Mana mungkin.

42 1 2
                                    

Aku mungkin mampu untuk tidak menghubungimu.
Tapi cuma sehari. Lebih dari itu kurang mampu. Bisa gila kerna merindu.
Aku mungkin mampu untuk berbohong padamu. Tapi hanya soal perasaanku itu bukan kemampuanku. Pada aku lebih baik kau muntah kerna rasa ini daripada kau tersenyum sedang dihatimu menyimpan benci padaku.
Mana mungkin untuk aku bilang tidak sedang dihati ingin menjerit mengatakan iya. Iya!
Kau mungkin pria yang teruk. Hanya pada pandangan manusia-manusia yang tak mengenalmu.
Namun dimata hatiku kau pria yang aku sayang. Cukup dengan sifat penyayangmu. Cukup dengan rasa kasihmu pada aku.
Mana mungkin untuk aku melepas pergi seseorang yang tetap teguh menyayang aku sedang diluar sana ramai yang membenciku. Mana mungkin untuk aku melepas rasa cinta ini sedang aku sudah berusaha menjaga hati cukup hanya untukmu.
Mana mungkin namamu selalu kutitip dalam doa kalau menyimpan rasa bosan padamu.
Hanya kerna sayang dan cintaku padamu kau adalah antara hal yang selalu menjadi perbualanku dengan tuhan.
Kerana kau aku sayang.
*lots of love, batt.

Puisi Jelek.Where stories live. Discover now