Bab 2

17K 595 5
                                    

Qaisara pulang ke rumah sewanya dengan muka ketat.

" Kau dah kenapa? Tak dapat kerja?" soal Syima, rakan serumahnya.

" Sebab dapatlah aku jadi macam ni." jawapan Qaisara buat Syima mengerutkan dahinya.

" Peliklah kau ni. Orang gembira dapat kerja. Kau? Buat muka gaya tak dapat kerja." Syima menukar siaran televisyen yang tidak lagi menarik siarannya.

" Kau ingat tak pasal mamat yang bajet k-pop dengan spek besar dan muka stern nak mampus tu? Alah yang aku citer aku terlanggar kereta Audi dia dan calar sebesar 2 cm tu." lekas Syima memandang Qaisara dan mengangguk.

" Kenapa dengan mamat tu?"

" Kau tahu, dialah bos baru aku!" membulat mata Syima.

" Seriuslah?!" Qaisara hanya mengangguk lemah. Dia melepaskan nafas sambil mengenangkan nasibnya selepas ini.

***

Qaisara masuk kerja pagi itu dan terus ke bilik Alif atas arahan dia. Dia mengetuk pintu bilik Alif dan masuk apabila mendapat arahan.

" Ada apa bos cari saya pagi-pagi ini?" soal Qaisara.

" Oh, saya nak kenalkan awak dekat staf-staf disini. Awak kan baru lagi." ucap Alif. Dia senyum. Aik, tak ada apa yang pelik. Okay, aku rasa aku akan selamatt. Alif bangun dan menuju keluar. Qaisara mengikuti dari belakang. Alif menepuk tangan untuk menarik perhatian staf-stafnya.

" Dengar sini ya. Ini Qaisara. PA baru saya." Alif memperkenalkan Qaisara pada staf-stafnya. Qaisara senyum. Rasanya dia boleh tarik nafas lega kerana Alif tak akan balas dendam padanya. Huh!

" Dan sesiapa yang kacau Qaisara akan berhadapan dengan saya. Faham?" sambung Alif. Qaisara dah bulat mata memandang Alif. Dia memandang kedepan semula. Dia sekadar tersenyum sumbing.

" Okaylah, korang boleh sambung kerja semula." sempat Alif mengenyit mata kearah Qaisara sebelum dia masuk ke pejabatnya. Sebaik Alif pergi, ramailah staf-staf yang mengerumuninya dan bertanya soal apa kaitan dirinya dengan Alif. Puas Qaisara menafikan.

" Betul ni. Saya tak pernah kenal Encik Alif sebelum ni. Encik Alif bergurau aje tu." jelas Qaisara kepada sesiapa sahaja yang datang bertanya. Jadi viral di seluruh pejabat tentang itu. Penyudahnya, Qaisara tak dapat buat satu kerja pun pagi itu.

" Huh!" Qaisara melepas nafas berat. Akhirnya, dekat tengah hari jugalah baru berhenti orang-orang datang bertanya tentang itu. Tak guna! Aku ingat dia tak nak buli aku.

" Hai, penat aje akak nampak?" soal Siti yang masuk ke ruangan Qaisara. Siti yang kini mengandung 9 bulan hanya menunggu hari saja untuk bersalin. Qaisara senyum.

" Mahunya tak penat. Seharian layan orang tanya itu ini. Semua boslah punya pasal." rungut Qaisara. Siti ketawa.

" Alah, bos berkenan kut dekat awak." usik Siti. Qaisara buat muka.

" Huh! Tak ada maknanya. Dia tu memang dah pasang niat aje nak buli saya. Semuanya sebab kes saya tercalarkan kereta dia. Alah calar sepanjang 2 cm aje kot." Qaisara masih tak puas hati.

" Ye ke?"

" Haah! Kedekut kan dia tu? Dahlah pakai fesyen ala-ala kpop. Sesuai sangat lah tu? Dengan rambutnya, cermin mata tebalnya, ei, memang taklah saya nak pandang dia." Qaisara masih sedap mengutuk tanpa menyedari Alif sudah berada di pintu ruangannya. Siti sekadar tersengih.

" Err, Qaisara!" panggil Siti.

" Apa? Betullah dia memang macm tu. Dia tu..." mendengar suara orang berdehem, lekas Qaisara berpaling. Tulah, orang tua-tua pesan, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Eh, betul ke peribahasa tu?

" Sedap awak mengutuk saya, Qaisara?" soal Alif. Qaisara sekadar tayang gigi. Alamak, kantoi sudah...

" Awak datang bilik saya sekarang!" tegas arahan Alif. Qaisara sekadar mengangguk. Habislah aku!

" Bos, pasal tadi tu saya minta maaf!" kata Qaisara sebaik dia sampai ke bilik Alif. Alif duduk di kerusi.

" Ok. Saya tak kisah pun. Sekurang-kurangnya saya dah dapat pahala free. Terima kasih." Alif menyindir Qaisara. Qaisara tunduk.

" Baiklah, sebagai denda saya nak awak uruskan semua fail-fail ni dan hantarkan semuanya atas meja saya hari ini juga!" arah Alif. Qaisara memandang fail-fail yang bersusun tinggi di atas meja Alif.

" Semua? Hari ini?" soal Qaisara. Alif mengangguk. Qaisara dengan redanya mengangkat fail-fail itu dan bawa ke ruangannya.

Jam menunjukkan hampir pukul 6 petang tetapi kerjanya masih ada yang belum selesai. Dia segera menyelesaikan tugasannya.

" Ah! Siappun!" Qaisara melihat jam sekilas. 6.15 petang. Dia masuk ke bilik Alif dan meletakkan fail-fail itu diatas mejanya. Alif? Dah lama dia balik. Tak guna! Dia bagi aku kerja banyak-banyak, dia sedap aja balik rumah. Huh! Qaisara keluar dari pejabat dan menuju ke keretanya.


Mr Boss , Messy PA (✔)Where stories live. Discover now