Bab 2

76 3 7
                                    

Bab 2:

Fajar mula terbit menyinari dunia Malaysia. Aidil Fazran menggeliat malasnya. Dia bangun dari tidurnya terus menuju ke bilik mandi sambil menyandar tuala di bahunya.
Uminya sibuk menyiapkan sarapan untuk anak bujangnya. Ayahnda sudah pulang dari Oversea.

"Az,marilah jamah sikit Kuey Teow goreng umi buat ini"
"Oklah. Az jamah sikit jer"
"Bolehlah sekurang-kurangnya jamah juga"
"Az,ayah tahu kau batalkan projek 5 juta itu. Ayah tak marah bukan salah kau pun. Si Puteri itu tak sihat"
"Ya ke yah? Thanks sebab faham Az. Ayah ,Umi Az pergi dulu"
"Baiklah nak. Hati-hati" serentak Ayah dan Umi ucap kata itu

**-***********

Tepat jam 10 pagi,Aira sudah tercegat di hadapan wisma Az. Aira kelihatan seperti biasa berpakaian pelik itu. Dari jauh Az tersenyum lebar melihat gadis itu sudah berada di wisma.
Aira menjeling tajam kepada jejaka itu.
"Good Morning,cik Melur Kaisara"
"You too Mental Bos"
"Kau nampak kan apa yang aku bawa?"
"Nampaklah ingat saya buta?"
"Bagus. Ini apron, baldi, sabun pencuci, span dan paip air. Faham"
"Kau ingat. Aku bodoh. Macam budak tadika ke?"
"Dah tu. Pergilah basuh kereta aku sekarang"
"Boleh sangat. Aku akan dengar cakap kau hari ini. Tapi jangan menyesal"
"Menyesal. Buat apa nak menyesal"
"Jap. Aku kena cuci kereta depan wisma ini ke?"
"Bodohlah kau ni. Kau bawalah kereta ini pergi ke car wash"
"Aik,kalau bawa pergi car wash kenapa nak suruh aku cuci. Aku bukan pekerja car wash pun"
"Ha,memang sesuai dengan kau. Kau nak bayar rm 10,000 ke?"
"Kau ugut aku ea?"
"Sudahlah. Aku tunggu kau dekat car wash. Kalau aku tgk kau tak da siap kau"

*-**************

Aira sudah muncul di hadapan car wash. Dia mengeluarkan barang-barang untuk mencuci kereta itu. Aira berasa dirinya tercabar dengan Az. Dia tahu dia tidak mampu membayar wang ganti rugi itu. Hanya mencuci kereta hutangnya sudah selesai. Aira tidak mahu menyusahkan Abi dan Ibunya.
"Bahasa bos gila kerek nak mampus!" Omel si gadis kecil itu
"Hey!" Az menyergah Aira
"Oh mak kau oppocot! Ommo!" Melatah si gadis kecil itu
"Melatah ya cik Melur Kasturi"
"Taklah,tengah maki hamun"
"Sudahlah malas saya nak layan awak"
"Malas layan sudah"
"Aben! Hari ini kau tak payah cuci kereta. Ada pekerja baru. Ini dia cik Melur Kaisara"
Aira menjeling tajam ke arah lelaki poyo itu.
"Ok,cik Melur boleh mulakan kerja. Sharp pukul 10.30 siap!"
"Tak payah nak arah aku sangat. Aku tahu apa aku nak buat"
Aira terus memulakan kerja itu.
"Tapi,kau jangan menyesal"
"Haaa?" Az tertanya-tanya.
Aira mencuci kereta dengan begitu kasar. Ni menyental kereta itu dengan kasarnya. Habis calar balar kereta Merchedes itu dibuatnya. Dendam Aira kepada Az sudah terbalas.
Az datang menjeguk Aira dan keadaan keretanya. Alangkah terkejut hampir seluruh keretanya calar balar. Mengamuk si jejaka itu. Dahlah Az itu seorang yang panas baran.
"Arghh! Hey Melur apa awak buat dengan kereta saya. Saya suruh awak cuci kereta bukan calarkan kereta saya. Apa ke bodohnya awak ini!"
"Saya dah cakap jangan menyesal! Saya dah lama geram dengan awak! Dan ini rm 200 untuk ganti rugi Merchedes awak yang calar balar ini. Tapi hutang rm 10,000 itu dah langsai. Saya pun dah cuci kereta awak cuma calar balar je sikit"
Az terpinga-pinga. Seakan-akan terkejut melihat apa yang berlaku. Duit rm 200 itu digenggamnya.
"Dan saya tak nak awak ganggu hidup saya lepas ini. Saya pun tak akan ganggu awak. Anggap kita ini tak kenal. Assalamualaikum"
Aira berlalu pergi. Keychain nama yang digantung di beg galasnya jatuh. Az menyedar,lalu dia mengambil keychain itu. Tidak sempat Az memberi semula keychain itu kepada Aira. Gadis itu lepas macam pelesik.
Az membaca keychain nama itu."Aira?"

