LAST ROMEO.Part 4

119 12 1
                                    

Awal-awal pagi lagi Miari sudah terpacak didepan restoran Sungyeol.
Dia teruja hendak bertemu Seulgi apatah lagi ketampanan Sungyeol membuatkannya gila bayang.
Sesungguhnya dia sudah tertarik pada Sungyeol.

"Oo..unnie..
Buat apa ni..awalnya"Seulgi yang agak terkejut melihat kehadiran Miari pagi itu.

"Hai..annyeonghaseyo..
Unnie datang nak jumpa kamulah..
Lagipun unnie nak sarapan kat sini"Miari terus masuk kedalam restoran.

"Ohh..Miari"sapa ibu Sungyeol mesra.

"Annyeonghaseyo omoni"Miari membalas gembira.(bow)

Miari meninjau-ninjau kelibat Sungyeol yang tidak kelihatan..
Sememangnya itu adalah salah satu niatnya berkunjung kesitu.
Selesai menikmati sarapan paginya..
Miari menemui ibu Seulgi.

"Omoni...mmm...
Boleh tak saya nak minta izin untuk Seulgi temankan saya keluar sekejap"tanya sambil tersenyum.

"Dae??...
Kamu tanya Sungyeol ya"ibu Seulgi mengelak.

Miari pergi menemui Sungyeol yang berada didapur..

"Sungyeol~ssi...boleh tak saya nak ajak Seulgi keluar sebentar?"
Miari bertanya sambil mengerdip-ngerdipkan matanya.

"Kamu nak kemana?"tanya Sungyeol serius.

"Jalan-jalan!!
Kalau Seulgi tak boleh temankan saya...
Sungyeol pun boleh"Miari separuh berbisik kepadanya sambil tersenyum.

"Kamu berdua jangan balik lambat sangat..ada banyak kerja kat restoran ni"
Sungyeol memberi keizinan walaupun dia sebenarnya keberatan membenarkan Seulgi menyertai
Miari.

"Gomawo..Sungyeol~ssi"Miari lantas mendapatkan Seulgi dan mereka berdua pun beredar pergi.

Ketiadaan Seulgi direstoran bermakna kerja-kerjanya menjadi dua kali ganda banyaknya.
Namun dia tetap memberi keizinan untuk tidak mengecewakan permintaan Miari.
Miari membawa Seulgi bersiar-siar dikawasan sekitar yang belum prnah dikunjunginya.
Mereka juga menonton wayang bersama-sama dan pergi bergembira di karaoke.

Sebelum pulang..Seulgi menemani Miari "shopping" dan Miari juga tidak lupa membelikan hadiah buat Seulgi,ibunya dan juga Sungyeol.
Miari dan Seulgi ternyata sangat gembira meluangkan waktu bersama-sama.

"Seulgi~ssi..rasa-rasanya Sungyeol suka apa ya?"Miari memilih beberapa barang yang sesuai untuk dihadiahkan kepada Sungyeol.

"Rasanya ni sesuai tak..?"Miari menunjukkan sehelai "knit sweater"yang berwarna brown muda kepada Seulgi.

"Mmm...cantik..
Oppa..memang suka pakai baju "knit"ujar Seulgi.

"Nae..saya belikan nilah untuk dia.."Miari lantas membawa baju itu ke kaunter pembayaran dan meminta seller-nya
membungkuskan sweater itu.

Tanpa mereka sedari..rupa-rupanya hari sudah semakin lewat..jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam.
Bergegas Miari menghantar Seulgi balik semula ke restoran mereka.
Setibanya mereka berdua disitu..ibu Sungyeol sedang sibuk melayan pelanggan yang agak ramai.
Sungyeol hanya memerhatikan saja kehadiran Seulgi dan Miari..
Raut wajahnya masam mencuka kerana kepenatan .
Tanpa berlengah..Seulginsegera mengemaskan meja-meja yang sudah ditinggalkan pelanggan.

Miari juga cepat-cepat menolong Seulgi kerana sepertinya Seulgi dan ibunya tidak menang tangan menguruskan
pelanggan yang keluar masuk ke restoran mereka.
Miari rasa bersalah kerana membawa Seulgi keluar dalam jangka masa yang lama.
Pelanggan-pelanggan mulai reda sekitar jam 12 tengah malam.

"Omoni..mianhae"Miari meminta maaf kerana rasa bersalahnya.

"Aniyo..gwenchana...
Gomawo sebab Miari dah susah-susah tolong tadi" ibu Sungyeol menenangkannya.

"Omoni..dah lewat ni..
Saya balik dulu ya"Miari (bow).

"Sungyeol~a..kamu tolong hantarkan Miari pulang ya..
Bahaya ni..dah lewat"pinta ibunya.

Melihat muka Sungyeol yang masam mencuka..Miari lekas menolak cadangan ibu Sungyeol.

"Gwenchana omoni...
Saya boleh balik sendiri..
Sungyeol mesti dah penat..."kemudian Miari pun beredar  pergi.



LAST ROMEOWhere stories live. Discover now