BAB 1 - INTRO?

2K 39 39
                                    

  -ena's pov-       
          AKU berjalan di kaki lima sekolah, tertoleh-toleh aku cari pejabat. Mana entah hilangnya.Pelajar lain memandang aku yang serupa rusa masuk kampung ni. Pandang-pandang, ada hutang ke -_-  Dalam pada aku jalan-jalan cari pejabat tu,

BAM!!

          Aduh! Sakit punggung aku.Aku terus pandang depan. Mata dia,pergh!
macam aku baru lepas bunuh kucing dia je.

"Hoi! Kau ni jalan pandang mana! Ada mata gunalah!"

"Ma..maaf, aku tak sengaja. Aku cari pejabat. Pejabat dekat mana?"

"Erghh! Kau ni mesti budak barukan? Budak baru memang menyusahkan, dari sini kau straight je.Lepastu nanti dekat hujung tu kau belok kiri tau. Nanti dekat situ ada toilet, lepastu kau belok kiri lagi. Dah belok kiri yang tu kau belok kiri sekali lagi. Pastu kau terus. Hah! dekat situ laa."

"Ok ok,terima kasih ...",baju sekolah lencana takda nametag takda. Ni mesti kes ketua mafia sekolah ni.

"Fiq,nama aku Fiq."

"Terima kasih Fiq."

          Aku terus ikut apa yang diberitahu Fiq tadi.
____________________
-fiq's pov-

           Bongok punya budak, aku pun tengah cari pejabat jugak. Kemudian Aku menyambung perjalanan.

"Hye,girls! pejabat dekat mana?", aku menahan dua orang gadis.

"abang straight jee, pastu belok kanan, nanti jumpa pintu atas dia tulis pejabat."

"Ouh oke, thanks! Btw my name is Fiq."

"Ouh", *ouh tak tanya pun*
____________________
-ena's pov-

                     Tak guna lah! Baru naik sekolah dah kena game. Bab1 betullah! Ni tempat yang sama aku tanya dia tadi.Kau nanti Fiq aku jumpa batang hidung kau aku patahkan jadi tiga.Biar kau tahu siapa aku!

                    Aku memandang sekeliling. Err -_-! Baru aku perasan ada plan sekolah dekat tepi tangga. Aku berdiri depan plan sekolah. Fuh! Dah macam model.

"Adik cari apa? Abang tak pernah nampak muka adik kat sini.Budak baru ye? Lencana pun lain."

"Saya cari pejabat.Pejabat kat mana bang?",encemnya abang ni. Aku terpaku terpesona. Ecewwahh!

"Adik straight je. Nanti belok kanan. Then,jumpa pintu warna coklat. Ada label pejabat atasnya."

"Ouh, oke terima kasih."

"Sama-sama."

                  Cair!Jejaka idamanku. Apa nama dia tadi. Idham Aula.Fuh! Nama pun sedap.Mana ni pejabat.Belok kanan ada pintu coklat.

                  Aku melangkah masuk.Fuh! bedebar. Aku terus ke kaunter pertanyaan.

"Tumpang tanya?"

"Ya saya."

"Saya pelajar baru dari SMK Temerloh Pahang,boleh saya tahu dimana kelas saya?"

"Tunggu sekejap. Nama siapa?"

"Nurin Irdeena binti Mohamad."

"Awak duduk dikelas 4Arif.Guru kelas awak adalah Puan Jazilah"

"Boleh saya tahu dimana kelasnya?"

"Diblok hadapan pejabat ni,tingkat 3."

"Ouh, baiklah terima kasih Puan."

                    Hanya anggukkan dibalasnya.Aku terus keluar dan memakai kasut. Berjalan seorang diri.Sekolah ni agak besar dan menyeramkan.

                   Satu demi satu aku daki anak tangga tu.Sampai di tingkat tiga aku nampak ada seorang pelajar lelaki duduk ditepi tangga.

"Hai,tumpang tanya?"

"Kau nak apa?! Jangan kacau aku lah!Aku banyak lagi masalah daripada dengar soalan kau!"

