HH Part 6

197 5 1
                                    


"AGAIN! I'm asking you guys. Where are we going now? I'm curious. Ibu, bagilah tahu orang. Kita nak pergi mana ni?" Dari tadi Inayah tidak berhenti bercakap. Bila dimarah, dia langsung tak peduli. Apa yang penting dia nak tahu dia ke mana sekarang.

Tapi, apa yang menarik perhatiannya dia kenal jalan itu. Jalan menuju ke Masjid Negeri. Pelik. Banyak pulak kereta tidak seperti biasa yang sentiasa lengang.

"Dah? Dah boleh diam dah? Sakit telinga Abang Herman dengar awak bercakap tak henti tahu tak? Nak drive pun susah." Abang Herman pulak yang membebel. Inayah memuncung. Ingat dia diam tak berkutik sejak dari rumah tadi, sabar sahaja. Rupanya menahan geram jugak dekat Inayah.

Inayah tertunduk. Aku tanya soalan, dimarahnya balik. Entah apa-apa je Abang Herman ni.

Kereta Mitsubishi Evo dipakir kemas dipintu utama Masjid Negeri. Ini yang membuatkan jantung Inayah lebih berdetak kuat. Ramai penyambut tetamu, VIP dan macam-macam lah di situ.

"Inayah, jom keluar." Jemput Puan Suzila sopan. Dia memegang tangan kanan anaknya. Inayah bagaikan kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa. Innoncent. Kamera berada di sana sini mengambil segala tindak tanduknya. Inayah semakin keliru.

"Ibu. Kenapa banyak kamera? Siapa kahwin ni?" Inayah bertanya separuh bisik.

"Jom masuk. Biar je kamera tu. Majlis dah nak mula." Puan Suzila berdalih. Dia tahu anaknya lost. Bahkan tidak tahu apa-apa mengenai majlis ini. Dia tersenyum seorang.

"Selamat datang. Jemput duduk. Inayah ya?" Datin Marwa datang menghampiri kedua-dua anak beranak itu. Inayah automatik mencium tangan Datin Marwa dan menggangguk perlahan. Sedikit kerutan di dahinya. Dia kenal aku ke?

"Nayah duduk sini, nak." Puan Suzila menarik lengan anaknya supaya duduk disebelah kanannya. Datin Marwa pula disebelah kirinya. Jadi Inayah duduk di tengah-tengah antara mereka.

"Boleh kita mulakan majlis semua?" Pertanyaan itu menarik perhatian Inayah serta merta. Tok kadi?

Semua warga yang berada di masjid itu mengangguk tanda setuju. Inayah masih blank. Apa yang berlaku sebenarnya ni?

"Nayah dah sedia, sayang?" Tiba-tiba soalan itu terlucut dari mulut Puan Suliza. Pandangannya jatuh ke muka Inayah.

"Sedia untuk apa ibu?" Inayah bertanya lembut.

"Menjadi hak orang lain? Belajar mencintai dan dicintai? Hidup dalam kebahagiaan yang perlu dicari bersama?" Bertubi-tubi soalan dari Puan Suliza yang tidak difahami Inayah.

"Maksud ibu?" Inayah masih lambat menangkap. Puan Suliza mengucup kedua belah pipi anak perempuannya penuh kasih. Puan Suliza tersenyum.

"Ibu harap, Inayah akan lebih bahagia lepas hidup bersama insan yang tercinta..." Sayu suara Puan Suliza. Insan tercinta? Adakah Inayah akan...

"Aku nikah akan dikau Muhammad Daniel Elhan bin Shahir dengan Nur Inayah Shahirah binti Idham Nor dengan mas kahwinnya sebanyak lima puluh dua ribu ringgit tunai..." Tok kadi menggoncangkan tangannya. Apabila nama Inayah diseru, lantas dia perpaling ke hadapan.

"Aku terima nikahnya Nur Inayah Shahirah binti Idham Nor dengan mas kahwinnya sebanyak lima puluh dua ribu ringgit tunai..." Dengan sekali lafas lelaki itu berjaya menyebut kalimah keramat itu.

Buntang mata Inayah. Tidak sangka inilah pengakhiran hari bujangnya. Tanpa persedian diri, tanpa diberitahu, tanpa pengetahuannya dan ianya sudah berakhir.

Doa diaminkan penuh sebak didada. Matanya kian basah oleh air mata.

WHAT! Heart...Where stories live. Discover now