Impian

488 6 0
                                    

Selepas habis percubaan pmr mak yg tolong aku mohon masuk sekolah teknik dgn sekolah sbp samura menurusi online. Aku pun tak jangka and harap lah dapat sbp samura tu sbb tu semua utk budak budak pandai gila gila. Bukan macam aku ni, malas sikit je tapi adalah juga nak belajarnya. Jadi tiba hari keputusan pmr, alhamdulillah aku dapat 5A. Tapi yg selebihnya tu aku memang tak minat sangat, tu yang dapat B dengan C tu . KH dapat B, sejarah dengan geografi dapat C . Tapi apa boleh buat kan, itu je yg aku mampu bagi dekat mak dgn abah.

Aku sekolah dekat convent ni sejak tingkatan 1. Bila naik tingkatan 4, masing masing tak tahu dapat kelas apa masa hari pertama sekolah. Masa tu cikgu tengah bacakan nama nama mengikut kelas berdasarkan keputusan pmr. 4 sains 1 dah tentulah semuanya 8A. 4 sains 2 pula 7A dan 6A. 4 sains 3 , 5A dan 4A. 4A bagi budak budak yang hanya ambil 7 subjek macam budak cina atau india yang tak ambil bahasa cina atau bahasa tamil. Masa cikgu tengah baca senarai nama ikut kelas, ramai juga kawan kawan aku yg dah masuk kelas 4 sains 1 dan 2. Jadi aku tak rasa aku boleh masuk kelas 4 sains 3 sebab aku ada yg dapat C dekat keputusan aku tu. Jadi mustahil lah nak dapat pure science stream. Aku redha je apa yg dapat, aku teruskan. Dah tiba pula sampai senarai nama kelas 4 sains 3. Aku cukup berdebar debar dan fokus betul betul apa yg cikgu cakap. Tiba tiba, "MIZAN MAISARAH BINTI MANSOR. SILA BERATUR IKUT KELAS." Aku masa tu syukur sangat sangat ini lah usaha yang aku kejar selama ni. Ramai yang agak terkejut aku dapat kelas 4 sains 3 sebab dekat sekolah tu tu 4 sains 1, 4 sains 2 dan 4 sains 3 orang pandang agak tinggi sebab 3 kelas tu memang amik aliran sains tulen. Untuk kelas 4 sains 4 pula, aliran sains juga tapi subjek biologi tak ada dalam aliran sebab subjek biologi diganti dengan subjek prinsip akaun. Subjek fizik dan kimia tetap ada, kelas tu hanya lah satu satu kelas aliran sains ikhtisas. 4 merah adalah kelas akaun sepenuhnya. 4 jingga dan 4 kuning pula kelas sastera, subjeknya ekonomi asas dan perdagangan. Kalau tak silap aku. Jadi, aku agak bangga sebab aku dan dua lagi budak melayu yang berjaya jadi salah satu pelajar 4 sains 3. Kira budak melayu ada 3 orang je, yg lain semua cina dan india. Tiba kelas agama, ramai kawan kawan sekelas masa tingkatan 3 dulu tegur dan cakap kat aku, "WAH, BUDAK PANDAI BUDAK PANDAI." Aku hanya mampu tersenyum je. Nanti kata berlagak pula kan. Aku biarkan cakap cakap orang, mulut orang kan siapa dapat tutup?

ImpianWhere stories live. Discover now