PENUNGGU SEKOLAH
Bahagian 2 - akhir"Aku ada kat luar la tadi. Tiba-tiba aku dengar kau jerit, terus aku masuk sini," kata Azim.
"Kat luar?"
"Kalau Azim kat luar tadi...habis siapa kat tandas sebelah ni?" bisik Afiq.
Tiba-tiba Afiq terhidu bau sesuatu yang sangat busuk. Seperti bau hanyir darah. Seketika kemudian, Afiq terkejut apabila melihat darah sedang mengalir turun pada dinding di sebelah kanannya.
"Aku...!"
Afiq terkejut. Suara siapa tu?
"Kau siapa ha?" Afiq bertanya, berani. Senyap.
"Kau kat mana? Kat tandas sebelah ke? Kau siapa sebenarnya?" bertalu-talu soalan ditanya Afiq.
"Aku kat sini...."
Afiq mendongak apabila suara garau itu datangnya dari atas. Afiq terkejut apabila melihat satu 'kepala' tersangkut pada dinding. Kepala tersebut seolah-olah menembusi dinding dari tandas sebelah. Afiq lantas berlari keluar sambil menjerit.
"Hantu kepala!!!"
Azim yang sedang memerhatikan sesuatu di luar terkejut mendengar jeritan kuat Afiq. Jeritan Afiq itu bergema di dalam ruang tandas yang sepi itu. Sejurus, Afiq muncul tercungap-cungap di sisinya yang berada agak jauh dari tandas tadi. Muka Afiq kelihatan pucat lesi.
"Kau kenapa Afiq?"
"Cepat! Kita tinggalkan tempat ni!"
"Kenapa pulak? Cer cite kat aku,"
"Ada...ada ha...hantu," kata Afiq tersekat-sekat.
"Hantu? Kat dalam tandas tu?"
Afiq hanya mengangguk.
"Hantu apa yang kau nampak?"
Afiq tidak menjawab. Dia melihat ke arah tandas. Tiba-tiba matanya terbeliak besar.
"Itu...itulah hantunya!" Afiq menuding jarinya ke arah tandas di belakang Azim.
Azim menoleh. Namun dia tidak melihat apa pun di situ.
"Mana? Tak ada pun?" Azim melihat sekitar. Memang tak ada.
"Tu...kepala tadi! Alamak! Dia datang ke sini. Cepat lari!" Afiq menarik lengan Azim, mengajaknya meninggalkan tempat itu.
Azim dan Afiq kini tiba di kantin.
"Afiq, betul ke apa yang kau nampak tadi?" tanya Azim tidak puas hati kerana dia tidak melihat hantu kepala seperti yang dikatakan Afiq.
"Betul lah. Kau ingat aku main-main ke?!" Afiq agak marah bila Azim bertanya begitu. Seolah Azim tidak percayakannya.
"Sabar okey. Aku cuma tanya untuk kepastian je sebab aku memang tak nampak benda yang kau lihat tu," terang Azim agar Afiq tidak terus salah faham.
"Aku memang nampak. Tapi tiba-tiba 'dia' hilang masa kita lari tadi," kata Afiq. Dia kembali tenang dari rasa terkejut dan takut tadi.
"Dah, lupakan lah kepala tu. Kita teruskan kerja kita," ujar Azim. Mereka mula meneroka tempat itu.
*****
Alif teragak-agak. Dia memandang ke bawah. Ahmad yang sudah terjun ke bawah menunggunya.
"Alif! Cepatlah terjun!"
"Erk...aku takut lah..." kata Alif perlahan.
"Tadi kau jugak yang bagi cadangan ni. Ni kau takut pulak! Cepat lah!"
YOU ARE READING
Penunggu Sekolah
TerrorSekumpulan 5 remaja telah mengadakan satu aktiviti paranormal di sebuah sekolah terpencil pada tengah malam. Beberapa kejadian aneh telah menimpa mereka.