Aku Aiman,20. Aku seorang pembunuh upahan Japanese Secret Army atau lebih dikenali dengan JSA.Aku bukan manusia biasa lagi selepas perkara yang berlaku 2 tahun yang lalu iaitu Ekperimen New Reborn. Pada waktu itu, 2 orang saintis telah terkorban semasa dalam kajian.Aku telah disahkan sebagai eksperimen yang gagal.
Seminggu seterusnya, sesuatu perkara yang luar biasa telah berlaku pada aku. Kemudiannya, Akira telah meletakkan aku sebagai eksperimen yang sempurna.
2 tahun berlalu, kini JSA memberi aku tugasan dan tugasan ini aku kena laksanakan secara secara berpasangan.Aku bersama...
"Hey! Chibi!" Jerit pasangan sekerja aku.
"Nani[Apa]?! Shirou-san?!" Aku jerit kepadanya pula.
"Kau ni kita kena cepat,cepat lah sikit" Shirou memanggil aku dengan muka yang macam Kapibara...
"Ya! Aku datang ni!" Kami dalam perjalanan menaiki pesawat untuk pergi menjalankan misi di Rusia.
Akagi Shirou,22. Dia seorang pemburu khas JSA. Dia memiliki kuasa luar biasa iaitu menjadi serigala jadian. Serigala jadian dalam filem dia bertukar bila dia nampak benda bulat tetapi dia bertukar dengan menggigit bibirnya. Dia merupakan subjek bagi Eksperimen Biologi Kelas 4 (Aku tak tau apa kelas 4 itu) dan dia merupakan salah satu daripada 4 subjek yang berjaya dalam eksperimen dalam lingkungan 1000 subjek yang sukarela menawarkan diri. Bahasa Melayu dia pun kurang fasih.
"Objektif kita adalah The Silver Blade of Maria. Kerja aku dapatkan pedang ni manakala kerja kau bunuh sesiapa sahaja yang ada dekat...dekat... dekat rumah tu"
"Senpai[Senior]... senpai tak nampak seperti orang yang profesional" kata aku mempersendakannya
"Urusai[Diam] Aiman. Kau tak ada lah sehebat mana" katanya dengan muka yang merah sebagai tanda malu.
Dalam khusyuk bersembang, kami mendapat pesanan dari HQ.
"Aiman,Shirou... sesudah kamu sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Rusia kamu akan dijemput oleh seorang ejen khas yang bernama Alisya V. Uluisyiela. Dia adalah rakan setugas kamu" kata Akira dalam talian yang asyik memjilat lollipopnya.
"Akira, kenapa kita perlukan orang Rusia untuk tolong kita? Lagi pun dia orang Rusia" Kata aku dengan serba sedikit tertanya-tanya.
"Kita perlukannya sebab kita JSA bersekutu dengan Russian Military Laboratory 1942. Dan Organisasi ini tidak berpihak kepada akta dasar Kerajaan Rusia sejak Perang Dunia Kedua. Lagi pun organisasi mereka telah dianggap sudah lenyap sejak tahun 1981" terang Akira dengan mukanya yang serius.
"Okay..." Aku dan Shirou hanya menganggukkan kepala sahaja.
"Lagi satu, kita perlukan Alisya juga adalah atas sebab kurang mahirnya Shirou dalam membaca peta... Hahaha..."
"Pffft..hahaha... Senpai tak tahu baca peta...hahaha..." Tawa ku sambil mengejek Shirou.
Shirou berasa sungguh malu...
"Urusai!"
"Haha...ha... hurm... Baiklah kamu berdua, selamat menjalankan misi" kata-kata akhir Akira sebelum memutuskan panggilan.
-Lapangan Terbang Antarabangsa Rusia-
"Aku akan tunjuk aku boleh baca peta" kata Shirou dengan membara.
"Hey senpai, sudah-sudah lah tu..." sambil menuruni pesawat... aku terlihat seorang perempuan di dalam bangunan di lapangan terbang. Perempuan itu merenung tajam tepat pada kami berdua.
"Aku rasa aku patut diam buat seketika" kata ku dalam hati.
"Nampaknya tak ada orang yang jemput kitakan?" Kata Shirou sambil tersengih.
Tiba-tiba perempuan yang aku terlihat tadi menuju ke arah kami bersama seorang lelaki berpakaian sut.
"Welcome to Russia! My litte squad" kata lelaki itu dengan penuh senyuman.
Aku dan Shirou tidak mampu berkata apa-apa.
"Kamu berdua tak tahu berbahasa antarabangsa kah?" kata seorang perempuan yang bersamanya dengan bahasa Melayu?!!
