Cemuhan kian hari kian ditimba,
tanpa lali aku mendengar perkara yang sama,
cemuhan makin hari makin diterima,
tanpa igauan aku telan segalanya.Lupakah kau?
hidup ini roda,
Dunia ini bulat,Lupalah tu...
Manakan kau ingat,
jalan saja kau mendongak,
berlari sahaja kau tak jejak tanah,
Dongakan yang menadah ludahnya sendiri,
ingat?.Penghinaan?
Hina selagi mampu,
Hinakah kau tak ke gadingan?
Mana mungkin,Bodoh jua tahap apa,
Asal muka boleh jual,
boleh lah sikit cari makan.Tak percaya?
Dekah!Hidup ini adil,
ramai yg mengina,
kau seorang yang menerima,Saat kau berjaya,
ramai yang terhina,
kau seorang yang diterima.Hidup ini adil.
-zennisha-
YOU ARE READING
Nak Cakap Suara Tak Kuat
Poesíabukan mintak simpati, bukan mintak perhatian, hanya luahan hati, yang lahir penuh ketulusan.