Then,lelaki tu terus blah.

                   Apahal tah.Orang nak tanya pun marah-marah.Putus cinta lah tu. Haih! Mana ni 4 Arif. Aku berjalan sampai ke hujung.Ouh, kat hujung sekali kelasnya.Bedebar-debar aku dibuatnya. Heal in,Heal out. Fuh!Dengan lafaz Bismillah aku mengetuk pintu kelas.

                   Semua pelajar dan guru yang mengajar memandang aku.Termasuk pelajar yang berdiri di hadapan kelas. Eh! Wait! Wait! Ni Fiq.Budak bingai yang tunjuk arah pejabat yang salah tu.

"Ya ada apa?" ,tanya guru tersebut.

"Maaf mengganggu cikgu, saya pelajar baru"

"Awak dari SMK Temerloh ya?"

"Ha'ah,sayalah tu orangnya."

"Masuklah."

Aku melangkah masuk.

"Baiklah pelajar, hari ini kita ada dua pelajar baru.Kita minta awak berdua sila perkenalkan diri.Awak dulu."

Cikgu menunjuk ke arah Fiq.

"Nama saya Syed Syafiq Al-Iman bin Syed Syakir Aiman.Saya berasal dari Gemereh.Sekarang saya menetap di Kampung Lembah Bakti.Panggil saya Fiq."

"Sekarang giliran awak pula."

"Saya Nurin Irdeena binti Mohamad,dan berasal dari Temerloh,Pahang.Sekarang saya tinggal dengan nenek saya di Felda Kemelah.Kawan-kawan boleh panggil saya Ena"

"Oke Fiq dan Ena kamu berdua boleh duduk di belakang.Kebetulan kelas kita ada dua tempat kosong di belakang."

"Baik Cikgu."

"By the way.Saya guru kelas awak berdua.So anything problem just tell me lah.Oke?"

"Baik Cikgu."

"Attention class, kita sambung pelajaran kita tadi."
____________________
-fiq's pov-

                   Dah kenapa minah ni duk tenung-tenung muka aku. Tak pernah nampak lelaki handsome ke?Tak selesa I tau. Baru first day dah ada fans.

"Oi perempuan! Kau kenapa duk tenung-tenung aku?"

"Kau tanya aku kenapa? Kau tanya diri kau kenapa."

"Apa? Pasal pejabat tadi? Heh! Apa kau ingat aku nak minta maaf dekat kau? Jangan perasanlah weh."

"Kot ye pun,apa masalah kau nak tunjuk arah salah?! Tak tahu cakap je lah tak tahu."

                   Aku menikus.Bukan sebab takut keyh.Sebab malas nak layan permpuan gila ni.Hal kecil nak besar-besarkan. Erh.Tak gentle langsung.

                   Satu kelas pandang aku dan minah sebelah ni.Syok ek hampo semuo tengok ceq dok bertekak dengan pompuan gilo ni. Apa korang ingat ni drama tv3 pukul tujuh malam tu ke?

"Hah! Apasal kau diam?Takut?"

"Eh gila! Kau siapa aku nak takut? Hantu?Bukan kan? Muka macam hantu adalah."

Amboi, teruk no kau marah.Sampai naik merah muka.Tapi, boleh tahan comel gak.>_<

"Kau handsome sangat ke?Dah ramai sangat awek nak kan kau?  Kalau belum ramai.Tak payah sibuk kan muka orang.Cermin diri kau tu dulu.Muka serupa jamban tak jadi buat.Ada hati nak ngutuk muka orang."

"Awak berdua, tolong senyap sikit.Ada kelas lain yang sedang belajar",ketua kelas bersuara.

"Kau diam!",serentak aku dan Ena bersuara.

                   Bagai tersedar,baru aku perasan seluruh isi kelas mandang aku dan Ena.Kami terus duduk dan berdiam diri.Bila curi-curi pandang,aku tengok minah ni dah blushing...benganglah tu.Eh!Wait! Kenapa mesti nak curi-curi pandang?Dah lah,better aku tidur.

KAU VS AKUWhere stories live. Discover now