Dunia ini penuh dengan kesalahan,jenayah,kerosakan dan keganasan di mana selalu merasuki diri manusia. Ramai pada hari ini menyalah anggap bahawa tujuan pengganas adalah untuk menguasai satu kerajaan. Dunia ini bukanlah baru, dunia ini sudah tercipta berjuta-juta tahun. Pengganas pada hari ini kebanyakkan muka yang ganas,marah dan bengis. Memang patut mereka senang ditangkap. Sebabnya "Hati yang panas yang di masuki angin panas hanya membawa kegaggalan pada objektif" bak kata ketua aku lah. Siapalah yang nak tertangkap kalau dah lakukan kesalahan.
Baiklah mungkin aku akan bagi tahu apa yang tak kena pada era yang aku hidup sekarang ini. Era yang aku hidup sekarang ini semua dilengkapi dengan teknologi moden dan sistem pembelajaran pun semakin mudah(Tak macam zaman aku). Perkara yang tak kena pada era ini ialah pemimpin,keselamatan dan kehidupan orang awam yang luar daripada jangkaan aku. Dalam 2 tahun lepas, aku telah bekerja sebagai pengawal keselamatan di Muzium New York.
Pada suatu malam, dalam waktu aku meronda untuk memastikan semua barang-barang muzium terjaga aku terlihat 5 bayang lembaga di ruangan artifak purba. Aku jalan dengan perlahan-lahan, aku terlihat 5 orang perompak sedang mencungkil seketul kristal saripada TABLET OF DOOM. Aku sebagai pengawal keselamatan bertindak dengan langkah yang ekstrem sambil mengeluarkan sebilah pisau dari poket.
"Hey, you! Little piggy go away from there!" kata ku sambil menghalakan pisau kepada mereka.
"What a... Bob! Throw that tablet to him," kata salah seorang perompak yang muka seperti "The Rock".
Lelaki bernama Bob itu mengambil TABLET OF DOOM yang ingin dicampakkan ke arah aku itu tiba-tiba tertumbang.
"Hey, Bob? What is going on?" Kata salah seorang lelaki yang berada di sebelah Bob.
Aku dapat melihat darah mengalir daripada badan Bob itu. Aku lihat tiada apa-apa kesan tikaman dari belakang laki itu. Tiba-tiba 2 orang lagi rakan mereka tumbang dan darah mengalir dari arah belakang badan mereka...
Aku terfikir kenapa mereka asyik menggoyangkan badan rakan mereka?
"Mereka tidak tahu rakan mereka sudah mati dan mereka tidak nampak darah mengalir keluar" aku terkejut dengan suara itu. Aku lihat sekeliling... tiada siapa.
Dalam beberapa saat lampu terpasang dan terlihat seseorang berpakaian tuksido di tepi tempat yang mempunyai suis lampu. Laki itu mematikan lampu...lalu membuka semula...
Aku hanya melihat lelaki itu sahaja daripada tadi...aku melihat perompak itu kembali... dan semuanya mati."Aiman, disebabkan kau boleh lihat darah walaupun tiada... aku nak kau ikut aku atau tak aku bunuh kau" kata laki itu.
"Huh!? Ikut kau? Tunggu seke..." sebelum sempat aku menghabiskan kata-kata aku itu.
"Aku tahu nama kau berdasarkan tanda nama kau" sambil dia menunjukkan tanda nama aku.
Aku tiada pilihan selain ikut dia.
-PENGAKALAN RAHSIA-
"Akira-kun, aku perkenalkan kau subjek baru untuk eksperimen kau, Aiman{Bahasa Jepun}" kata laki itu dengan Poker Face.
"APA?! SUBJEK EKSPERIMEN?!{Bahasa Jepun}" aku berasa sungguh terkejut.
"Baiklah semoga berjaya!!!{Bahasa Jepun}" laki itu meninggalkan kami dalam sebuah makmal.
Aku lihat perempuan nama Akira ini macam budak sekolah tinggi...