"Kami bukan tak tahu,cuma kami tak tahu apa yang nak dikatakan" kata ku dengan spontan.
"So, let's go to our HQ" kata lelaki itu.
-RML 42 HQ-
"So, di sini kita boleh berbahasa dengan bahasa yang kamu faham" kata lelaki itu dengan bahasa Melayu.
"Okay, siapa nama awak?" Kata aku yang sememangnya dengan penuh spontan.
"Saya Jeneral Volska, salah seorang jeneral daripada 3 orang jeneral terhebat RML"
"Oh, dan dia dah semestinya..." sebelum sempat aku menghabiskan kata-kata ku
"Alisya V. Uluisyiela, New Reborn dari Rusia" kata Jeneral Volska.
"New Reborn? Apa tu?" Aku yang baru dengar perkataan itu bertanya kepada Jeneral.
"Jadi kamu tidak didedahkan berkenaan New Reborn? Baik lah saya akan terangkan apa itu New Reborn. New Reborn adalah manusia baru dengan kebolehan untuk mencipta senjata. Seperti kamu juga, kamu adalah New Reborn yang dilahirkan dari JSA.Kajian pertama New Reborn telah berjaya 17 tahun yang lalu. Tetapi data-data untuk membuat campuran kimia itu sudah hilang.Kajian untuk mencipta semula campuran kimia yang dipanggil Serum NR46 telah mengambil masa hampir 10 tahun. Akhirnya ia telah berjaya. Hanya manusia yang memenuhi aspek yang di tetapkan oleh Prof. Takahano Kaminari sahaja boleh disunting serum ini" jelas Jeneral.
"Takahano Kaminari?"soal aku.
"Ayah Akira,Kaminari Akira" jawap Shirou.
"Alisya dan kamu adalah New Reborn... Saya harap kamu bertiga dapat menjalankan misi kamu dengan jayanya" kata-kata Jeneral dengan penuh membara.
Kami berehat buat sementara,untuk memulihkan penat kami dalam perjalanan ke sini. Aku lihat si Alisya macam tak ada kemahiran berlawan pun. Apa-apa pun kami di berikan bilik untuk berehat. Argh!!! Hari yang memenatkan.
5 minit kemudian
Aku lihat Shirou sudah terlelap. Dalam fikiran aku,rasa nak merayau sahaja di sekeliling pengkalan ini.
Okay aku sudah tetapkan, aku akan merayau!
Aku keluar daripada bilik kami dengan perlahan-lahan. Tak mahu kejutkan si Shirou yang tengah nyenyak dibuai mimpi.
Dalam langkah demi langkah sekumpulan skuad tentera tengah lalu di depan ku. Aku terlihat Alisyah?! Sedang berada di tempat konduktor.
"Apa kau buat dekat sini Ejen Aiman?!" Alisya meningking aku dengan suaranya yang seperti nak makan orang.
"Alisy..."
"Panggil aku Cik Alisya, kita bukannya kawan!"
"Cik Alisya... saya tengah berjalan-ja..."
"Ini bukan taman untuk berjalan-jalan! Ini pengkalan! Di sini aku orang ke-4 berkuasa! Pergi balik ke bilik kau!"
Dia macam tak bagi aku untuk cakap habis...
"Baiklah, apa kata kita berlawan. Jika saya kalah saya akan ikut segala arahan Cik A-li-sya. Jika Cik A-li-sya kalah, cik tak boleh arahkan saya seperti cik sudah lakukan tadi" kata ku dengan mengugut
"Baiklah!" Katanya dengan muka yang serius.
Kami menuju ke bilik latihan. Di mana bilik itu seperti Dojo (Mungkin mereka sukakan seni Jepun)
Alisya menanggalkan pakaian tenteranya. Aku dapat lihat dia seorang perempuan 15 tahun yang mempunyai rambut yang panjang berwarna perang.
Aku hanya memakai hoodie berlengan pendek berwarna hitam bergaris biru dan bersertakan topi.
Alisya nampak sudah bersedia, aku pun sudah bersedia dengan Poker Face.
"Baiklah! Perlawanan dalam kiraan
3! 2! 1!"
YOU ARE READING
BLACK RIDER:THE SILENT ASSASSIN
Science FictionMengisahkan seorang pembunuh upahan yang mempunyai kuasa untuk mencipta pelbagai benda yang terdiri daripada pelbagai unsur logam. Dia telah menyertai satu organisasi selepas dirinya menjadi bahan eksperimen mereka. Bersama dengan rakan sepasukanny...