh and kusut lagi. macam orang kata pada sayang, orang tak nak hilang sayang sebab benda remeh temeh macam ni. ada masalah, tak puas hati kat mana, kita cakap, bincang sesama. jangan pernah menghukum dengan diam dan terus diam. diam tu tak dapat selesaikan apa apa pun melainkan bertambah kusut. masing masing dah besar, kalau boleh tu nak lah sampai ke perkahwinan. malas nak bercinta banyak kali dah. sayang pun tahu kan tu
puncanya memang dari orang, kalau orang tak reply mention makhluk yang nama sekian sekian tu, sayang takdelah nak hot as paprika macam ni. orang cuba jelas kat sayang yang orang dengan dia tak ada apa apa pun dan sayang reply, "sama macam kita dulu. dulu pun kita start dari tak ada apa apa."
dan ayat sayang lagi satu, "besar dah, pandai pandai fikir sendiri"
okay sayang, sekarang orang dah faham apa yang sayang maksudkan semua tu. alhamdulillah, bersyukur Allah masukkan sayang dalam hidup orang. kadang orang rasa orang dah matang tapi hakikatnya tidak pun. kadang orang rasa diri orang saja yang betul hakikatnya tak pun. sedikit sebanyak sayang perbetulkan diri orang ni. pemikiran and so on. alhamdulillah!
dari segi umur pun, kita beza lebih pada lima tahun kan sayang. hmm, sila tabah lah sayang untuk hadap perangai, kerenah, ragam orang yang entah apa apa ni. iloveyou 💫❤

ANDA SEDANG MEMBACA
sayang
Romancewujudnya rasa sayang--maka adanya rasa sakit. ada bahagia---ada duka. tidak harap banyak melainkan apa yang dirancang menjadi kenyataan. insha allah