***********************

Sudah sebulan berlalu ,perkara itu menjadi satu kenangan buat Aira. Dia sudah banyak menyusahkan Az dan dia ingin tebus kesalahan itu tetapi ego menghalangnya. Sudah sebulan juga Aira tidak bertembung dengan Az. Masing-masing dengan haluan sendiri. Aira acap kali membuang masa dengan makanan. Hidupnya hanya di kafe dan kedai kek. Ketika itu juga Aira menjadi perhatian Az cuma Aira tidak sedar. Aira masih tidak dapat jawatan perkerjaan. Dia masih menjadi penganggur tegar. Ibunya sudah banyak kali menyuruhnya ubah cara pakaian. Pakaiannya itu memang tiada dalam prosedur kebanyakkan syarikat. Sikap degil dan keras kepalanya itu tidak dapat buat apa-apa.
Hari ini Aira bercadang untuk mencari kerja lagi.
Hampir lima buah syarikat yang terbesar dia cuba nasib. Tetapi hampa tidak diterima kerna cara pakaianya itu. Az memerhati setiap langkah dan gerak geri Aira. Bagaikan bodyguard kepada Aira.
"Argh! Direject lagi" Aira membaling selipar ke arah longkang kecil itu
Az berada dalam kereta Merchedes birunya dan tergelak kecil melihat gelagat gadis itu. Az curi-curi melihat.
Aira terus bersila di atas simen itu sambil memetik telefon bimbitnya.
Az tergelak lagi.
"Fon mati bateri. Ish!" Aira membaling telefon itu
Az ketawa terbahak-bahak. Dia merekod video gelagat Aira itu.
"Betul-betul pelik. Pakaian dah pelik. Perangai pun pelik. Hahahahaha" omel Az
Aira berasa lain macam dan tiba-tiba dia menyedari perbuatan Az itu. Az mula menghidupkan enjin kereta itu dan berlalu pergi
"Encik!" Aira mengejar kereta itu.
"Merchedes biru? Eh tak akan lah!" Aira mengomel.

*-****************

Az masih seronok membaring di atas katil yang empuk. Tangannya tak lekang dari memegang telefon bimbitnya. Dia membuka video rakaman tadi. Tergelak kecil si jejaka kerek itu.
Uminya menyedari telatah anak bujangnya itu.
"Aish,apa-apa kelakar sangat itu?" Usik Puan Kaisara.
"Eh tak ada apa-apa lah" Az menyorok fonnya dari uminya.
"Az ,umi nak tanya macam mana kerja?"
"Okay je"
"Staf ada buat hal tak"
"Setakat ini alhamdulillah"
"Baguslah. Jaga syarikat itu elok-elok. Ayah pun dah tua. Belakangan ini tak berapa sihat aja"
"Umi"
"Ya"
"Umur Az ini muda ke tua?"
"Dah tentulah tua. Kenapa?"
"24 tahun itu tua lah kiranya. Az ingatkan nak khawin. Tapi tak ada calon"
"Umi tak paksa Az nak khawin atau tidak. Umi tak nak aturkan hidup Az . Umi just nak Az berjaya dalam hidup sebuah keluarga dan berjaya di akhirat. Dengan siapa Az nak khawin,umi tak kisah. Anak tukang kebun pun umi terima"
"Wau,sporting lah umi ni. Lagipun muka Az orang cakap macam korea. Macam Song Jing Ka"
"Song Joong Ki lah"
"Hmm,mana umi tahu?"
"Umi fans dia. Hahah"
"Ish umi ini. Az nak cerita ini. Adalah seorang gadis Az jumpa memang pelik. Pakaiannya hanya tracksuit dan t-shirt. Selipar jepun memang favourite dia. Tapi kadang-kadang dia kelakar sangat. Buat lawak jer"
"So? Az suka dia?"
"Tak pun. Az pun tak berapa kenal dia. Hati budi pun tak kenal. Tapi Az selalu curi intai dia. Sebab kelakuan dia memang pelik"
"Kalau Az nak kenal hati budi dia,kawanlah dulu dengan dia"
"Az tak sebulu dengan dia. Az ini baran. Dia itu pelik dan ego. Asyik nak menang aja"
"Mana Az tahu dia ego?"
"Az pernah gaduh dengan dia"
"Patutlah,pernah jumpa lah ini. Siapa nama dia?"
"Melur Kaisara. Tapi dekat keychain dia tulis Aira"
"Oh,tak apa lah umi nak rehat dulu ya"
"Ok umi. Take care"
Az melihat keychain yang tertulis nama Aira.
"Aira? Nama manja dia ke?"
Az menyimpan semula keychain itu ke dalam sebuah kotak.

