Bab3:
Aira tidak dapat mengikut semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh majikannya Aidil Fazran. Aira mengambil cara begitu mudah. Sikapnya seperti keanak-anakkan lagi. Kerja tidak siap lagi sudah boleh tidur atas meja. Kadang-kadang waktu kerja itu dihabiskan dengan makanan sahaja. Sudahlah pakaian itu melanggar peraturan syarikat. Kelakuannya itu sudah cukup mencetuskan kemarahan jejaka yang bergelar Az itu. Aira sudah tahu bahawa Az seorang yang panas baran. Semua stafnya memahami sikap bosnya itu. Tetapi Aira memang berani mencabar Az.
"Aira! Aira! Bangunlah. Ikut saya ke tapak projek"
"Ya...sabarlah bos"
"Tak sampai sebulan kerja dah buat hal. Mana pergi disiplin awak?"
"Saya ini jenis simple je. Kerja dah siap tidurlah"
"Saya nak awak ikut saya pergi ke site sekarang!"
"Relax lah bos sayang!" Selamba perkataan keluar dari mulutnya. Dia terus mengesat air liur basi yang sedikit dipipinya.
"Apa awak cakap sayang? Oh. Eh sudahlah sekarang saya nak awak basuh muka awak itu. Itu air liur basi pengotornya. Macam budak-budak"
"Ada air liur basi pun saya tetap comel macam Yoona kan"
"Tak payah nak perasan sangat. Awak ini selekeh tahu tak. Mana pergi sifat seorang perempuan sejati? Saya tak suka staf saya selekeh. Awak bukan gadis kesukaan saya"
"Oh yeke? Ada saya cakap saya suka bos tak ada kan? Dah lah saya dari dulu memang tak suka bos. Dan saya tak akan suka bos"
Az terkejut mendengar kata-kata itu************************
Aira memandu keretanya untuk pergi ke tapak project. Aira bagaikan racer diatas jalan raya itu. Perkara itu telah disedari oleh seorang polis trafik yang kacak dan berkulit putih ala-ala junior got7 tuh.Dia menahan Aira untuk saman.
"Assalamualaikum cik,minta ic"
"Nah. Encik nak saman saya ke? Saya tak ada satu habuk duit ini"
"Kalau dah takut nak kena saman. Siapa suruh awak bawak kereta laju-laju. Kelakuan awak ini bahaya untuk orang ramai. Kalau berlaku kemalangan macam mana"
"Ish encik tak payah beleter lah,boleh tercabut telinga saya kalau dengar. Berapa henget?"
"Bukan ringgit kecil lah. Ini samannya rm 300"
"Eh encik ,nasib hensem macam Junior got7 tu. Kalau tidak saya dah tampar encik ini"
"Hahahaha. Berani nak tampar saya. Tak ada alasan. Apa-apa hal balai punya cerita"
"Eh,sabarlah saya nak call bos saya"
Aira menelefon Az.
"Hello? Haa Aira kenapa saya tunggu awak lama dah ini"
"Bos,saya kena samanlah. Pinjam rm 300"
"Ish Aira awak ini tak habis-habis nak menyusahkan saya. Saya ni dah banyak tolong awak. Awak pernah ke tolong saya. Dulu langgar kereta saya,pastu calarkan kereta saya ini nak suruh saya bayar saman awak pula?"
"Aish,tak payah nak beleter lah. Sama je dengan encik polis sebelah saya"
"Polis? Lelaki ke perempuan"
"Lelaki hensem macam junior got7 itu"
"Siapa pulak junior got7 tu?"
"Hahahaha. Dah jangan cakap banyak. Datang sekarang"
"Tunggu situ" Az menamatkan talian itu.
"Jangan lambat sangat. Rupanya selalu menyusahkan bos dia"
"Suka hati saya lah. Encik polis jangan buat saya marah sampai saya benci cik. Encik tahu tak saya benci bos saya"
"Benci tapi minta tolong juga"
"Cik polis tak payah jaga tepi seluar orang boleh tak.Asyik kain je. Nampak tak selipar jepun saya ini. Nipis,tapi sedap kalau baling kat dahi terus jadi tambi"
"Garangnya"
Az datang sambil menjeling ke arah polis trafik itu apabila melihat Aira sedang berbual dengan polis itu.
"Encik,ada apa-apa lagi tak kena saman" tanya Az
"Rm 300 kerana kesalahan melebihi had laju"
"Encik ada buat apa-apa dekat staf saya tak? Siksa ke?"
"Siksa? Maksud encik"
"Tak ada apa-apa"
"Saya memang tersiksa dengan staf awak ini. Tak habis-habis nak marah saya"
"Kalau tak ada apa-apa, selesai. Aira cepat sikit jangan sampai bawa kereta laju pula"
"Okay selamat jalan" ucap si polis trafik itu.*****--***************
Meeting sudah tamat. Aira berasa sangat letih. Hampir seluruh badannya lenguh. Aira membantingkan tubuhnya di atas katil. Aira mengingati peristiwa tadi. Aira tergelak sendirian."Sem,juga cik polis itu tadi. Macam junior got7. Tapi suka cara hal orang" Aira mengomel sendirian. "Baik juga Az itu walaupun aku dah banyak menyusahkan dia. Dia memang jaga kebajikan staf" omel lagi si Aira.
Dia terus melelapkan matanya dan terlena.