"Aly , you dengan mama akan pindah Malaysia next month. You have to follow me okay ? And nope , abang Alfie dgn daddy tak ikut. " kata-kata mama malam tadi masih terngiang-ngiang di dalam kepala Aly. Dan perkara pagi tadi juga menganggu fikiran Aly. Hm apalah malang nasib aku. Daddy is my prince and forever will be. Takkan la nak tinggalkan daddy. Abang pun bukannya ada selalu, asyik busy dengan study je. Bisik hati kecil Aly. Tatkala mamanya berkata begitu , Aly berasa marah dan sedih. Marah sebab mama nya suka hati membuat keputusan begitu , dan marah sebab terpaksa meninggalkan daddynya.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Memang dari kecil , Zyon Alyna , gadis berketurunan German dan Melayu Siam lebih rapat bersama daddynya, Dato Alfian Baracl. Baginya , selain Alfie, daddy juga adalah segala galanya bagi Aly. Daddy dan Alfie sahaja yang fahamnya. Mamanya sentiasa sibuk menguruskan perniagaan keluarnya. Daddy juga sibuk , tetapi sentiasa ada masa untuk Aly ketika Aly memerlukannya. Walaupun baru berusia 17 tahun, Aly sudah faham tentang masalah yang dihadapi oleh daddy dan mama. Mamanya juga seorang yang agak wild , kaki minum dan kaki club. Baju tidak pernah menutup sebahagian dadanya dan juga lututnya. Daddynya juga tidaklah seorang yang alim , kahwin dengan mama juga ketika bertemu di Wild Caf Club , sebuah club yang terkenal di Germany. Namun, selepas Alfie dan Aly lahir , daddy nya sudah berubah sedikit. Hanya sedikit , iaitu tidak lagi menjejakkan kaki di tempat syaitan itu lagi.
Aly juga tidaklah baik sangat , rambutnya blonde mix pink. Berpakaian juga ketat walaupun tidak seketat mama nya. Masih bergaul dengan lelaki , berpeluk sesuka hati. Maklumlah , negara German. Tidak terlalu mementingkan soal itu walaupun tertulis di surat beranak *agama islam*. Abang Alfie juga tidak mampu menasihatinya kerana dia juga seperti daddy nya, tidak solat tetapi baik hati kerana tidak wild seperti mamanya dan Aly. Pernah sekali, Aly ternampak seorang wanita cuba menggoda abangnya , tetapi tidak dilayan. Bagi Aly , itu sudah cukup baik.
Aly juga tiada kawan di Germany kerana dia jenis tidak suka menegur orang , lalu dilabel 'sombong'.
"Aly....." panggilan daripada Alfie terus mematikan lamunan Aly. "Abang masuk ye ? " kata Alfie sambil duduk di sebelah Aly. "Aly , abang nak mintak maaf. Aly tahu kan abang sayang dekat Aly , sebab tu abang tegas. Abang..... " belum sempat Alfie menghabiskan kata-katanya , Aly terus memeluk abangnya. "Aly tahu abang tak salah , Aly yang over. Tapi adik sedih sebenarnya, dengan siapa adik nak kawan lepas ni ? " harap-harap abang kasihan dekat aku so dia boleh pujuk mama supaya cancel je plan nak pindah tu. Walaupun harapan tipis umpama kertas A4 tu , tapi why not try kan? Hehehehe
"Hmm, itulah adik ini sombong sangat. Dekat sekolah muka tu macam Gu Jun Pyo dalam cerita Boys over Flowers tu ! " Alfie hanya tergelak melihat lakonan adiknya itu. Ya , dia sudah faham sangat dengan perangai Aly , kalau tergedik-gedik tu , nak suruh pujuk mama lah.
"Abang ni kan ! Orang tengah serious ni, kata Aly macam Jun Pyo pulak. Emmm tapi kan abang ,sebenarnya apa sebab......" kata-kata Aly terhenti di situ apabila mama nya terjah biliknya "I dah kata kan nak jumpa you sekarang. Alfie, you pun ikut sekali. Mama tak larat nak jawab mulut adik ni sorang-sorang." Terus Datin Ariya berlalu ke swimming pool di bawah.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Lemah longlai sahaja kaki Aly berjalan ke arah mamanya. "hmm?" Aly menegur Datin Ariya. "Okay good , let's straight to the point jela okay ? Disebabkan Aly ni degil sangat , mama terpaksa bagi dua pilihan. First, follow me to Malaysia and leave your daddy and your brother. Don't worry , your life kat sana nanti macam anak raja. Apa je yang you nak , i bagi." Terbeliak mata Aly apabila mendengar pilihan pertama itu. eh serious ke apa mama ni ? Baik semacam je. Takpe , dengar dulu pilihan kedua. Huh
"Second, you still have to move to Malaysia , but with your lovely daddy..." seperti yang dijangka oleh Datin Ariya , Aly kelihatan lebih terkejut tetapi sangat happy. "OMG MAMA ! I'LL DEFINITELY CHOOSE THE SECOND CHOICE ! " Datin Ariya hanya tersenyum, "dear, i haven't finished. You akan pergi dengan daddy and sorry , ini bukan macam apa yang you imagine. Daddy tak akan terus jadi manager kat company , but he have to started from the bottom. Which means, dia kena kerja sebagai kerani dulu. And sad to tell you , hidup korang berdua akan terbiar or bahasa kasarnya 'merempat' ." Udang di sebalik batu betul Datin Ariya, patutla tiba - tiba sahaja macam baik.
