Pernah tak korang rasa, bila tgh malam korang rasa ngantok. TETAPI bila dah masuk bilik baring dekat atas katil dia rasa tak ngantok, tak boleh nak tidur, dan segar. Pernah tak? Kalau pernah cuba komen dekat bawah dan nyatakan knpa korang x boleh tidur. Aku pun acapkali juga la rasa tak ngantok secara tiba2 bila dah dekat dalam bilik. Pelik tapi Benar. Saya juga merupakan seorg pelajar yg menuntuk di UiTM Puncak Alam. Kehidupan sebagai seorang pljr memang tak lari darpd masalah tidur lambat. Samada disebabkan faktor kesihatan (insomnia) ataupun hobi. Tp Ada juga pelajar universiti atau kolej yg bekerja sambilan pada waktu malam. Semua aktiviti itu akan membawa kepd tidur lambat.
Ramai pljr yg akn mnjdikan homework ataupun assignment penyebab kpd tidur lambat. Termasuk juga saya, yela siapa suruh lecturer kasi kerja banyak kan? Kalau setiap subjek 3 assignment nk kene siapkan lepastu nak kene hntr minggu depan. Memang semua jadi burung hantu la. Nasib baik celcom ada internet burung hantu. Jadilah pengguna celcom boleh main twitter, ig dan tegok youtube. Laju bohh. HAHA. Kebesokkan harinya dlm kelas masing2 bawa eyebag berkilo2. Pastu tak dapat tumpukan perhatian pembelajaran dkt dalam kelas.
Menurut laporan pakar kesihatan antra -bangsa, antara kesan lain tidur lambat atau kurang tidur adalah:
1. Sistem imun kita akn menjadi lemah. Jika sistem imun lemah, kita mudah dijangkiti selsema & jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan. Seterusnya menjejaskan sistem imun.
2. Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yg mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkabohidrat.
3. Wanita yang selalu terdedah kpd byk cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadpi kemungkinan diserang kanser payu-dara.
4. Kurang tidur boleh menyebabkan kita stress dan akibatnya sukar melaku -kan kerja dengan cekap. Sering tidak terurus dan kelam kabut.
5. Sekiranya kurang tidur, kita juga akn mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan. Kita ini berkemungkinan besar akan hilang minat bergaul.
6. Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yg lama juga akan menyebabkan anda mudah terasa letih. Dan boleh buatkan anda sakit kepala, keletihan pada waktu siang, dan mudah meradang.
7. Kurang tidur juga akan menjejaskan atau mengurangkan nafsu Seks.
8. Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko untuk MATI.Banyak kan kesan buruk dia? Tak ada kesan baik ker? ...Memang ada kesan buruk je adik non oii.. kalau ko tidur lambat. Kalau nak kesan baik kene la tidr awal atau dapat tidur yang cukup. Laporan anda mengatakan bahawa tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka. Ketika tidur, kita akan menghasilkan hormone pertumbuhan yg memboleh-kan memperbaharui dan memulihkan sel2 (khususnya sel2 kulit, selain darah dan otak). Jika anda kurang tidur, kita akan lebih cepat kelihatan tua. Setiap org perlu mengambil berat waktu dan jumlah jam tidur masing2. Bagi kebnyk -kan dewasa, tempoh tidur malam selama 6 ke 8 jam mencukupi untuk memulihkan tenaga dan mengganti sel badan yang rosak. Tempoh waktu yg nyenyak pulak perlulah serasi dgn jam biologi badan iaitu mesti merangkumi sekurang-kurangnya dari pukul 11 mlm ke 2 pagi. Kalau baby biarkan je dia tidr sebab utk proses pembesaran. Jangan dikacau pulak baby tu tengah tidur.
Bagi pendapat saya, boleh je nak tidur lambat. Tapi jangan kerap sangat. Sekali sekala boleh, kalau hari2 mmg cari padah namanya. Jadi lepas nie boleh la kita cuba dapatkan tidur yg cukup. Lagi-lagi bila sekarang tengah musim Euro Cup. Memang saya confirm dan percaya ada yang tidur pkl 5 pagi lepas habis tengok bola. Harap FRANCE Juara. Jadi tidur lambat ni pilihan masing2 saya cuma kasi tahu je kesan tidur lambat.
"Saya tak marah pun, kalau awak nak tidur lambat. Asalkan awak tak lambat utk bernikah dengan saya" chiaa chiaa.
Sumber: infoharian.com/kesandanbahayakurangtidur.
YOU ARE READING
Lebih Kurang
General FictionBuku ini tentang perkara yang aku, dia, mereka, kamu atau kita pernah buat. Sbb kita semua lebih kurang sama je. Dalam buku ini juga penuh dengan senyuman dan ketawa kita semua. Aku tulis guna bahasa santai je. Lebih kepada berborak. Dan akan tersel...