Tetap Menantimu Part One

222 6 3
                                    

Writer: Hulktheboyyy (@RahimiMazlan)

Editor: @Ellohveeyeelove  

Bab 1        

Hari yang aku menunggu sudah sampai, hari untuk ke Kuala Lumpur pada 7 September. Aku menunggu dengan gembira. Pagi itu, aku dengan keluarga aku pergi ke Kuala Lumpur bersama nenek aku kerana dia sudah lama tidak pergi ke Kota Malaysia. Sampai sudah di Kuala Lumpur, aku terus risau tentang seseorang yang aku mengenali. Bila aku sampai disana, kita pergi ke Masjid India dan aku meminta Abah aku untuk membeli kad prabayar atau lebih dikenali sebagai sim card. Selepas itu, aku terus buka Instagram aku untuk perkembangan gambar terbarunya di Kuala Lumpur. Aku pun post gambar aku di Kuala Lumpur di wall Instagram itu.

 Bila sudah masuk hotel Bintang Warisan, aku nampak gambar terbaharunya di Instagram itu. Aku hilang selera kerana Umi aku tanya "Eh, Rahimi nak makan tak?" Aku gelengkan kepala aku. Aku tidak mahu keluarga aku tahu yang cinta hatiku ada disini. Kalau mereka tahu, habis rahsia kecintaan aku kepada seseorang telah hancur.Petang itu, kami pergi ke Sungai Wang Plaza untuk berbelanja sakan. Aku muat naik lagi satu gambar yang aku sedang minum 'Chocolate Cream Chip'.

Sesudah itu, aku merasakan dia ada berdekatan aku. Bila aku menoleh belakang, aku nampak sesusuk tubuh mirip dia tetapi aku fikir itu hanya mainan fikiran aku sahaja. Kau tak boleh khayal, desis hatiku. Sesudah itu, kami pergi ke Berjaya Times Square untuk makan malam. Umi memesan makanan untukku.

Tom yam sup menjadi pilihanku. Nenek aku pun mahukan yang sama jadi kita kongsi makanan berdua sahaja dan mereka lain memilih sesuatu yang berbeza. Bila minuman sudah sampai, aku memuat naik lagi gambar minuman lychee di Instagram. Selepas itu aku ternampak gambarnya memakai baju kurung berwarna hitam ungu bersama tudung hitam di Instagram.

Aku pun memicit punat comment di Instagram. "Pretty @nadhrahryiana" 

Dan aku menunggu untuk dia membalas komen itu. Tetapi aku cuba untuk tidak memikirkannya terlalu keterlaluan. Sesudah makan malam di Berjaya Times Square itu, kaki Nenek dan Umi sudah penat dan kami pulang ke hotel sekejap untuk berehat sementara.

                          Selepas berehat selama satu setengah jam, aku, Kakak dan Abah,keluar lagi, kini menuju ke Pavilion untuk berjalan malam di kawasan berdekatan dengan hotel kami.

Aku terpaku. Apakah betul apa yang aku nampak? Seorang gadis yang berpakaian serba hitam. Sama seperti Nadrah! Tetapi bila aku pandang sekali lagi, ia bukan Nadrah atau cinta hati yang aku kenali. 

Aku terkejut juga, tapi tidak mengapa aku lupakan sahaja. Selepas kami berjalan ke Pavilion, kami pun balik di tempat yang sederet dengan hotel kami dan Abah mahu duduk sekejap minum 'Chocolate Cream Chip' itu lagi. Minuman kegemaran Abah. Aku pun membelinya dan duduk bersama mereka berdua. Bila sudah habis minum itu kami pun pulang ke hotel kami. Sejurus aku dan kakak sampai ke hotel, wadah sosial seperti Instagram dan Twitter menjadi buruan. Kami berdua hanya tidur pada pukul 2 pagi. Tak sabar untuk besok. 

                       

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 28, 2013 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tetap Menantimu Part OneWhere stories live. Discover now