LAST ROMEO.Part 1

356 22 0
                                    

Tinggal beberapa hari lagi maka akan bermulanya sesi akademik yang baru.
Seperti tahun-tahun sebelumnya..Sungyeol membantu ibunya direstoran mereka.
Walaupun restoran itu tidaklah sebesar mana namun itulah satu-satunya sumber pendapatan mereka sekeluarga
setelah ayahnya meninggal dunia akibat kanser 2 tahun lalu.

Lee Sungyeol adalah anak sulung dalam keluarga..dia tinggal bersama ibu dan adik perempuannya,Lee Seulgi.
Tahun ini..Sungyeol akan memasuki tahun akhir di Kolej Shinhwa..sebuah kolej berprestij tinggi.
Dengan bantuan biasiswa yang diterimanya ..dia mampu melanjutkan pelajarannya yang telah tertangguh
selama setahun.
Masalah kewangan yang dihadapi keluarganya merupakn punca dia menangguhkan pembelajarannya.
Sungyeol juga merupakan antara pelajar terbaik di kolejnya.

Tidak seperti anak remaja seusianya..dia menghabiskan waktu cutinya dengan menguruskan restoran mereka
apabila ibunya kurang sihat.
Dia juga melakukan beberapa kerja sampingan untuk mendapatkan wang saku yang lebih.
Penampilannya yang kurang bercakap dan raut wajahnya yang sentiasa serius membuatkan teman-teman dikolej
menganggapnya seorang yang sombong.

Jang Jinu merupakan satu-satunya teman rapat yang dimilikinya.
Mereka mula berkawan baik ketika sama-sama menuntut di sekolah menengah.
Sungyeol sering membantu Jinu dalam perlajarannya dan dia jugalah teman yang mengetahui
semua susah senang yang dihadapi Sungyeol.

Dikolej pula..Sungyeol terkenal kerana ketampanannya..namun dia tidak pernah mengendahkan gadis-gadis sekolejnya.
Rutin hariannya hanya belajar dan setelah balik dari kolej..samaada dia membantu ibunya direstoran ataupun dia
bekerja separuh masa dicafe santai dihujung jalan tidak jauh dari kolejnya.
Kerana "kepopularan"nya..cafe itu sering dikunjungi bukan saja para gadis dikampusnya malah
pelajar sekolaj menengah juga berkunjung kesitu semata-mata untuk melihatnya.
Oleh kerana itu..majikannya amat sayang kepada Sungyeol.
Majikannya malah menawarkan pekerjaan sepenuh masa andai Sungyeol sudah menamatkan kolejnya.

Walaupun keluarganya hidup serba kekurangan namun Sungyeol dan adiknya tidak pernah merungut dengan
kesusahan yang dialami keluarga mereka.
Mereka berdua sentiasa bersyukur dan bertekad untuk berjaya didalam pelajaran sekaligus mengubah
kehidupan keluarga mereka.

Teman baiknya..Jang Jinu juga sering membantu Sungyeol menguruskan restoran disaat hujung minggu.
Oleh kerana dia adalah anak sulung..segala tanggungjawab terhadap adik dan ibunya terletak dibahunya.
Perihal yang berkaitan keluarganya mengatasi segala-galanya bagi Sungyeol.

LAST ROMEOWhere stories live. Discover now