Suatu Pencarian
ini adalah sambungan bab I
.
.........................................................
Terbaring di atas salji... itulah keadaan Harris sekarang terpegun dengan apa yang baru dilihat.. Harris bangun dan mengejar lelaki itu... Lelaki yang merempuhnya tadi berlari menyeberangi jalan dan pergi ke jalan lain...
Apabila Harris tiba di sana, dia ternampak lelaki itu sedang masuk melalui pintu utama sebuah Cafe... Harris terkejut kerana lelaki '' misteri '' itu tidak meninggalkan footprint dan dia hanya dapat melihat footprint dirinya sendiri di atas salji itu......
Dia tak faham... tak mengerti apa yang terjadi... Harris menuruni tangga untuk ke tingkat bawah Cafe itu...
Di dalam Cafe itu, terdapat beberapa pelanggan berbual-bual... Harris mencari lelaki yang merempuhnya tadi di seluruh ruang Cafe tersebut tetapi gagal untuk menemuinya...
Harris kemudiannya menghampiri pemilik Cafe tersebut dan bertanya jika pemilik Cafe tersebut ternampak seorang lelaki memasuki Cafe itu sebelum dirinya...
Pemilik Cafe itu pelik dengan soalan Harris dan meminta Harris melihat sendiri... Harris mencari di dalam tandas Cafe itu juga tapi gagal ditemui...
Harris kemudian memesan segelas jus oren dan menoton berita sementara menunggu kemunculan lelaki tersebut... Selepas satu jam menunggu tetapi batang hidung pun tak nampak, Harris mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dalam keadaan yang keliru kerana tidak dapat memahami apa yang telah berlaku...
Sampai sahaja di rumah, Ariana menanya Harris secara lembut tentang apa-apa yang tidak kena kerana Harris kelihatan sangat letih dan lesu....
Harris tidak memberitahu Ariana tentang lelaki ''misteri'' itu kerana dia berfikir ianya sesuatu perkara yang tidak munasabah, sebaliknya Harris memberitahu tentang pertelingkahan antara dirinya dan David di tempat kerja dan mereka cuba menangani masalah itu sambil minum kopi di Cafe...
Pada malam itu, Harris tidak dapat tidur kerana asyik memikirkan kejadian tersebut.. Ariana bertanya kepada Harris apa perkara yang membuatkan Harris runsing... Harris menjawab perkara itu hanya masalah di tempat kerja...
Harris ingat dia hanya manusia biasa dan bijak, serta tahu bagaimana dunia sekelilingnnya berfungsi... Namun, pertemuannya dengan lelaki yng kelihatan seperti dirinya membuatkan Harris takut dan bingung...
Idea mencurah curahan hahaha...
Penangan makan kat cafe akak pengantin baru...See u next part..
YOU ARE READING
R E A L I T Y
Teen FictionREALITY mengisahkan tetang Harris Azfar, Seorang Computer Programmer dari Perak yang menemui "sesuatu" jelmaan yang menyerupai dirinya... Harris Azfar mempunyai isteri Ariana Izla Lee dan seorang anak perempuan Ilya Izmira... Kehidupannya berubah 10...