Sayang hadir bila seseorang yang datang membawanya kepada ku,Tak pernah ku mencari sayang itu dahulu,
Tapi kini sebaliknya,
Aku pula yang mendambakan sayang itu,
Ah sudah,
mana mahu aku mula,
Sayang itu indah..
sayang itu rasa..hati kau adalah deria..
Sayang juga melahirkan rindu,
Ah sudah,
mana mahu aku akhiri,
rindu itu indah..
rindu pada si dia,
rindu yang indah.ah sudah,
peritnya terasa bukan?
perit rindu kini kau rasa,
yang kau khabarkan indah dahulu,
manakah indahnya,
perit bukan merindui?
bukan itu peritnya,
perit apabila merindui sang pendusta,
ah sudah,
aku mula sudah,
pendusta yang hadir ibarat kilat,
hati ini,
seperti seorang ibu yang terkocoh menutup cermin ketika kilat menyambar,
apakah selemah itu cermin?
sudah digambar cermin
itu hati,sedar bukan lemahnya bagai mana?
ah sudah sudah lah..
-zennisha-
YOU ARE READING
Nak Cakap Suara Tak Kuat
Poetrybukan mintak simpati, bukan mintak perhatian, hanya luahan hati, yang lahir penuh ketulusan.