Berat hati

122 7 0
                                    

Selepas 2 bulan, aku dapat tawaran masuk sekolah teknik beserta asrama. Aku bersyukur sebab dapat puaskan hati mak abah sebab dulu abah pernah mohon tapi tak dapat. Masa tu balik sekolah, hari khamis hari kedua terakhir sebelum nak cuti sekolah sempena tahun baru cina.Mak yg ambil aku. Dalam mak tengah pandu kereta tu mak cakap, "ZAN, KALAU DAPAT TEKNIK PERGI EH. YELAH, BUKAN APA, DAH IKHTIAR SAMPAI MOHON NAK MASUK SANA 3 KALI KAN. DAH DAPAT TAKKAN TAK NAK PERGI PULAK." Aku hanya menjawab, "HM HA." Bercelaru sekejap fikiranku nak memikirkan hal ini. Dulu aku beriya nak masuk sekolah ni sekolah tu, tapi bila dah dapat, berat hati nak tinggalkan sekolah kesayangan aku ni. Satu je yg best pasal sekolah aku ni, sebab pelajar dia semua perempuan dan ada sukan/permainan kelab bowling. Sebenarnya aku adalah atlit sukan ten pin bowling di sekolahku. Akulah satu satunya atlit bowling yg cikgu cikgu bowling aku harapkan.

***

Sampai rumah, aku terus whatsapp kawan kawan aku, "ASSALAMUALAIKUM KORANG. AKU NAK BAGITAU SOMETHING NI. MAYBE ESOK AKU LAST SEKOLAH KAT SINI. SEBAB AKU DAPAT TAWARAN PERGI TEKNIK. AKU HARAP KORANG PAHAM. ESOK KITA SEMUA JUMPA. DATANG TAU ESOK."

Dalam waktu petang, ada seorang kawan aku telefon aku bertanyakan betul ke nak pindah. Dah fikir betul betul nak pindah? Kenapa nak pindah? Asal tak bagitau awal awal nak pindah? Penat aku nak bagitau kenapa benda ni semua boleh berlaku. Ini kehendak mah abah aku, takkan tak nak ikut pula.

ImpianWhere stories live. Discover now