~no one pov~
KRING!!! KRING!!!
Berpusu-pusu pelajar ke kantin sebaik sahaja loceng berbunyi.Manakala Ena melangkah ke perpustakaan.
"Eh Irdeena!"
"Saya cikgu?",Ena memandang Puan Aini
"Haa Yaa,Awak boleh tolong saya tak?"
"Tolong apa cikgu?"
"Kalau nampak Syarifah Syafikah form 5, bagikan kertas ni dekat dia, saya ada urgent dekat pejabat, pengetua nak jumpa,boleh?"
"Haa boleh"
Selepas Puan Aini berlalu pergi, Ena mengomel sendirian.
"Aduhh, Syarifah mana pulak ni.Manalah aku kenal"
Ena meneruskan langkah ke Library.
***
DI DALAM LIBRARY"Weh Cha,Cha!",Ena menjerit kecil
"Senyap sikit ae,ini Library, bukan pasar",seorang librarian menegur Ena.
Ena hanya tersengih dan memohon maaf.
"Pst..Cha"
"Haa, nak apa?"
"kau kenal tak, Syarifah Syafikah?"
"Haa kenal,kenapa?Ada kat ruang belakang bahagian novel tadi aku nampak."
"Serius ar? Yang mana jom ikut aku jap",Ena menarik tangan Cha.
"Mana?"
"Jumpa budak tu"
"Buat apa?"
"Nak pas benda ni"
Ena menayangkan sehelai kertas kepada Cha, Yang bertulis
Nama Perserta Pertandingan Sajak Peringkat Sekolah Sempena Bulan Bahasa. (Menengah atas)
SAJAK
1.Nur Amanina Awal (4A)
2.Athirah Natasha (4B)3.Aqil Zikri (5A)
4.Maya Aqila(4D)
5.Zakri (4C)
6.Intan Zulaika (4A)
7.Nurdini Balqish(5D)
8.Nuriman Aswad (5B)
9.Iezlan (5A)SYAIR
1.
2.
3."Untuk apa ni?",tanya Tasha.
"Manalah aku tahu, dahlah jom",Ena kembali menarik tangan Tasha sehingga ke ruang C perpustakaan.
***
~Ika's POV~Selepas mendapatkan sebuah novel, aku terus duduk di kerusi. Bukan selalu nak lepak sesorang kat library.Hari ni aku puasa.So thats why aku duduk kat library dan bukannya kantin.
Tak ramai sangat dekat ruang C ni.Bolehlah aku rilek sikit.Dari jauh , actually taklah jauh sangat, kelihatan dua orang perempuan memasuki ruangan C, dan salah seorangnya menunjuk kearah aku.
Aku memandang mereka yang berjalan ke arah aku.Salah seorangnya aku kenal, well member adik aku sejak kecil.Tapi yang seorang lagi macam familiar.Mereka saling bertolakkan sebaik sahaja mereka hampir dengan aku.Aku rasa, lebih baik aku yang mulakan perbualan.
"Ya,cari saya ke Nurin?",tanya perempuan yang bernama Nurin Irdeena, mungkin.Hahaha.Acah acah tahu je aku ni.Padahal tengok nametag dia.
"Nama akak Sharifah Syafikah ya?",tanya perempuan yang memegang kertas.

ANDA SEDANG MEMBACA
KAU VS AKU
Teen FictionKisah dua pelajar baru yang berpindah di SMK Tenang Stesen. Dari awal lagi mereka memang tidak serasi.Bila berjumpa ada saja yang tak kena. Benci! Ya itulah yang mereka rasakan apabila bersua muka.Namun lama-kelamaan ada satu perasaan yang mula menj...