Ihya' Ramadhan

22 2 0
                                    

Teringat waktu belum menginjak remaja.
Terdengar ayah berkata, hidup di dunia jangan jadi pencacai ugama.
Jangan letak agama hanya pada nama.

Pesan ayah keampunan bukan percuma.
Untuk mendapatkannya, kita perlu meminta.
Sedangkan Nabi Adam yang hanya melakukan satu kesilapan dicampak ke dunia, inikan kita manusia.
Kenapa masih sombong untuk bertaubat meminta diampunkan dosa?

Jangan kata tunggu hidayah baru nak jalankan suruhannya.
Hidayah bukan diberi pada manusia yang alpa.
Hidayah diberi pada manusia yang mendapatkannya dengan usaha.
Hidayah allah juga bukan percuma.

Pesan ayah lagi, hidup di dunia perlu berpesan-pesan.
Agar dapat dibetulkan kesilapan. Bukan niat nak menunjuk, tapi niat kerana tuhan.
Semoga kita dapat membetulkan yang silap dan menambah baikkan amalan di bulan ramadhan.

*ps: SELAMAT BERPUASA 😊

Tulisan HatiWhere stories live. Discover now