[DEPRESI]
Ruang rumah ku kosong , tiada berpenghuni. Hanya aku seorang, terbaring di kamar. Fikiran ku entah ke mana. Suasana di sini, sepi. Hanya denting jam dinding memecah kesunyian malam.
Wajah ku lesu. Terasa berat , terasa pusing kepala ku. Tangan kanan ku melepaskan genggaman. Pil- pil jatuh ke lantai. Badan ku berpeluh. Sejuk.
Ya Allah, aku lemah. Rintih ku, hanya Dia yang mendengar. Ya Allah, cukuplah semua ini. Aku tak mahu ingat, satu pun tentang kisah itu. Cukup lah ya Allah. Aku merasa siksanya. Adakah ini balasan? Adakah ini hukuman? Kenapa hidup ku tak pernah merasa tenteram ya Allah. Besar kah dosa ku pada Mu?. Aku tak berdaya, menanggung semua ini. Biarlah aku pergi, tidak lah hidup ku ini terus menghampakan Mu.
Nafas ku sesak. Mata ku tertutup.
Kedengaran pintu bilik ku terbuka, cahaya malap menembusi bilik. Terlihat bayang-bayang , insan yang aku kenali.
"Hanis" bisik ku. Hanis adalah sahabatku yang paling akrab. Kami tinggal bersama sejak diploma lagi.
Sara, kau dah tidur ke? Awal lagi ni. Tadi aku ajak pergi tengok wayang kau tak nak. Kau ok ke?" Tanya Hanis sambil tangannya menekan suis lampu.
Tik.. Bilik menjadi terang. Hanis kaget melihat aku.
Badan ku sudah tak bermaya.
"Nis, hanis tolong.." Rintih ku.
Hanis berlari ke katil mendapatkan aku.
"Astagfirullah, sara! Apa kau buat ni? Sampai bila kau nak macam ni ? Kau kena teruskan hidup. Sebab ni lah aku tak nak tinggalkan kau , tau tak. Afiq, cepat bawa sara pergi hospital!" Hanis cuba memapah ku dan Afiq dengan pantas mendukung aku lalu terus berlari mendapatkan kereta.
Afiq yang berdiri tidak jauh daripada Hanis, sambil memegang beg tangan Hanis, lalu melepaskannya ke lantai. Afiq, tunang kepada Hanis. Baik orang nya, tinggi lampai dan tampan. Memang sesuai dengan Hanis yang cantik, punya darah kacukan.
"Ya Allah, Sara. Apa nak jadi dengan kau ni. Kau dah besar , cuba lah fikir dengan waras. Kalau jadi apa-apa kat kau tadi, siapa yang susah? Ibu bapa kau juga tau. Berdosa sara." Hanis terus membebel dan memarahi aku. Aku hanya diam dan segala yang diungkapkan nya tidak ku pedulikan.
Afiq perlahan-perlahan membaringkan aku di tempat duduk belakang dan kami terus menuju ke hospital.
"Hanis, nak I call parents Sara ke? Tak boleh biarkan ni" Afiq bersuara , memandang Hanis dengan rasa kerisauan.
"Fiq, tak payah la. Aku janji tak buat lagi, please. Kali ni je." Rayu ku , takut. Takut akan keluarga ku tahu .
"Tahu takut, yang kau pergi buat kerja gila ni kenapa? Kau ingat kami marah ni sebab kami tak sayang kau ke sara. Kalau tak, lama dah kami biarkan kau duduk dalam bilik tu seorang-seorang. Biarkan kau buat benda bodoh ni. Kami sayang kau Sara." Hanis mengeluh panjang.
"Sara, kalau ada masalah, kau cerita kat kami. Kami ni kawan kau. Sejak diploma lagi. Hanis ada, Maya, Atiqa, aku, Zairi, banyak lagi kawan kau yang sayang kat kau. Kau je tak nak bagitahu kita orang ni apa masalah kau. Kau jangan pendam sara, susah lah macam ni. Kita orang nak tolong kau sara." Afiq menoleh kebelakang melihat keadaan aku yang bagaikan mayat hidup tak berdaya.
"Aku minta maaf, belum masanya aku bagitahu." Kata ku perlahan.
Sejurus sampai di hospital, Afiq menelefon ayahnya.
"Pa, Fiq kat hospital. Boleh minta tolong papa tak? Datang sini sebagai penjaga Sara". Rayu Afiq , tangan nya memicit kepala, pening dengan tindakan aku yang tiada siapa mampu menghentikannya. Nasihat sudah, semuanya sudah. Tapi aku masih kekal sama. Lebih selesa duduk di dalam bilik yang malap. Keseorangan. Bertemankan pil-pil yang membuatkan kepala aku menjadi kosong, seketika.
YOU ARE READING
Tangisan Seorang Pendosa [still in progress]
SpiritualNoda hitam tidak akan dapat diputihkan kembali sekiranya kita tidak kembali kepadaNya. Setiap derita, hanyalah ujian dari Nya, menguatkan diri kita untuk mengingati kehadiran Nya yang maha Esa. Kekhilafan kita tidak selamanya menjadi satu titik hita...