HH Part 4

215 3 1
                                    

"ADA apa ni, Kak Ju? Heret orang datang butik pengantin tiba-tiba. Kerja orang kat rumah tu bertimbunlah." Rungut Inayah geram. Mana taknya, dia pagi-pagi lagi disuruh bersiap dan tiba-tiba dibawa ke butik pengantin. Sentap!

"Nayah boleh tak diam kejap. Akak nak cari baju pun susah tahu tak?" Julia pun merungut sama. Degil anak saudaranya tu, Tuhan sahaja yang tahu. Payah betul sewaktu nak mengajak Inayah ke situ.

"I will never shut my mouth before you answer my questions." Balas Inayah selamba. Tangannya disilangkan.

Julia memandang tepat ke arah muka Inayah. Inayah kalau betul-betul marah, bukan Julia saja yang takut. Encik Idham pun takut jugak sebenarnya.

"Okay, fine akak kasi tahu. Sebenarnya..." Julia serba salah. Dia bimbang Inayah tidak akan setuju. Apatah lagi, takut jika rancangan yang dirancang tidak menjadi.

"Apa? Dari tadi akak diam. Cakaplah."

"Ak...akak...akak nak Nayah jadi model akak." Julia tergagap. "Model apa ni kak?" Muka Inayah sudah masam. Dia memang kurang berkenan bab-bab voulenture ni, apa lagi tanpa kebenaran dia sendiri.

"Macam ni Nayah, kawan akak nak kahwin. Dia pergi overseas, so dia mintak tolong akak supaya carikan baju pengantin untuk dia. Badan dia betul-betul iras ngan Nayah, baik akak mintak tolong Nayah, kan? Please, Nayah? I'm begging you." Panjang lebar Julia mereka cerita. Sebenarnya semua itu tipu belaka.

Inayah mengeluh panjang. Tak orang lain ke? Inayah sudah menggaru kepala yang terasa gatal. Pening!

Huh! Nasih baik lah story aku baeek je. Pandai betul aku reka skrip sendiri. Kalau tidak, tak makan nasi minyak aku nanti, makan nasi bubur ayam je lah, desis hati Julia.

"Ye lah, orang cuba. Orang tolong mana yang termampu. Tapi janji, hari ni akak kena belanja orang Pizza Hut?" Mata Inayah sudah bersinar-sinar seperti dapat membayang kan keenakan pizza itu.

"Suka hati kamu lah... Makan je kerja budak ni!" Rungut Julia. Dari dulu, sampai sekarang Inayah masih belum berubah. Makanan perkara wajib baginya!

WHAT! Heart...Where stories live. Discover now