Kau dan bayang-bayang

54 0 1
                                    

Kau cuma ciptakan satu ruang pada perasaan. Kau cuba isi dia ke situ. Kau tak henti-henti mengejarnya. Di matanya, kau cuma kepompong yang kosong. Dia bilang kau tak perlu buat begitu. Tapi kau masih menidakan rasa pada diri sendiri. Dan kau harus berhenti buat begini, dia kata.

Dia, tak akan jadi milik kau.

Sedarlah dari mimpi pelangi kau. Dalam 7 warna pelangi itu tiada warna kau. Kau lahir tanpa warna. Tanpa sesiapa. Cuma lubang gelap yang kosong. Mungkin kehidupan kau selepas ini sia-sia, jika kau terlalu takut untuk mencuba.

Layaknya kau hidup sendiri. Dalam bayang-bayang sendiri.

Fiksyen Cinta PendekWhere stories live. Discover now