BUNYI deruan enjin dimatikan melakar senyuman Encik Idham. Anak perempuannya pasti sudah selamat tiba. Pandangannya dihamparkan keluar rumah, mencari kelibat anaknya.
"Assalamualaikum..." meleret sahaja bunyinya. Mata Inayah sudah sembab kerana menangis. Tudungnya juga agak serabut. Terlihatkan rumahnya yang mempunyai ramai tetamu, dia agak pelik.
"Waalaikummusalam." Mereka menjawab serentak. Encik Idham pelik dengan keadaan anaknya yang tidak terurus.
"Nayah, kenapa ni?" Encik Idham bertanya kehairanan. Dia risau. Tidak pernah-pernah anaknya pulang dengan berkeadaan begitu.
"Nayah letih, ayah. Bagi Nayah rehat...please?" Muka Inayah lesu. Dia benar-benar perlukan istirehat.
Encik Idham hanya mengangguk. Tiada bantahan yang diluahkan. Encik Idham bimbang. Lalu, Inayah berlalu ke tangga.
"Jadi, itu Inayah?" Soal seorang wanita yang tidak dikenali. Encik Idham berpaling pantas. Lantas dia tersenyum. "Ya, dialah anak saya." Balas Encik Idham.
"Dah besar sekarang. Dulu jumpa masa kecil, comel saja. Sekarang dah cantik. Kerja apa, Idham?" Tanya wanita itu lagi.
"Setiausaha dekat syarikat MAX Lanskap, Datin. Dah lima bulan." Jelas Encik Idham. Senyumannya masih tidak lekang sejak dari tadi.
"Memang tidak salah pilih lagi. Saya rasa Inayah lah orangnya. Tak sabar saya nak bermenantukan Inayah tu. Sedap mata memandang..." Kali ini suara lelaki pula yang bersuara.
"Terima kasih Datuk Ehsan, Datin Marwa. Kami berbesar hati.." Ucap Puan Suzila gembira.
"Tapi betul ke Inayah akan bersetuju sama? Saya risau dia dah ada pilihan hati sendiri." Luah Datin Marwa. Mukanya berkerut. Perkara yang sama terlintas di minda Datuk Ehsan.
"Sekarang rasanya alhamdullilah, dia still available I thought." Bersama senyuman Puan Suzila menjawab. Jawapan itu bersambut dengan gelak kecil mereka.
Lega rasa hati pasangan itu. Nampaknya anaknya bakal berkahwin tidak lama lagi

ANDA SEDANG MEMBACA
WHAT! Heart...
RomanceMemang rasa macam nak tercabut kepala dia sekarang ni. Dengan hati yang berapi dia melangkah keluar dari pejabat lelaki itu. Memang tak guna! Lelaki semua sama saja. Satu gila, semua gila! Bentak gadis itu. Apa yg akan terjadi nanti truskan wait my...