" Qaisara, lepas makan tengah hari nanti ikut saya pergi satu tempat." kata Alif sebaik dia masuk ke ruangan Qaisara. Qaisara kerut dahi.
" Pergi mana? Ish, tak naklah saya ikut bos." Qaisara menyambung kerjanya.
" Ikut aje lah. Tak ada apa-apanya. Okay, saya tunggu kat kereta saya pukul 2.30. Jangan lambat!" Alif mengeluarkan arahan. Dia kembali ke ruangannya meninggalkan Qaisara yang macam blur lagi dengan apa yang berlaku. Yalah, sejak minggu lepas, selepas hari mak Alif jatuh dan dia tolong Puan Aina, Alif nampak lain sangat. Dia dah tak buli Qaisara dan yang paling bestnya, dia dah tak cari gaduh dengan Qaisara.
' Tapi terasa bosan pula, kalau tak gaduh dengan dia.' desis Qaisara. Oh, dia kena beritahu cik abang tu pasal dia nak keluar dengan Alif. Buatnya dia mencari, masak aku kalau dia tak jumpa.
" Bos, kita nak buat apa kat sini?"soal Qaisara sebaik mereka berdua turun dari kereta. Alif memarkir keretanya di sebuah pusat beli belah.
" Awak teman saya beli baju. Jom!" Qaisara mengikuti Alif tanpa banyak bicara. Mereka masuk disebuah kedai menjual pakaian lelaki.
" Yang ini cantik tak?" soal Alif sewaktu dia mengenenkan sehelai kemeja di badannya. Qaisara mengelng.
" Tak! Terlalu gelap. Erm, cuba yang ini." cadang Qaisara.
" Cantik! Pandai awak pilih." puji Alif. Qaisara senyum.
" Hehe. Sekejap!" Qaisara melihat tag harga kemeja itu. Dia tertelan air liur. Sehelai kemeja aje dah dekat lima enam puluh?
" Ish, mahallah bos. Kita tengok tempat lainlah." kata Qaisara. Alif menurut. Dari satu kedai ke satu kedai mereka pergi. Semuanya tak berkenan di hati Qaisara. Akhirnya mereka berhenti rehat di sebuah kerusi.
" Awak ni. Dah banyak kedai kita pergi. Semua awak kata mahal."
" Yalah! Ei, saya ni mana reti nak pilih baju mahal-mahal ni. Membazir bos!" kata Qaisara. Alif memandang Qaisara.
" Habis tu, orang biasa macam awak ni, beli baju kat mana?" soal Alif.
" Nak tahu? Jom. Hari ini rasanya ada sale." Alif kerut dahi.
" Sale?" Qaisara mengangguk.
Alif memandang kerumunan orang yang berada di jualan murah itu. Tak berkelip.
" Ini ke tempat awak beli baju?" soal Alif.
" Ya! Sinilah. Apa lagi, pergilah pilih!" kata Qaisara. Dia melihat muka Alif yang sudah berkerut. Dia ketawa.
" Tak adalah. Bukan kat sini. Jom, naik tingkat atas." Qaisara mengajak Alif naik ketingkat dua, tempat dimana dia biasanya membeli baju.
" Kat sinilah. Kedai ni, baju dia tak mahal sangat dan berkualiti. Cantik pun ya." kata Qaisara sambil dia membawa Alif ke bahagian menjual pakaian lelaki. Sampai sahaja di bahagian kemeja, tangannya laju mencari kemeja yang sesuai untuk Alif.
" Nah, cuba tengok ni. Macam sesuai je." Qaisara menghulurkan sehelai kemeja kepada Alif.
" Nice! Pandai awak pilih baju. Macam dan biasa je?" soal Alif. Qaisara tersengih.
" Mestilah. Saya selalu tolong pilihkan untuk cik abang kesayangan saya. Tak pelah, bos pilih dulu. Saya nak pergi telefon seseorang sekejap. Saya tunggu bos di luar." kata Qaisara.
" O...okay." entah kenapa, bila Qaisara bercakap mengenai cik abang kesayangannya, hati Alif terasa sakit sangat. Qaisara dah ada yang punya ke?
" Terima kasih teman saya." ucap Alif sebaik dia menurunkan Qaisara. Qaisara senyum dan berjalan ke keretanya. Jam sudah menunjukkan jam 5 petang. Alif harus cepat. Dia masih ada agenda lain selepas ini.
Qaisara cuba menghidupkan enjin keretanya tapi tak boleh. Sudah puas dicuba. Namun gagal. Dia mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor seseorang.
" Hello, abang! Tolong Sara. Kereta rosaklah."
YOU ARE READING
Mr Boss , Messy PA (✔)
Historia CortaRepost cerpen lama... *** Kerana keretanya calar, Alif ambil Qaisara jadi PA. Niatnya untuk mengenakan Qaisara tapi sebaliknya, hatinya pula jatuh suka pada PA dia yang... hmmm.... * * Highest ranking: 170807 - #195 in Romance 170823 - #33 in Short...