"Kau! Aku tak tahu orang mana yang Kurosuke bawa kepada aku. Yang aku nak tahu kau ada apa-apa kemahiran?" Kata Akira dengan bahasa Melayu yang cukup fasih tanpa pelat sedikit pun.
"Aku ada kemahiran berlawan sedikit, cukup untuk jaga diri dan pengetahuan Sains dan Teknologi tahap 3" aku cakap seperti tiada apa-apa yang yang menarik.
"Hurm... Kemahiran kau hampir mencukupi semua aspek-aspek yang aku inginkan dalam eksperimen ini" kata Akira sambil menjilat lollipopnya dengan tersenyum.
Dalam beberapa jam kemudian, aku telah disuntik dengan bahan kimia. Bahan kimia itu membuatkan aku liar sehingga dikatakan aku telah membunuh 2 orang saintis yang berada di dalam makmal kajian dan Akira mengesahkan eksperimen sebagai gagal.
Penglihatan aku seperti mendekat dan menjauh dan akhirnya aku pengsan semasa aku di dalam makmal itu.
Bila aku sedar, aku dikurung di dalam bilik tanpa makanan selama seminggu dan selama seminggu itu aku hanya tidur.
Semasa Akira lalu di bilik kurungan, Akira terlihat cahaya berwarna biru muda keluar dari bawah pintu lalu dia membuka ruangan kecil untuk memasukkan makanan. Dia terlihat aku sedang tidur dan di kelilingi kristal berwarna biru muda itu.
Tiba-tiba aku terjaga,
"Huh? Akira?" Aku memandang terus menerusi ruangan kecil itu.
Semasa aku berdiri,cahaya itu membentuk kepada bentuk gear dan komponen alatan. Aku lihat ia seperti komponen pistol. Aku cuba mencapai satu komponen seperti rod dengan tidak sengaja komponen-komponen di sekeliling aku bergabung dengan komponen yang aku ingin capai.
Sungguh mengejutkan aku apabila komponen-komponen itu bergabung menjadi sejenis pistol yang tidak pernah wujud dalam dunia realiti. Pistol itu mempunyai lampu neon.
"Aiman! Tembak pintu ni cepat!" kata Akira dengan menjerit ke arah aku.
Sebelum ini aku tidak pernah gunakan pistol sebenar dan aku baru tersedar yang pistol ini tak berat dan aku tak goyang semasa pegang. Aku seperti pegang pistol mainan.
"Baiklah aku akan tembak, Akira kau ke tepi jangan berada di depan pintu" arah aku kepada Akira.
Akira menjauhkan diri daripada pintu dengan perlahan-lahan.
"Baiklah aku akan tembak... BANG!!!"
Aku terpelanting ke belakang. Pintu yang aku tembak itu berlubang sehingga meninggalkan kesan api terhadap besi.
Daripada itu,aku bukanlah eksperimen yang gagal. Aku di latih sepenuh masa sehingga aku dapat mengawal kekuatan kuasa yang sangat kuat.
Setelah 2 tahun dan waktunya adalah sekarang aku ditugaskan oleh Japanese Secret Army untuk menjadi pemberontak, pengganas dan pembunuh upahan yang dikehendaki seluruh negara termasuk Jepun sendiri yang bermula dengan Poker Face...
dan dalam masa yang sama, aku gelarkan diri aku sendiri Black Rider.
Aku pembelot negara?
Aku hanya memburu
kebenaran dan kejahatan
"Mati dalam seribu kehendak Maut"
*Black Rider Never Lose*
YOU ARE READING
BLACK RIDER:THE SILENT ASSASSIN
Science-FictionMengisahkan seorang pembunuh upahan yang mempunyai kuasa untuk mencipta pelbagai benda yang terdiri daripada pelbagai unsur logam. Dia telah menyertai satu organisasi selepas dirinya menjadi bahan eksperimen mereka. Bersama dengan rakan sepasukanny...