LAST ROMEO.Part 6

90 10 1
                                    

Seperti pagi sebelumnya..awal-awal lagi Miafi sudah didepan restoran keluarga Sungyeol.
Dia ingin menebus kesilapannya semalam..
Dia menyapa mereka dengan senyuman manisnya.

"Omoni..hari ni..saya nak tolong kat restoran..
Boleh tak?"tanya Miari bersungguh-sungguh.

"Jinjja??
Ok unnie"jawab Seulgi gembira sebelum sempat ibunya menjawab.

Atas bantuan Seulgi..Miari melakukan kerja-kerja yang perlu dengan gembiranya.
Ibu Sungyeol hanya tersenyum melihat telatah 2 gadis muda itu.
Dia senang akan kehadiran Miari sebagai teman Seulgi.
Sungyeol pula seperti biasa hanya melaksanakan tugasnya tanpa banyak bicara.

Selain membantu apa saja kerja yang patut ..Miari juga mengintai-intai Sungyeol yang sibuk didapur.
Sesekali dia memanjangakan lehernya untuk melihat Sungyeol.
Apabila Sungyeol terpandang kearahnya..pantas dia berpura-pura melakukan kerjanya.
Namun tanpa dia sedari..gelagatnya sudah diperhatikan oleh Seulgi dan ibunya.

"Miari..suka Sungyeol?"pertanyaan ibu Sungyeol yang tiba-tiba itu benar-benar memeranjatkannya.
Dia berpura-pura mengelap pinggan apabila dia tertangkap sedang memerhatikan Sungyeol.

"Aniyo omoni"dia menjawabnya malu-malu.
Merah padam mukanya menahan malu.
Ibu Sungyeol hanya tersenyum melihat reaksi Miari yang sudah tidak keruan itu.

"Unnie suka oppa ya"kali ini Seulgi pula mengusiknya.

"Aniya..aniya...
Janganlah cakap macam tu..
Nanti dia marahlah kalau dengar"Miari mentup mulut Seulgi.

"Miari~ssi..kamu janganlah salah sangka..
Sungyeol memang nampak dingin tapi hatinya sangat baik"ibu Sungyeol menenangkannya.

"Nae omoni..
Arayo!"jawab Miari yang masih segan.

Dek usikan Seulgi dan ibunya memyebabkan Miari berasa malu-malu dan kurang selesa ketika berada dekat dengan Sungyeol.
waktu berniaga mereka sudah hampir tamat..Miari membantu Seulgi membersihkan dapur.
Tiba-tiba..secara tidak sengaja Miari telah memecahkan 3 biji pinggan.
Panik dan takut menyebabkan Miari kelihatan pucat.
Segera dia meminta maaf dan mengutip serpihan-serpihan pinggan yang pecah itu.

"Sini bukannya tempat kamu bermain"Sungyeol membentaknya.
Sungyeol kelihatan amat marah melihat kecuaian Miari yang sering bermain-main itu.

"Mianhae...nanti saya gantikan dengan yang baru"jawabnya tersekat-sekat setelah mendapati Sungyeol begitu marah.

"Gwenchana"jawab ibunya lembut .

"Gwenchana??"soal Sungyeol tidak berpuas hati.
"Bagi dia mungkin ini semua hanya mainan..tapi ini adalah segalanya buat kami.
Apa saja anak orang kaya seperti kamu tahu?"Sungyeol terus memarahinya.

"Mianhae.."Miari sekali lagi meminta maaf dan menundukkan kepalanya.

"Tempat ini bukan untuk kamu..
Tolonglah..tolong jangan ganggu kerja kami lagi
Jangan datang sini lagi"Sungyeol terus berlalu.

Bergelinangan airmatanya dimarahi Sungyeol..pedih rasa hatinya apabila Sungyeol berkata begitu kepadanya.

"Mianhae Sungyeol~ssi..
Saya tak tahu sampai begitu sekali kamu bencikan saya..
Omoni..saya balik dulu"Miafi terus berlari keluar.

"Oppa..kenapa cakap macam tu..
Unnie hanya nak tolong kita"rajuk Seulgi pada abangnya.

Terdetik rasa bersalah dihati Sungyeol kerana terlalu berkeras terhadap Miari.
Sebenar dia juga tahu niat baik Miari hanyalah ingin membantu mereka.
Namun dia terlepas cakap dan melukakan hati Miari.
Akhirnya dia mengeluh berseorangan di dapur.

Sepanjang perjalanan pulang..
Tidak henti Miari mengesat airmatanya.
Kepedihan hatinya lebih perit kerana orang yang memarahinya
adalah Sungyeol..lelaki yang dia sukai.
Malu dan kecewa perasaannya ketka itu bercampur-baur.

LAST ROMEOWhere stories live. Discover now