Its Ramadhan gais. So mestilah puasa kan,lagi-lagi yang muslim. Wajib berpuasa.
Dekat rumah, memanglah kau rasa macam tak penat je puasa lagi-lagi time cuti ni kan memang takda buat apa lah.
Remaja, of course lah dengan fone je tak makan pun sanggup.Puasa dekat rumah dan tak penat tu dah kira nikmat lah tu. Tapi, rugi lah. Sebab kau duduk dalam bilik terperap dengan fone. Tujuan? Konon nak hilangkan rasa lapar. Acah lah kau ni. Kan rugi tu. Kat rumah tak berpenat-penat buat keje kenapa kau tak rasa yang kau patut ambil wuduk duduk dan baca Al-quran? Haaa pahala free je dapat tau. Berlipat ganda pulak tu. Please gais. Jangan sia-siakan masa yang ada. Ramadhan sekali je setahun.
Dekat sekolah atau dekat asrama, kau banyak buat kerja. Yeah. Memang penat, nak-nak bila haritu subjek banyak, ,beg berat dan kau perlu naik turun tangga untuk pergi kelas. Fuh! Tipulah tak penat. Dengan cuaca panasnya lagi kan. Memang biasa masuk bila terus tidur lah kan sebab penat sangat and no time to read Quran cause you're sleeping.
Selalunya dekat asrama, mesti pihak yang bertanggungjawab dah susun baik-baik jadual waktu untuk aktiviti bulan Ramadhan ni kan. Contohnya macam balik sekolah, solat zohor then pergi prep. Balik prep solat asar dan ada tadarus Al-quran. Tu kira baik tahu dah siap jadual dan kau perlu ikut je.
Tapi kenapa? Kenapa mesti ada lagi yang masih nak ponteng tadarus Al-quran tu? Tak lama pun. Sekejap je. Setengah jam. Kau baca, kau dengar orang baca. Banyak pahala yang kau akan dapat. Tapi tu pun kalau kau ikhlas lah. Kalau mulut tu asyik nak merungut, mencarut je haaaa sia-sia lah.
Then, biasanya budak asramalah yang ada kes ponteng puasa ni kan. Yang duduk rumah pun ada jugak. Cuma nak tekankan kepada yang duduk asrama ni.
Yeah,i know. Penat sangat. Lapar sangat. Haus sangat. Dah tak tahan rasa macam nak mati dah. Tapi.. itu bukan satu alasan untuk kau terus buka puasa. BUKAN. Melainkan kau ada penyakit yang kronik sangat.
Ingatlah kawan.
" Sehari kau tak puasa atau boleh dikira ponteng puasa bukan atas sebab keuzuran,
then kau nak ganti balik puasa tu, ianya sama sekali tidak diterima. ☝
Walaupun kau puasa setahun penuh untuk gantikan puasa yang sehari tu. Tapi itu tetap tak dikira. So, jangan nak gatal-gatal untuk tak puasa ya.Kalau kau ditanya di akhirat nanti, Jangan cakap aku tak bagitahu ya. Kau yang tak take note. Tak lama pun puasa. Sekejap je. Manfaatkanlah waktu berpuasa dengan benda yang berfaedah okay.
Sekian.
Happy Iftar gais. 😉