[MENERPA HATI]
Pukul 5 pagi. Masih awal lagi untuk aku. Aku bersandar di katil, dengan fikiran aku yang dipenuhi dengan Haikal. Ada waktunya, aku tersenyum, dan bila aku mengenang kembali apa telah aku lakukan terhadap Haikal, keputusan yang mengguris hatinya yang akhirnya membawa kepada kekesalan membuatkan hati ku merasa sakit. Ya, sakit atas kebodohan diri sendiri. Tidak tahu mengenal mana permata, yang mana kaca.
Ya Allah, kenapa kau temukan dia kembali kepada ku. Apakah makna disebalik pertemuan itu? Engkaulah sebaik-baik perancang, tapi aku buntu ya Allah. Apa yang harus aku lakukan? Adakah dia sememangnya untuk ku? Apakah kehadirannya memberi nafas baru untuk aku bangkit? Ya Allah, berilah aku petunjuk. Rintih hatiku.
Aku melangkah ke arah almari ku, menguak sedikit pintu almari dan mencari-cari kembali telekung yang sudah lama tak ku sentuh. Lantas aku meletakkannya di atas katil dan kaki ku melangkah berat untuk mengambil wudhuk. Ya Allah, kuatkan lah hatiku untuk kembali pada Mu. Aku mulai risau dengan diriku, terlalu jauh rasanya hubungan ku dengan Maha Pencipta ku, terlalu jauh ku tinggalkan Dia. Kedengaran suara azan bergema, lantas aku membentangkan sejadah, mengingati kembali rukun solat. Tergugup seketika bilamana aku lupa niat solat subuh. Akhirnya aku cuba mengingati setiap bacaan dalam solat. Semasa sujud yang terakhir aku meminta keampunan dan berdoa sedaya ku , aku tahu Dia mendengar rintihan ku. Air mata mula bergenang namun aku cuba menahan kesedihan yang tak tertanggung.
Ya Allah, berilah aku sepenuh kekuatan untuk menjadi hambaMu yang setia. Ya Allah, biarlah hatiku dipenuhi kecintaan kepadaMu. Ampunilah aku ya Allah. Ampuni segala khilafku, segala dosaku. Aku tahu betapa jahil dan bongkak nya aku meninggalkanMu. Aku hanyalah hamba yang lemah, berilah aku hidayah sebenar-benar hidayah agar hatiku tetap terpahat dengan kalimah Mu, mencintai Mu dan takkan melupakanMu. Berilah aku petunjuk , bantulah aku ya Allah. Amin ya Allah.
Selesai subuh, aku bersandar dan mendengar burung-burung menyanyi riang di pagi yang sejuk dan nyaman. Tangan ku mencapai handphone yang terletak di atas meja lampu sebelah kiri ku. Perlahan - lahan jari ku scroll contact list dan terhenti bila melihat nama Haikal.
Patut ke aku yang make the first move? Nanti apa yang dia akan fikir kalau aku call dia? Tak boleh, tak boleh. Kenalah lelaki yang approach dulu. Haish. Sabar Sara. Kalau dia memang untuk aku, insyaAllah akan ada peluang juga nanti.
"Serabut. Malas nak fikir". Bisik ku pada diri. Lantas aku angkat dan mencapai tuala.
Selesai mandi, aku pergi ke dapur . Aku melihat Hanis di ruang tamu sedang menatap laptop nya dengan khusyuk sekali.
"Ei Hanis, focus gila kau. Sampai aku keluar bilik pun kau tak sedar". Aku mendekati Hanis dan duduk disebelahnya.
"Ish, kau ni. Terkejut aku. Kalau ye pun, bagi lah salam dulu." Mata Hanis kembali memandang skrin laptopnya.
"Kau tengok apa ni? Boring lah. Keluar nak?" Aku membuat suara kebudak-budakkan mengusik Hanis.
"Keluar? Kau biar betul Sara? Kalau macam tu, aku call Afiq jap." Tangan Hanis mencari-cari handphone nya di sebalik kusyen.
Aku tersengih.
"Hehe, betul lah. Hari Sabtu ni rasa boring pulak duduk rumah. Kita pergi shopping nak? Tengok wayang ke. " ajak ku dengan mimik muka yang kononnya comel.
Hanis melempar perlahan kusyen ke muka ku.
"Kau ni dah kenapa Sara? Buang tebiat nak manja-manja dengan aku?" Tangan Hanis sibuk mencuba untuk menelefon Afiq.
Aku tersengih lagi.
"Kau tak happy ke, kawan kau ni ajak kau keluar ? Bukan selalu tau" usik ku lagi. Sayang nya aku dekat Hanis, dia dah macam keluarga aku. Yang menjaga aku walaupun aku memang susah nak di kawal segala tindakan yang tak masuk akal. Sekarang, aku nekad. Aku akan buka buku baru. Mungkin, kehadiran Haikal adalah petanda untuk hidup aku mula bercambah mekar seperti bunga di pagi hari. Entah kenapa aku tak berhenti tersenyum dan sentiasa dibayangi dengan nama Haikal.
YOU ARE READING
Tangisan Seorang Pendosa [still in progress]
SpiritualitéNoda hitam tidak akan dapat diputihkan kembali sekiranya kita tidak kembali kepadaNya. Setiap derita, hanyalah ujian dari Nya, menguatkan diri kita untuk mengingati kehadiran Nya yang maha Esa. Kekhilafan kita tidak selamanya menjadi satu titik hita...