Ikatan

15 0 2
                                    

Laila memandang sekilas suaminya yang sedang leka menonton televisyen di ruang tamu. Tangannya masih ligat membilas pinggan kotor makan malam sebentar tadi. Segera disudahkan kerjanya itu sebelum menapak ke sofa ruang tamu dan mengambil tempat disebelah Adam.

Adam menolehkan kepalanya kekanan menghadap Laila, lalu mengenyitkan sebelah mata dan tersenyum.

Laila ketawa kecil sebelum berkata, "Thank you sebab selalu tolong aku. Ringan tulang betul kau ni."

"Well, aku memang rajin apa. Apalah sangat setakat macam kemas meja makan, sidai kain. Lagi, nak puji apa lagi?" Soal Adam dengan muka konon innocent.

"Bukan nak puji sebenarnya. Nak berterima kasih la. Hish, perasan betul. Aku naik dulu. Nak gosok baju kerja." Ujar Laila lalu bingkas bangun menuju ke tingkat atas.

Adam menghantar Laila dengan pandangan hingga isterinya itu hilang dari matanya. Sejurus itu dia menghembus nafas berat sambil merenung kosong ke arah televisyen. Mindanya ligat mempersoalkan pelbagai pertanyaan.

'Mampu ke aku jaga dia?'
'Boleh ke aku sayang dia sepenuh hati?'
'Ikhlas ke dia terima aku sebagai suami?'

Terlalu banyak lagi tanda tanya yang masih belum terjawab. Mereka berdua juga belum pernah lagi membincangkan hal berat begini selepas berkahwin. Baginya, pernikahan ini dilaksanakan atas rasa bertanggungjawab. Kekhilafan telah berlaku, lalu dia memilih untuk go with the flow dengan harapan pasti ada hikmahnya ketentuan Tuhan menjodohkan mereka, walaupun dengan cara ditangkap khalwat.



Usai menggosok baju, Laila beransur ke bilik tidurnya. Selepas menutup pintu, baru dia perasan Adam sudah berkelubung menutup keseluruhan badan dengan comforter kecuali rambutnya di katil. Laila terkejut. Mereka memiliki bilik tidur masing-masing dan tidak pernah tidur bersama.

"Adam?" Laila cuba menggerakkan suaminya dengan menggoyangkan bahu Adam perlahan.

"Hmn?" Adam menjegulkan kepalanya dengan melorot sedikit comforter ke bawah.

"Kenapa tidur sini?"

Adam merenung wajah Laila. Tidak lama kemudian Adam menolak Laila berbaring di sebelah dan merangkul kemas pinggang isterinya itu. Mereka berhadapan muka masing-masing. Laila masih mendiamkan diri dan membalas pandang walaupun dadanya sudah rasa berdebar dengan tingkah pelik Adam, menanti Adam memberi jawapan.

Adam mengeratkan lagi pelukannya dan meletakkan kepalanya di bahu Laila. Hembusan nafas panas Adam terasa di lehernya memandangkan bilik tidurnya diliputi angin sejuk pendingin hawa. Tiada penolakan dari Laila menyebabkan Adam tersenyum sendiri. Mujur Laila tidak boleh lihat reaksi mukanya itu, kerana kepala mereka rapat dan wajah Adam menunduk sedikit menghala dada Laila.

"Aku nak tidur dengan kau. Boleh tak?" Perlahan Adam bersuara, kedengaran agak romantis dan mesra.

"Tidur sini? Err.. haa boleh je. Tapi.." kalut Laila membalas, menunjukkan dia sangat berdebar dan nervous berada dalam keadaan begitu buat pertama kali bersama Adam.

"Hei relaxlah." Adam ketawa perlahan sambil mendongakkan kepala. "Merah dah pipi kau tu. Tapi apa, hmn?" Dengan pantas pipi kanan Laila dicium sekilas.

Riak muka terkejut Laila membuatkan Adam ketawa lagi. Laila seolah terpaku. Atau lebih tepat blur sebenarnya.

"Tapi apa, Laila? Kau bagi tak aku tidur dengan kau ni? Kalau tak aku tidur bilik aku je."

Adam kelihatan berura ingin bangun dari katil, sudah duduk melunjur tetapi dengan pantas Laila menarik tangannya berbaring semula di sebelahnya. Adam hanya menurut.

"Tidur sini lah tapi jangan peluk kuat sangat. Lemas aku, tahu? Dah. Tidur. Esok kerja." Ujar Laila dengan menekan perkataan tapi dan menghadiahkan ekspresi muka annoyed.

"Hehe. Sorry, okay." Balas Adam dengan tawa sambil menarik Laila rapat dalam pelukannya. Laila sudah menutup mata. Jemari Adam mengusap perlahan belakang Laila.

"Tidurlah Adam." Laila membuka kembali matanya dan menarik tangan Adam dipinggang lantas meletakkannya diantara mereka. Belakang badannya terasa geli bila diusap begitu.

"Ish biarlah." Adam kembali memeluknya. "Aku nak peluk isteri aku. Dapat pahala apa? Kalau macam ni lagi banyak pahala." Pipi Laila dicium berkali-kali.

Laila menolak mukanya perlahan. "Dah la. Pahala, pahala jugak. Tidur. Lewat dah ni. Goodnight." Ujar Laila lalu menutup mata.

"Sweet dream, my wife."

Laila merasakan ucapan itu seperti didalam mimpi, dan dia terus ingin lena. Walaupun dalam hati sudah menahan rasa terkejut ingin mencelikkan mata setelah mendengarnya.




Hi guys yang sudi baca contengan I. 😀 Please drop your comments, I need guidelines since this is the first time I published my story. 😙😂Kalau boleh ringankan jari untuk hit the star button 😝, semangat jadi lain macam tau bila ada votes ni haha. 😘Pasal story cover memang I tak kreatif sangat, semua nak buat dalam hp memang tak menang tangan lah ye, readers yang tak berapa ramai sekalian 😚. Thankyouu for reading my story muuaaahh hahaha

LailaWhere stories live. Discover now