-ena's pov-
Bulan berganti bulan hari berganti hari, kini Ibu selamat diijab kabulkan dengan Pak Cik Hakim tu. Apa aku boleh buat? nak tak nak aku terpaksa telan juga. Majlis yang dijalankan sangat ringkas, tidak ramai tetamu yang hadir.
teringat aku pada Fiq, yang berpakaian baju melayu berwarna hijau turqoise. Hensem! Sama colour dengan baju aku pulak tu. Tapi aku perhati dari jauh je. Hmm... Fiq. Kalau aku dengan Fiq lagi, mesti bahagiakan? Tapi, buat apa bahagia kalau ada yang tak suka. Aku tak suka bahagia atas derita orang lain. Sebab tu aku tinggalkan dia. Zu pun memang tergilakan Fiq nampaknya.
ketukan dipintu menghentikan lamunan aku.
"Adik, bukak pintu ni"
"Masuklah, pintu tak kunci"
Tombol pintu dipusing dan ibu menghampiri.
"Adik, malam ni wawa tidur dengan adik ye? Bilik tetamu penuh dik"
"Aduh bu apa ni? semaklah"
Ibu mesti rasa sebersalah. Haihh.. aku patut menyenangkan ibu bukan menyusahkan.
"Haa ye lah, panggil lah dia masuk"
Ibu menutup pintu. Tak sampai 5 minit muka wawa terpacul depan pintu tanpa mengetuk pintu. haihh.. nak di marah, dah jadi adik beradik tiri aku. Aku pandang dia kecik besau jee.
"Nah toto. Bentanglah kat lantai tu"
Wawa tercengang. Apa? Korang ingat aku nak dia tidur sekatil dengan aku? HoHo. In your dream Wawa!
"Nope. Aku lahir 3 bulan awal daripada kau. So kau tidur lantai and aku tidur atas katil"
"Then kalau macam tu..", aku bergerak ke pintu dan membuka. "... sila lah keluar. This is my room. And my room is my rules"
Wawa menarik toto dengan hati yang bengkak. Padan muka! Kau ingat 3 bulan awal kau tu boleh buat aku jadi lembu kau? Herhh!
Wawa bentangkan toto diatas lantai dan terus baring. Aku tutup lampu dan memasang lampu tidur. Deringan lagu Attention by Charlie Puth menarik perhatian. Aku tengok telefon Wawa berbunyi.
"Hello sayang!"
Anyone? bagi aku baldi. wuekk. Muntah pelangi duh.
Bagi mengelakkan diri mual, aku memasang earphone dan menguatkan volume. Malangnya, suara Wawa yang macam telan ulat bulu tu menjadi-jadi.
Aku mencapai laptop. Aku memasang speaker. Aku tekan lagu Good Life by G-Eazy. Yaa my fav song~
'Raise a cup up for all my day ones. Two middle finger for the haters
Life only getting greater!'"Kau boleh senyap sikit tak? Tak nampak orang tengah call ke?!"
Aku tersenyum sinis. Semakin kuat volume dibuka. Semakin mencerlung mata Wawa. Dia menekup muka dengan bantal. Telefon tidak lepas di tangan.
PAP!

ANDA SEDANG MEMBACA
KAU VS AKU
Teen FictionKisah dua pelajar baru yang berpindah di SMK Tenang Stesen. Dari awal lagi mereka memang tidak serasi.Bila berjumpa ada saja yang tak kena. Benci! Ya itulah yang mereka rasakan apabila bersua muka.Namun lama-kelamaan ada satu perasaan yang mula menj...