-*********************

Aira masih berfikir tentang perkara yang berlaku tadi. Otaknya makin kusut dan serabut. Dia melompat berkali-kali di atas tilam di katilnya. "Ada orang pegang fon tadi. Lelaki. Ambil gambar aku ke tadi? Alah tak akan lah. Merchedes biru pulak itu" omel Aira
"Merchedes biru?!" Aira terus mendail nombor telefon yang tertera nama 'Bos Giler'. Dia menamatkan talian itu. "Aku dah cakap tak nak ganggu dia kan. Tapi aku was-was ini"

Az melihat diskrin telefonnya ada satu panggilan yang tertera nama 'Budak Selekeh'. Baru saja menjawab panggilan itu,End Call sudah tertera di skrin telefonnya. Marah si Az itu. Dia mendail semula nombor itu.
Telefon Aira berdering dendangan lagu got7 if you do.
"Aira mematikan panggilan itu
Sudah lima kali Az melakukan perkara itu. Aira menjadi serabut. Dia terus mematikan telefon bimbitnya. Az menjadi semakin marah." Main-main dengan aku ya budak selekeh!"

*********************

Aira masih dengan perkara yang sama. Hulu ke hilir mencari kerja. Masih tiada nasib si Aira. Dia hampir buntu dan putus asa. Aira bercadang untuk berniaga online tetapi modal pun tiada.
Az masih mengintai setiap gerak geri Aira.
Aira rehat di dalam sebuah kedai kek. Dia dihidangkan red velvet cake. Itulah tabiatnya hari-hari tak dapat kerja. Kedai kek tempat dia lepak dan makan. Az berasa kasihan terhadap keadaan Aira itu. Akhirnya, Az mengalah. Dia terus menuju ke kedai ke itu.
"Assalamualaikum,cik Aira"
Alangkah terkejut si gadis comel itu melihat Bos Gila berada di sebelahnya dan nama Aira disebutnya.
"Waalaikumussalam" jawab si gadis itu dengan garang
"Aira nama manja awak ke?"
"Aaaa"
"Melur Kaisara nama sebenar awak kan?"
"Aaaa" Aira masih menipu.
"Dapat tak lagi kerja?"
"Tak"
"Ish dia ini,orang tanya jawab sepatah je"
"Encik,Bos Gila. Nampak tak saya tengah makan ini. Karang saya cucuk mata awak dengan garfu baru tau!"
"Eee,takutnya"
"Tetiba datang ini apa hal? Kan saya dah cakap tak nak ganggu hidup awak dan awak jangan ganggu hidup saya"
"Awak nak kerja tak"
"Saya dah cakap tak nak kerja dengan awak. Nanti paksa kita pakai baju kurung pula"
"Hahahahahaha. Baju kurung je. Bukan seksi pun"
"Saya tak suka"
"Okay saya terima awak kerja dengan saya. Saya pun terima dengan cara pakaian awak. Saya bukan apa saya kasihan tengok awak. Ialah ke hulu ke hilir cari kerja"
"Awak intai saya ea?"
"Yup"
"Jadi semalam...awaklah yang ambil gambar saya ea?"
"Bukan gambar tapi video. Saya buat sebab saya nak ugut awak. Kalau awak tak nak kerja dengan saya,saya update video kat instagram. Follower saya ramai tau"
"Kau ini! Benci Arhh! Ugut aku"
"Hahahahahahaha."
"Yelah tapi boleh pakai tracksuit dengan t-shirt kan?"
"Ya,saya ikut cara awak"
"Nah. Ini dokumen penting nanti cek. Kalau dah accept call saya"
Aira terus keluar dari kedai kek itu.
"Zuhaira Mawarina Bt Munir! Nama Melur Kaisara itu. Dia tipu aku! Aira!!!!" Tempik si jejaka itu. Aira tergelak kecil di luar kedai kek itu.
"HAHAHAHAHAHAHAHAHA"

Cintaku Hanya Utk Si Gadis PelikWhere stories live. Discover now