-zu's pov-
Aku memasang telinga sebaik sahaja terdengar nama Fiq meniti di bibir pelajar-pelajar yang sedang 'menjual kuih' di dalam tandas."Aku geram dengan perempuan kerek tu"
"Asal?"
"Kau takda dengar cerita ke"
"Cerita apa?"
"Fiq tu, sekarang dengan dia"
Tanpa berlengah lagi, aku terus keluar dari tandas. Buat panas telinga je dengar radio karat tu. Tapi betul ke Ena dengan Fiq tu ...... Tak boleh jadi ni, aku kena buat sesuatu.
~~~~~~~~~
Aku masuk ke dalam kelas dan melangkah ke meja. Terlihat Ena dan Fiq sedang membuat kerja sekolah bersama. Aku pergi ke mereka...Sajaa kacau daun. Orang kata tak elok berdua nanti ada yang ketiga. Aku lah tu yang ketiga.KAH KAH. Kfine tak lawak...
"Fiq buat apa tu? ", tanyaku.
"Basuh baju", Ena menjawab.
Bukan aku tak perasan. Dia menjeling aku. Terancam ke? Heh! Fiq memandang Ena yang sudah mencuka. Dan seterusnya memandang aku yang tersenyum manis.Seraya membalas senyuman aku.
"Buat homework",jawab Fiq ringkas.
"Boleh Zu tolong?",tanyaku lagi.
"Boleh juga, nah ameklah tolong buatkan homework saya"
Fiq menyerahkan buku latihannya kepada aku. What the fishh! Maksud aku tolong ajar bukannya buat homework dia.
"Nah buatkan aku sekali",giliran Ena menyerahkan bukunya.
Aku memandang kedua-dua manusia di depan aku. Nampak sangat mereka tengah tahan gelak. Aku menghempas buku ke meja dan pergi dari situ. Shitt!!
*****
6 month later~no one pov~
tok! tok! tok!
Terhenti tangan Cikgu Melan yang sedang menulis di whiteboard apabila ada ketukan di pintu.
"Melan, nak panggil Nurin dengan Fiq"
Mereka memandang sesama sendiri.Yelah,siapa yang tak gentar kalau nama sendiri dipanggil guru disiplin.
"Ha, ambiklah",jawab cikgu Melan.
Fiq dan Ena berjalan keluar kelas beriringan mengikut Cikgu Shahril. Sebaik sahaja tiba di bilik kaunseling, dia mempelawa Fiq dan Ena masuk. Pendingin hawa mendingin kanblagi Fiq dan Ena yang sedia kala dingin. (semoga korang paham ayat niyhh..hahahah)
Mereka berdua duduk dikerusi berhadapan guru disiplin.
"Kamu tahu apa yang kamu dah buat?",tanya Cikgu Shahril.
Mereka menggeleng.
"Saya harap kamu berdua sedia maklum yang sekolah bukan tempat untuk berkasih sayang. Dan saya harap kamu berdua tahu bahawa sekolah bukan tempat berdating!"
Jerkahan guru disiplin membuat mereka terkejut. Menggigil jugaklah.. hahaha.
"Saya dapat aduan dari pelajar, kamu berdua selalu berdating depan pokok jambu dekat tepi surau tu setiap awal pagi. Tambahan,kamu berdua satu kelas, duduk sebelah-menyebelah, pelajar yang sama bagitahu saya korang main senggol-senggol kaki, pukul-pukul, kononnya macam mesra lah. Kamu berdua sebenarnya tahu ke tidak hukum dalam Islam ni? "
YOU ARE READING
KAU VS AKU
Fiksi RemajaKisah dua pelajar baru yang berpindah di SMK Tenang Stesen. Dari awal lagi mereka memang tidak serasi.Bila berjumpa ada saja yang tak kena. Benci! Ya itulah yang mereka rasakan apabila bersua muka.Namun lama-kelamaan ada satu perasaan yang mula menj...