Bab 4

64 4 2
                                    

Bab 4:

Ayong termenung di atas sofa rumahnya. Dia masih memikirkan perkara yang pernah Qistina buat padanya. Qistina janji padanya untuk berkhawin selepas pulang dari luar negara.
"Qis,janji dengan Zaril. Lepas Qis pulang dari Korea,kita khawin. Ok deal!!!" Perkataan itu masih bermain-main di fikiran Ayong. Tapi malangnya Qistina sudah berkhawin dengan lelaki korea. Ibu datang menepuk peha Ayong.
"Pap!"
"Jauhnya Ayong termenung"
"Tak adalah,Ayong fikir pasal Aira ini. Bila lah nak naik pelamin"
"Tipu. Ayong fikir pasal Qistina kan?"
"Tak!"
"Ibu tahu anak ibu kan. Ayong kalau ada jodoh kamu dengan Qistina. Ibu open jer"
"Dia dah khawin ibu. Dah khawin! Mana mungkin nak khawin dengan Ayong. Orang Korea. Ayong ini apa yang ada"
"Ayong kan pilot. Ramai lagi gadis dekat luar sana itu tunggu"
"Ayong nak perempuan yang cintakan Ayong bukan harta Ayong!"
"Ibu faham"

********************
"Ya Allah ,bawak makanan? Nak makan ke? Banyaknye."
Yup,tak sempat  nk makan
tadi. Bos dah call"
"So tak akan nak bawak ini dekat butik?"
"Apa kata kita makan dulu. Ini ada 9 ketul ayam. Dua kotak chezzy wedges. Secawan jus oren untuk saya. Bos pergi beli air mineral kat luar sana tuh. Saya punya 8 ketul ayam. Bos seketul je. Amacam deal?"
"Subhanallah awak baca kalimah basmallah tak sebelum makan. Wedges itu ?"
"Wedges tu saya punya. Bos tengok jer"
Az mengelengkan kepala apabila melihat gelagat sengal Aira itu.

*********************

Sudah hampir lima butik Aira pergi bersama Az. Tetapi tiada satu pun baju yang berkenan di mata Az. Aira hampir letih ketika itu.
"Ish bos ni satu dah 5 butik kita jenguk. Tara satu pun bos berkenan. Ish bos ni cerewet"
"Saya memang cerewet pun. Dalam butik ini tak ada baju yang cantik pun. Kalau Adlyna tengok pun tak berkenan"
"Adlyna sapa tu. Tunang bos ea"
"Ya"
"Kalau susah sangat tempah jelah kat butik itu. Pilih lah design yang bos berkenan dengan sapa itu ...haaa Adlyna"
"Tempah tengkorak kau! Hujung minggu ini wedding saya lah"
"Laa...kenapa tergesa-gesa sangat. Tak sabar betul. Tempah lah dulu"
"Ish,awak ini Aira membebel je panas telinga saya tahu tak!"
"Haa,bos jahat! Comel tak baju kurung pengantin coklat ini. Mesti tunang bos itu suka"
"Saiz s lah. Bukan pendek macam awak. Adlyna maybe L kut"
"Oh...kenapa tak bawak Adlyna datang sekali?"
"Mesir. Adlyna ada dekat Mesir"
"Oh,patutlah"
"Awak rasa mana cantik. Dress biru or kuning?"
"Tolong jangan tanya saya lah. Saya tak pernah pakai baju macam ini"
"Hahahahahaha. Aira kau ni memang"
"Serius tak pernah!"
"Kalau macam itu warna kuning lah. Mesti cantik Adlyna pakai"
"Memanglah cantik kan. Padanlah dengan cik Bos kan. Sorang handsome sorang cantik"
"Baru awak tahu saya handsome. Saya hari-hari handsome tahu tak"
"Perasaan bin Riak!"
"Err...dah lah saya nak dress kuning ini dengan baju melayu kuning"

***********************

Az dan Abinya berehat di kerusi batu luar rumahnya. Uminya menatang dulang berisi dua cawan kopi panas.
"Jemput minum"
"Thank you umi"
"Thank you darling"
"Az jadi ke wedding hujung minggu ini?"
"Confirm Abi. Jadi"
"Dah call Adlyna dah?"
"Tak lagi,saja nak buat surprise"
"Adlyna,dah pulang Malaysia kan?"
"Tak lagi. Esok Abi. Az tak sabar nak jumpa. Az rindu sangat!"
"Sabarlah, esok jumpalah"
Az mengukir senyuman.

***--******************

Aira masih dalam bungkusan selimut. Masih seronok dalam mainan tidurnya. Ibunnya,datang mengejut Aira dari tidurnya. Aira masih tidak sedar. Ibunya cuba mengegarkan badan anak daranya itu.
"Aira! Aira! Aira bangunlah sayang. Zuhaira Mawarina!"
"Ya Allah,ibu. Bisingya"
"Aira tak kerja ke hari ini?"
"Tak. Hari ini wisma tutup. Bos cuti"
"Ouh. Marilah turun. Adik-adik tunggu kat bawah. Airen belikan brownies tau"
"Ya ibu. Give me 10 ten minute"
"Mandi dulu"
"Ok,ibuku sayang"
"Eh,badan Aira panas ini? Demam ke?"
"Tak lah lenguh badan aja. Ayong ada?"
"Tak ada. Awal pagi tadi keluar entah ke mana"
"Ish ish Ayong ini"

Cintaku Hanya Utk Si Gadis PelikWhere stories live. Discover now