Setelah habis cuti raya cina, hari isnin juga aku kena lapor diri kat sekolah teknik. Pagi tu aku bangun tapi agak berbeza daripada hari hari lain. Kasut sekolah aku bukan warna putih lagi tapi hitam. Nampak je macam pengawas tapi bukan. Lepas siap siap, mak dan kakak aku yg hantar pergi sekolah lama aku kejap sebab nak pulangkan buku teks.
Dah sampai, masa nak cari cikgu yg handle buku pinjaman ni, aku terserempak dengan Puan Ng. Dia yg ajar aku addmaths dan mathmod selama 2 bulan kat sekolah lama aku ni. Aku terus tegur dia, "HI TEACHER! IM MOVING TO TEKNIK." Dia pun balas, "EHH YEAH HI. REALLY? WHICH TEKNIK?" Aku cakap, "TEKNIK BKT PIATU." Dia balas lagi, "HA ITS GOOD LAH. GOODLUCK OKAY!" "THANK YOU TEACHER". Puan Ng ni agak rapat juga dengan aku kerana sepanjang 2 bulan aku di sekolah lama aku adalah ketua tingkatan. Ramai juga yg nak sangat aku jadi ketua tingkatan, aku pun tak tau kenapa. Masa form 2 relax je aku handle. Tapi bila dah form 4 ni, rasa beban yg teramat Tuhan je tau.
Minggu terakhir sekolah aku pernah mengadu dekat Puan Thor, guru kelas aku dan masa form 3. Ya, tu lah nama dia. Jangan gelak ya. Dia ajar aku science dan bila naik form 4 dia ajar aku chemistry pula. Masa dalam mengadu tentang perangai2 classmate, sambil tu la Puan Thor bagi nasihat supaya banyakkan bersabar. Jangan fikir dia orang nak cakap apa. Aku hanya sambung dengan terus mengadu ada yang mengata belakang, ada yang berperangai macam dia ketua dan menyuruh aku untuk ubah kelas ubah itu ini semua. Paling aku tidak tahan, terus bergenang air mata dan terus teresak esak saat aku ceritakan segalanya yang berlaku dalam kelas. Seseorang yang aku fikir dialah yang aku boleh percaya. Tetapi mengata belakang dan seolah olah aku rasa dibuli dengan cara mengarah macam2, dan lain lain lagi. Aku kalau boleh tak nak menyusahkan sesiapa. Aku tak sangka kawan yang sebangsa dan seagama sanggup berperangai macam tu. Tetapi biarlah, siapa aku nak balas perbuatan dia. Aku bertambah sebak dan tak henti menangis kerana aku terlalu pendam perasaan. Aku tau aku kurang cekap dalam belajar, lainlah dia. Semuanya cepat serap dalam otak. Aku buat keputusan untuk serahkan jawatan ketua tingkatan pada orang yang lebih berhak dihormati dan disanjungi.
Lepastu dah pulang buku teks. Aku naik kelas kejap. Nak lepaskan rindu buat kali terakhir sekolah sama sama. Aku panggil kawan2 aku dari semua kelas. Seorang demi seorang keluar mintak kebenaran. Semua macam jerit sebab bangga dengan kawan yang berpindah sekolah sebab dapat tawaran belajar di sekolah teknik. Aku terharu dengan kawan kawan aku ni semua. Ada yang tanya, "MIZAN, KAU PENGAWAS KE?" , "EH TAKLAH." , "HABIS TU,PAKAI KASUT HITAM?" , "OH KAT TEKNIK SEMUA STUDENT DIA PAKAI KASUT HITAM." , "OOOOH.". Ramai yang cakap "GOODLUCK KAT SANA, BELAJAR BETUL2. SIAPA YANG BULI KAU KAT SANA NANTI CEPAT2 BAGITAHU AKU TAU." Aku hanya beri senyuman yang penuh makna.
YOU ARE READING
Impian
Teen FictionSeorang remaja perempuan yg sgt malu dengan lelaki kerana bersekolah di sekolah convent sejak sekolah rendah. Tiba tiba berpindah ke sekolah campur lelaki perempuan. Apakah yg bakal dihadapinya?