Chapter 33

1.9K 201 34
                                    

( Aerin's pov )

Tak guna.

Aku benci dia.

Sebaik sahaja aku keluar dari wad Taehyung, aku menyandarkan belakang badan aku pada dinding. Air mata yang mengalir di pipi aku biarkan.

Nasib baik Jimin dan yang lain tiada. Entah ke mana lah mereka pergi. Mungkin tengah singgah beli makanan di kafeteria.

Aku merenung lantai yang kosong dan menangis dalam diam. Hati aku masih terasa sakit bila teringatkan kata-kata Taehyung tadi.

Kenapa dia perlu buat aku rasa macam ni? Kenapa dia buat aku fikir yang dia pun sukakan aku? Kenapa dia perlu bermain dengan perasaan aku?

"Aerin?"

Bahu aku tersentak apabila mendengar suara seseorang memanggil nama aku dari sisi. Dengan pantas aku mengesat air mata yang membasahi pipi.

"Eo, Y-yoongi sunbae.." aku cuba untuk tersenyum di hadapannya namun aku tahu ia hanyalah sia-sia. Pasti Yoongi sudah lama perhatikan aku dan nampak aku menangis tadi.

"Kenapa ni?" soalnya kepada aku dengan wajah yang keliru. Aku pantas menggelengkan kepala lalu tersengih sambil menggaru tengkukku.

"Tak ada apa. Saya cuma sedih tengok keadaan Taehyung. Itu je .." jawab aku. Dia sekadar mengangguk perlahan.

"Um, yang lain mana?" soal aku setelah melihat hanya dia sahaja yang berada di sebelah aku sekarang.

"Mereka tengah pergi beli makanan di kafeteria. Tak lama lagi sampailah tu." ujar Yoongi lalu memegang tombol pintu ; bersedia untuk masuk. Sebaik sahaja tombol dipulas, dia kembali memandang ke aku.

"Tak nak masuk sekali?" soalnya lagi. Aku tanpa ragu-ragu terus menggelengkan kepala. Buat apa nak masuk? Sakitkan hati aku je nak hadap muka budak tu.

"Okey, kalau macam tu kamu duduklah kat sini ya." dengan itu, Yoongi pun terus melangkah masuk ke dalam wad milik Taehyung. Daun pintu ditutup rapat meninggalkan aku di belakang.

Keluhan halus aku lepaskan. Rasa ingin menangis itu masih ada namun aku cuba tabahkan diri. Lagipun bila aku fikirkan balik, kenapa aku patut menangis?

Aku bukannya suka dengan Taehyung pun.

Tak.

Aku memang tak ada perasaan langsung dengan Taehyung. Aku cuma sukakan Jimin.

Ya.

Aku rasa, aku tahu apa yang perlu aku lakukan sekarang. Kali ini, aku takkan menyesal.

( End of pov )

---

"Kau buat Aerin menagis kan, Tae?"

Di dalam wad Taehyung sekarang, Yoongi tengah menjalankan sesi soal jawab bersama Taehyung. Setelah apa yang Yoongi lihat dengan matanya, mustahil untuk dia tidak bertanya.

"Hyung tak payah masuk campurlah." balas Taehyung dingin. Ikutkan hati, dia tidak mahu melayan Yoongi sekarang. Kepalanya bergerak memandang ke luar tingkap semula.

"Kalau ya pun, tak payahlah nak lukakan hati dia. Kenapa kau--"

"Hyung takkan faham."

Yoongi menggulingkan bebola matanya, keluhan berat juga dilepaskan. Melihat betapa Taehyung pentingkan diri, dia hampir mencarut. Nasib baik dirinya mampu bersabar.

Suasana sepi buat seketika. Masing-masing hanya memandang pemandangan bandar Seoul di luar tingkap. Suasana yang sunyi tadi akhirnya dipecahkan oleh suara lemah milik Taehyung.

Memories || TaehyungWhere stories live. Discover now