Wanita Terhebat

21 3 0
                                    

Masa lahir aku beri dia keperitan.
Masa keanak-anakkan aku beri dia kesusahan.
Masa remaja aku beri dia tangisan.
Tidak pernah terlintas dalam benak fikiran aku memikirkan segala kerisauan.

Kerisauan yang lahir dalam hati dia dari mula dia mengetahui akan ada seorang anak yang bakal lahir ke dunia ini.
Kerisauan dia memikirkan mampukah dia menjaga anak ini bila dah lahir ke dunia nanti.
Kerisauan dia untuk memenuhi segala permintaan yang dituruti. Kerisauan melihat anaknya yang bakal menjadi dewasa dan melangkahkan kaki ke universiti. Dan ini kerisauan yang benar-benar tertanam dalam diri "nak ke anak aku jaga aku bila dah tua nanti".

Terlalu banyak jasa yang telah dia berikan.
Dari mengajar aku berjalan hingga ke erti kehidupan.
Tidak cukup rasanya jika dibayar dengan belian.
Saiz badan.
Duit gaji bekerja sebulan.
Keperitan ketika melahirkan.
Waktu tidur yang berkurangan.
Kepenatan yang didiamkan.
Membesarkan anak tanpa bosan.
Mustahil untuk dibayar jika ini semua ada bayaran.
Kerana tiada apa yang senilai untuk ditukar gantikan.

Tidak aku nafikan bertapa besarnya pengorbanan dia membesarkan kami.
Bertapa besarnya pengorbanan dia hingga aku tidak mampu mencari ganti.
Pengorbanan dia membuatkan aku tidak mampu hidup jika tanpa dia disisi.
Kerana tanpa dia aku hilang satu doa yang diberkati.
Tanpa dia aku hilang insan yang begitu dihargai.

ps: tiada kata dapat ditulis untuk rasa kasih ini. Tiada lagu dapat digambarkan rasa sayang ini.
Kerana antara berjuta, kau yang teristimewa 😘😘

Tulisan HatiWhere stories live. Discover now