Sebaik sahaja taklimat pada waktu pagi itu tamat, semua pelajar termasuklah bekas pelajar yang mengikuti lawatan tersebut diarahkan untuk pergi bersarapan namun lain pula bagi Taehyung.
"Kau nak pergi mana, Taehyung?"
Soal Hyungwon hairan setelah melihat Taehyung seolah-olah hendak bergegas ke sesuatu tempat. Taehyung memandang wajah Hyungwon seketika sebelum berlalu pergi meninggalkan Hyungwon di situ sendiri.
Langkahnya yang kecil tadi mula diperbesarkan. Matanya liar memandang sekeliling, mencari seseorang. Mencari Jung Daehyun.
"Eo, hyung!"
Sebaik sahaja dia menemui Daehyun, dengan pantas dia menghampirinya dengan satu senyuman yang teramatlah lebar di bibir.
"Taehyung!"
Satu senyuman terukir di bibir Daehyun tatkala melihat Taehyung di hadapan matanya masih kelihatan sihat dan masih bernafas dengan baik tidak seperti yang dia jangkakan.
"Hyung, lama tak jumpa. Tae rindu separuh mati tau!" luah Taehyung lalu memberikan satu pelukan kepada Daehyun. Daehyun membalas pelukan tersebut dan tergelak halus melihat karenah Taehyung itu.
"Hyung pun rindukan Tae." balas Daehyun sebaik sahaja pelukan itu dileraikan. Rasa gembira tidak dapat diungkap tatkala melihat senyuman unik Taehyung yang masih mampu terukir di bibir.
"Em, hyung.."
Pandangan Taehyung jatuh ke tanah. Dia mula menggigit bibirnya lalu menundukkan kepalanya perlahan.
"Ya, kenapa Tae?" soal Daehyun sambil memegang kedua belah bahu milik Taehyung. Senyuman di bibir Daehyun mula pudar apabila dia melihat wajah Taehyung yang kelihatan gusar itu.
"Tae ada masalah ke?" soal Daehyun lagi setelah melihat Taehyung mendiamkan diri. Perasaan risau mula terbit dalam dirinya hanya dengan melihat Taehyung sedemikian rupa.
Perlahan-lahan Taehyung mengangkat kepalanya untuk memandang wajah Daehyun semula.
"Hyung, apa akan terjadi kalau Tae langsung tak makan ubat dalam masa sehari?"
Mendengar sahaja soalan yang diajukan oleh Taehyung itu, wajah Daehyun bertukar menjadi serius. Wajah risaunya pudar dalam sekelip mata.
"Taehyung, ubat tu mesti dimakan. Kalau Tae tak ambil ubat tiga kali sehari, sakit tu boleh menyerang Tae bila-bila masa je." terang Daehyun senada. Taehyung menelan air liur hanya dengan mendengar penjelasan tersebut.
"Kenapa Tae tanya? Taehyung tak makan ubat ke?" tanya Daehyun yang masih menayangkan wajah seriusnya kepada Taehyung. Dengan pantas, Taehyung menggelengkan kepala lalu tergelak halus.
"B-bukan macam tu! Taehyung cuma nak tahu je." balas Taehyung yang cuba sedaya upaya untuk menutupi perasaan risaunya dengan gelak tawa. Daehyun mengeluh perlahan sebelum tergelak sekali bersama Taehyung.
"Ah, hyung ingatkan Taehyung tak nak makan ubat tadi. Ingat tau, kalau Tae tak makan ubat tu tiga kali dalam sehari, keadaan Tae boleh jadi teruk secara mendadak apatah lagi lepas sarapan ni kita kena buat aktiviti yang lasak." kata Daehyun lalu melepaskan bahu Taehyung perlahan.
Taehyung hanya menganggukkan kepala tanda faham. Namun, perasaan risau mula menyelubungi dirinya tanpa disedari.
---
"Taehyung mana?" soal Aerin kepada Yuni setelah melihat tiada langsung kelibat Taehyung di restoran tersebut. Yuni yang baru sahaja selesai menikmati sarapannya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Mungkin dia pergi ke tandas or pergi bersiar-siar." balas Yerin pula. Aerin hanya menganggukkan kepala. Dia bercadang untuk berbual sebentar dengan Taehyung tetapi memandangkan Taehyung tidak kelihatan, dia hanya mampu mengeluh berat.
YOU ARE READING
Memories || Taehyung
Fanfiction" Sometimes, you need to sacrifice love in order to save a friendship. " • bts taehyung • [ Completed ] • Ranking #20 in fanfiction - 080117