"MAMA! you sedar tak you cakap apa ni ? Itu daddy kot ! Your husband ! You ni memang tak berhati perut kan ? You sengaja nak revenge kat I untuk hidup susah dekat Malaysia tu sebab I tak nak dengar cakap you at the first place , but you cant do this! Daddy tu lebih daripada layak untuk jadi manager ! " Aly sudah terlalu geram dengan mamanya , membuat keputusan yang menyusahkan daddy tersayangnya. Lantak lah jadi anak derhaka ke apa. Mama memang dah melampau.
"So Aly , you nak yang mana ? If you tak bagi answer in 5 minutes , you havr to follow me." Tegas sahaja Datin Ariya mengeluarkan arahan.
"Mama, please dont do this to me . "Aly menyeka air matanya yang sudah turun macam air paip. Tapi takpe, aku akan buktikan yang even aku dengan daddy hidup susah , kami pasti akan survive! Asalkan tak hadap muka mamanya yang kejam itu. "Okay mama, you nak sangat kan i terseksa ? I pilih yang kedua. But i pun nak bagitau yang sampai sahaja kitorang dekat Malaysia , you dah takde kaitan dengan kitorang. Atau lebih tepat , you bukan mama i dah"*PANGGGG!* Alfie menampar mulut adiknya itu. Baginya, Aly sudah tersangatlah melampau . "Tak kisah la jahat macam mana pun mama , abang dah kata jangan kurang ajar ! " Aly tidak tahu nak cakap apa , 15 tahun dia hidup , ini kali pertama dia ditampar oleh seseorang dan itu ialah abang tersayangnya. Air mata terus membasahi pipi Aly. Dia rasa sedih dan sakit hati.
"semua orang dekat rumah ni memang tak sayang dekat Aly !! Fine ! I'll go with daddy ! As soon as possible and korang dua tak payah nak risau pasal Aly ni ! "•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Cepat sahaja masa berlalu , esok Aly akan meninggalkan biliknya ini. Haihhhh esok terpaksa tinggalkan semua benda ni. Kena tinggalkan abang and mama...... eh wait wait , dorang bukan kisah so aku kena tak kisah jugak. Tinggal berdua dengan daddy je okay apa , lagi seronok even tak sekaya macam sekarang. Apa apa jela , aku dah nekad !
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Alfie hanya memerhatikan adiknya dari jauh. Rasa sedih kerana dia tahu adiknya tak boleh survive tanpanya. Sebenarnya, sudah banyak kali Alfie cuba memujuknya , tetapi Aly tidak layan. Ego masih menguasai dirinya. Alfie pun mengambil langkah dengan membiarkan sahaja Aly dengan rajuknya.
"Abang harap sangat adik dapat sesuaikan diri dekat Malaysia hm" Alfie terus keluar untuk pergi ke lapangan terbang.Dia akan bertolak ke Italy atas urusan yang penting. Dia juga sudah berfikir- fikir untuk membelikan perfume 'you and i by one direction' untuk Aly. Selain daripada kpopers , adiknya turut meminati group One Direction. Alfie memang tidak suka adiknya disakiti , malah sejak kecil dia protect adiknya sehingga Aly tidak pernah dicuit sedikitpun oleh sesiapa sahaja. Dan dia sangat kesal apabila memikirkan bahawa dia telah menjadi orang pertama yang telah menyakiti adiknya , dan dia juga berharap dia adalah orang terakhir.

ŞİMDİ OKUDUĞUN
Adam ke Alfie ?
Random"Adam ? hmmm handsome memanglah handsome tapi dia pernah panggil aku cik siput juling kot ! biadap ! " - Aly "Tapi takkan la Alfie ? Memang la kau pernah berangan suka abang Alfie tapi dia abang kau ! Tak tentu lagi dia ni bukan abang kau yang real...