Bab 1

25.4K 715 4
                                    

Alif pulang ke rumah dengan muka cemberut. Pelik Puan Aina melihatnya. Biasanya okay je.

" Kamu dah kenapa Alif? Ada masalah ke?" soal Puan Aina sebaik Alif mengambil tempat di meja makan.

" Tak delah, tadi ada orang terlanggar kereta Alif. Habis calar. Dahlah tu, berkeras dia tak nak bayar." bebel Alif. Mahu tak bebel. Calar okay Audi kesayangan dia tu.

" Teruk sangat ke? Lelaki ke perempuan?"

" Taklah teruk sangat. Itulah pasal. Yang jadi masalahnya perempuan. Tak pernah Alif jumpa perempuan keras kepala macam tu. Ish, kalau Alif jumpa lagi, tahulah nasib dia." Alif geram. Puan Aina masih senyum.

" Tak baik cakap macam tu. Buatnya jumpa kali kedua berkenan Alif nak buat macam mana? Nanti apa pula kata Julia?"

" Biarlah dia nak kata apa pun. Baiklah Alif kahwin dengan minah brutal tu dari kahwin dengan ulat bulu tu." Puan Aina ketawa melihat reaksi anak terunanya ini. Itulah reaksinya apabila dibangkitkan isu tentang Julia, seorang peminat setia merangkap anak kawannya yang tersangatlah meminati Alif.

" Kata-kata itu satu doa!" kata Puan Aina. Alif sekadar tersengih.

***

Alif masuk ke pejabat awal hari ini. Pagi ini dia perlu bersedia untuk sesi temuduga jawatan sebagai PA kepadanya. PA dia yang lama dah berhenti kerana mengikuti suaminya pindah ke Kedah. Ketukan di pintu menandakan keraninya membawa seseorang untuk ditemuduga.

" Masuk!" arah Alif.

" Bos, ni Cik Qaisara. Saya keluar dulu. Kalau ada apa-apa bos panggil saya." kata Siti.

" Okay. Awak boleh keluar." Siti keluar. Alif mengangkat muka dan masing-masing terkejut.

' Ni minah brutal semalam tukan?' Alif cuba mengingati peristiwa semalam.

'Adush, mamat poyo ni ke? Dia bakal bos aku? Aduyai, matilah aku...' Qaisara mengeluh dalam hati.

" Tak sangka kita jumpa lagi." Alif senyum.

" He he. Takpelah encik, kalau encik tak nak ambil saya bekerja pun tak apa. Saya pergi dulu." Qaisara cuba mengambil semula resume kerjanya. Teringatkan kekasaranya terhadap lelaki yang duduk dihadapannya semalam meyakinkan dirinya bahawa dia tidak akan dapat kerja. Takpelah, redha!

" Siapa cakap awak tak dapat kerja?" soal Alif. Dia menekan butang interkom.

" Siti, cakap kat calon temuduga, saya dah dapat PA saya. Mereka boleh balik." membulat mata Qaisara mendengar kata-kata Alif. Dia memandang Alif untuk mendapat kepastian.

" Yup! Awak jadi PA saya. Mulai esok, saya bos awak. Dan esok awak boleh mula kerja. Faham?" terang Alif. Qaisara mengerut dahi.

" Faham. Tapi, kenapa mula esok? Bukan ke biasanya kalau kita mohon kerja kita akan kerja on the spot?"

" Sebab saya nak sediakan kerja untuk awak. Okay?" Alif tersenyum sinis. Qaisara menelan liur. Sah! Mamat poyo ni masih berdendam dengan aku pasal kes perlanggaran tidak sengaja yang menyebabkan kereta Audinya tercalar sepanjang 2 cm. Cit! Calar sikit je nak berkira!


Mr Boss , Messy PA (✔)Where stories live. Discover now