Chapter 35

3.2K 223 81
                                    

This chapter will be veryy longgg. And saya sarankan, dengarlah Sorry by Juniel.

===

"Yuji, tadi Yuji jumpa siapa?" soal Yuni kepada adik perempuannya tentang pemuda yang duduk di kerusi roda tadi. Yuji tersenyum gembira.

"Dia kawan Yuji. Nama dia V oppa." Yuji menjawab. Dahi Yuni berkerut seketika sebelum tersenyum ke arah adiknya. Diusap lembut kepala si adik sebelum dia bersuara.

"Yeke? V oppa tu sakit ke?" soal Yuni ingin tahu. Yuji mengangkat bahunya perlahan tanda tidak tahu.

"Entahlah tapi V oppa kata dia nak tinggalkan orang yang dia sayang sebab dia nak pergi ke tempat yang lebih tenang." jawab Yuji lagi. Yuni mengangguk tanda mengerti.

Sungguh dia faham apa yang disampaikan oleh V oppa yang menjadi teman Yuji itu. Hanya Yuji yang masih terlalu kecil untuk memahami maksud ayat tersebut.

Yuni memimpin tangan Yuji menuju ke bilik Jaemin. Pada masa yang sama, Yuni tertanya-tanya di manakah wad Taehyung berada.

Nombor Aerin didail untuk bertanya namun panggilan yang dibuat tidak dijawab. Yuni mengeluh berat. Pasti Aerin sengaja tidak mahu menjawab.

Ketika itu juga, kepala Yuni menoleh ke kanan. Matanya tertancap pada seorang pemuda yang tengah bergegas menolak kerusi roda menuju ke wad kecemasan. Seorang doktor dan jururawat turut mengiring.

Di saat itu, barulah Yuni sedar bahawa pemuda yang duduk di kerusi roda itu tadi adalah Kim Taehyung.

---

( Aerin's pov )

"Yah, Jimin!" aku memukul lengan Jimin sebaik sahaja aiskrim vanilla miliknya dicalit ke pipi aku. Mengada je budak ni kan?

"Awak comellah bila marah. Marah lah lagi." Jimin tergelak halus sambil mencucuk pipi gebu aku dengan jari telunjuknya berulang kali. Aku mencebik.

"Orang nak happy, dia suruh marah pulak." kata aku lalu memalingkan tubuh aku ke arah berlawanan. Aiskrim vanilla yang berada di pipi aku tadi terus dibersihkan dengan tisu.

"Merajuk pulak dia. Nak suruh orang pujuklah tu." Jimin menyiku lengan aku berulang kali. Tanpa disedari, bibir aku tersenyum sendiri. Baru je nak berlagak cool.

Aku rasa macam mimpi pula sebab dapat dating dengan Jimin kat taman ni tapi entah kenapa, aku rasa masih ada kekosongan dalam diri aku. Cuma aku tak tahu apa yang dapat mengisi kekosongan itu.

Taehyung ke?

Eh, kenapa aku teringatkan dia pulak? Ugh, aku benci budak tu. Buat sakit hati je.

"Aerin." suara Jimin memanggil nama aku lembut. Aku menoleh perlahan menghadap wajahnya yang kini hanya berada beberapa inci sahaja dari wajah aku.

Okey, dah kenapa ni?

"Y-ya?" tanpa disedari, aku tergagap. Jantung aku mula berdegup dengan lebih kencang hanya dengan menatap wajah Jimin yang terlalu dekat sekarang.

Perlahan-lahan, wajah Jimin menjadi semakin dekat. Semakin dekat dan dekat sehingga membuatkan peluh sejuk mula menitis dari dahi aku.

Jangan cakap yang dia nak ...

Mata aku membulat sebaik sahaja ibu jarinya menyentuh hujung bibir aku. Aku dapat rasakan pipi aku mula membahang dengan tindakannya itu.

"Awak makan macam budak kecil sampai aiskrim yang ada kat hujung bibir pun tak perasan." katanya lalu tergelak halus. Aku hanya tersengih sebelum tertunduk malu.

Memories || TaehyungWhere stories live. Discover now