Usai menyemak senarai bahan membuat kek yang hendak dibeli, Laila menyemak pula pesanan yang diterima melalui WhatsApp di telefon bimbitnya. Pesanan dari Adam berada di atas sekali.
"Hai. Sibuk ke?"
"Tengahari ni lunch dengan aku jom?"
"I'll pick you up at 12. No objection, please. 😘"
10.43 amAdam dan bossy nya berpisah tiada. Laila melihat jam Solvit et Titus di pergelangan tangan hadiah pemberian Adam kepadanya sempena pernikahan mereka. Sudah 12.17 tengahari. Shit. Dia segera mengemas fail pengurusan kafenya, dan bergerak ke bahagian bar dihadapan.
"Emma, akak dah check stok. Kalau ada apa-apa lagi yang tertinggal, inform balik pada akak ya." Laila meninggalkan pesan kepada Amalina yang bertugas sebagai cashier di kafe itu.
Amalina tersenyum mengangguk. "Akak rushing ke mana ni?"
"Abang Adam ajak lunch dengan dia. Lagipun akak tak bawak kereta hari ni."
Bunyi nada dering telefon bimbit Laila ditangannya menghentikan perbualan mereka. Pantas dia menjawab panggilan tersebut dan mengangangkat separuh tangan kanannya menghadap Amalina, meminta excuse sebentar. Telefon dibawa ke ke telinga.
"Aku dah kat depan ni." maklum Adam ringkas.
"Okay, sekejap ya." Balas Laila.
Adam mematikan talian.
"Akak pergi dulu. Esok kita makan sama macam biasa, ya Emma." Ujar Laila sambil menoleh ke pekerjanya itu sebelum beredar. Emma hanya mengangguk.
Dengan segera Laila membuka pintu kereta sebelah pemandu Lancer kepunyaan Adam. Sesudah melabuhkan duduk dan menutup pintu, dengan kalut dia memohon maaf.
"Sorry Adam, aku lambat baca chat tadi tu yang lembap semacam. Nak reply pun tak sempat-"
"Shh, it's okay lah. Aku faham baru naik cuti kan, banyak kerja nak update." Adam memotong percakapannya sambil memasukkan gear reverse untuk keluar dari kawasan parking.
"Err.. Okay. Kita nak makan kat mana?" Laila memandang Adam yang khusyuk memandu.
"Tempat biasa. Boleh?" Adam menoleh kekirinya. Senyum nipis.
Laila hanya mengangguk.
Adam memilih meja paling hujung tersudut di kedai makan tersebut. Dia melabuhkan duduk. Seorang pekerja lelaki lingkungan 20-an mampir ke meja mereka, ingin mengambil pesanan air.
"Minum bang?"
"Jus oren satu, sirap limau dengan air suam."
"Okay bang. Sekejap ya." Kata pekerja tersebut sebelum beredar ke stesen membancuh air.
Laila tiba di meja mereka dengan dua hidangan ditangannya. Restoran ini merupakan restoran kegemaran mereka berdua sejak zaman berada di universiti lagi. Kebiasaannya, Laila akan mengambil nasi berlaukkan ikan kembung bakar bersama air asam, ulaman kacang botor dan sambal belacan kerana restoran ini dikenali dengan pelbagai jenis ikan bakar serta pengunjung restoran ini sangat ramai pada waktu tengahari.
"Ikan tengah bakar. Kejap lagi abang tu hantar. Penuhnya orang hari ni." Ujar Laila sambil menghulurkan pinggan berisi nasi kepunyaan Adam.
Minuman yang dipesan tiba. Adam menolak gelas sirap limau ais ke hadapan Laila. "Yours."
"Thanks. Bismillahirahmannirrahim." Sirap limau disedut perlahan. Laila menghadapkan mukanya ke gelas. Tekaknya berasa haus sekali. Adam yang ralit memerhatikannya tidak dihiraukan.
"What I've missed, Ila?"
Laila mengangkat wajahnya memandang Adam.
"It's been awhile we don't have our lunch together here. Since I was too busy with Mira to be exact." Sambung Adam lagi. Wajah Laila masih tidak menunjukkan sebarang riak.
"So? Apa masalahnya?"
"Janganlah buat tak faham." Adam menegaskan suaranya. Jus oren dikacau perlahan menggunakan straw sebelum disedut beberapa kali.
"Okay. You're in relationship before this. I can't expecting you will spend more time with me despite your gf is my best friend." Ujar Laila tenang.
"Takkan la kau tak rasa terpinggir ke, dilupakan ke." Balas Adam laju.
Laila tergelak perlahan. "Of course la rasa, Adam. Tapi takkan nak paksa desak kau pulak semata nak makan kat sini ke, pergi mana-mana ke. Aku cuba faham yang kau ada priority baru. Isn't that good, huh?"
Dua ekor ikan kembung bakar bersaiz sederhana tiba. Asap nipis dari daun pisang yang membalut ikan itu mengeluarkan aroma menyelerakan.
"Terima kasih, bang." Laila sudah berasa tidak sabar untuk menjamu selera.
"Not good at all. Kau patutnya ingatkan aku. Birthday kau yang ke 23 pun aku terlupa sebab kita sibuk dengan kenduri kahwin Along Mira. You make me feel bad after all this time i'd forgetting my best girlfriend ever." Berkerut muka Adam meluahkan rasa.
'You're changing, Adam. Not forgetting.' Wajah Adam direnung sekilas.
Laila mencubit isi ikan kembung dan mencicah dengan sambal belacan sebelum isi ikan itu disuakan ke mulut Adam.
"Aku lapar sangat ni. Kita makan dulu, okay. Talk later on. Nganga." Arah Laila.
Adam hanya menerima suapan dari Laila. Beginilah intimnya hubungan rapat mereka waktu dulu. Keintiman yang sangat selesa bagi dirinya yang sudah lama tidak dirasakan.
Hey guys im back!! Lama tak update story sebab uninstalled wattpad ekoran sebab sebab tertentu. Plis vote ok kalau rasa berminat nak baca story ni lagi and do leave ur comments kalau ada penambahbaikan or cadangan menarik yg boleh i pertimbangkan. Kalau takde yg sudi baca i tak rasa nak publish draft yg i buat. 😘
