Curiga

19 1 0
                                    

"Bila kau sampai?"

Pertanyaan Laila menyentakkan lamunan Adam. Dia tersedar dengan sentuhan tangan Adam dipipinya sebentar tadi. Lantas Adam memalingkan wajahnya menatap Laila.

"Baru je. Kau dah makan ke belum?"    Adam membalas tenang.

Laila tersenyum nipis seraya menganggukkan kepalanya perlahan.

"Betul ni?"

Kali kedua Laila menganggukkan kepalanya.

"Aku tengok makanan kat dapur tak berusik pun." Airmuka Adam kelihatan keruh.

Laila menghembuskan nafas berat. Adam memang tidak suka ditipu, ataupun disorokkan apa-apa hal daripadanya. Walaupun sekecil mana pembohongan itu. Sifat curiganya turut ketara. Kadang kala Laila lemas dengan sikapnya yang satu ini. Pasti  Mira juga merasakan yang sama. Mungkin ini adalah salah satu diantara sebab Mira meninggalkan Adam, kerana Mira bukanlah seorang yang sangat penyabar. Ya, dia tahu segala berkaitan Adam walaupun suaminya ini baru menikahinya selama seminggu.

"Aku makan roti dengan air Milo je. Memang tak sentuh makanan atas meja kat dapur tu." Laila senyum lagi, cuba meyakinkan si suami dalam hal remeh baginya.

"Okay." Adam berjeda. Dia merenung penuh tumpuan ke wajah Laila. Perlahan Adam mencium dahi isterinya. "Aku minta maaf bagi pihak mommy aku ya. Dia tak tahu apa-apa,   and she shouldn't treated you that way just happened. Sorry, Ila." Sambungnya setelah melepas ciuman didahi.

Laila bagaikan terpaku. Ini adalah kali kedua Adam menciumnya didahi selepas hari mereka diijabkabulkan. Seakan timbul satu perasaan aneh tetapi menarik dihatinya. Perasaan senang bila Adam menciumnya dan dia juga sedar bahawa mereka berdua berkahwin tanpa perasaan cinta antara satu sama lain. Laila segera  menepis kegamamannya dengan cepat-cepat membalas, "Tak apa, Adam. Aku faham. Mommy kau mesti terkejut bila tahu kau dah kahwin. Secara tiba-tiba pulak tu."

Dia juga sudah sedia maklum akan apa yang berlaku tengah hari tadi dan sikit pun tidak menyalahkan mommy Adam. Cuma dia terkejut dan tak menduga tentang perkahwinan yang seupaya disembunyikan dari pengetahuan keluarga Adam dan Mira secepat itu terbongkar.

Dan hubungan mereka yang tercipta ini mungkin kedengaran tidak masuk akal.

Adam dan Amira merupakan sahabat Laila. Adam berjaya menambat hati Amira setelah dikenalkan oleh Laila pada majlis hari ulang tahun Laila yang ke dua puluh. Mereka turut sering meluangkan masa bertiga, apabila ketiga-tiga mereka lapang pada waktu yang sama. Namun hubungan Adam dan Mira hanya bertahan selama tiga tahun. Mira telah nekad meninggalkan Adam dan menyambung pengajian ke Sydney, Australia. Atas sebab apa, Laila tidak pernah tahu dan Adam juga tidak pernah bercerita kepadanya, kekal berahsia. Kemurungan Adam begitu ketara selama hampir dua bulan berturut-turut namun Mira tetap pergi tanpa tinggalkan pesan padanya dan menyepikan diri walaupun cuba dihubungi oleh mereka berdua.

Kejadian tangkap khalwat yang melibatkan Adam dan Laila dirumah sewa Laila dan Amira telah mengikatkan mereka sebagai suami isteri yang sah. Adam yang terkejut dengan panggilan telefon dari Laila yang menyatakan Mira dengan tergesa-gesa keluar dari rumah bersama bagasi dan barangannya terus menuju ke rumah sewa mereka. Malangnya Adam tidak sempat melihat pemergian Mira secara tiba-tiba itu. 

Pada waktu Adam dan Laila cuba mencari sebarang nota yang mungkin ditinggalkan oleh Mira didalam rumah, pintu utama diketuk oleh pihak pegawai pencegah maksiat. Dengan rasa terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa tersebut, Adam dengan pantas membuat keputusan untuk menikahi Laila. Laila cuba menolak keputusan Adam ketika berbincang kerana dia tahu Adam mungkin sepi, tertekan dan kecewa dengan kepergian Mira lalu mendorongnya membuat perhitungan tanpa rasional, namun Adam berkeras untuk mengahwininya dengan alasan ingin menjaga Laila kerana gadis itu yatim piatu, tiada saudara mara dan berasal dari rumah anak yatim.

"Thanks Ila sebab selalu faham aku. Dari dulu, sampai sekarang. Jarang aku rasa bersalah bila dengan kau padahal memang salah aku pun." Ujar Adam sambil tersenyum. "Aku akan settle dengan mommy pasal kita as soon as possible." Tambahnya lagi sambil menggosok mesra kepala Laila.

LailaWhere stories live. Discover now