"Mira Lapijah!!!" Jerit Mak Jenab di luar pintu bilik. Anak dara seorang ini seperti biasa berkurung di dalam bilik kamar bermain handphone daripada pagi sampai ke petang sampai ke malam sampai ke pagi balik..
"Ye mak. nanti Mira keluar la. Mak ni.. orang ada kerja ni. Ada assignment nak disiapkan." Mira menjawab acuh tak acuh. Entiti kecik molek berkenaan masih busy scroll segala post-post di Facebooknya.
Ahh bukan itu sahaja Mira ini ibarat pengomen tegar di page-page terkemuka. Setaraf kualitinya dengan 'abang ijo' di Himpunan Cerita Lewat.
Bila mengomen orang meluat, bila tiada dicari-cari. Umpama air yang jernih di dalam bekas yang berdebu. Zahirnya kotoran itu terlihat kesucian terlindung jua. Cis macam suci benar gayanya.
Begitulah pentingnya seketul manusia bernama Mira ini di media sosial berbekalkan nama Mira Cute IV. Itu nama Facebook yang sudah cukup baik buatnya. Jika sebelum ini, Ehh Mira Evans menjadi sandaran dan gelaran terkemuka di kota Facebook.
Bila mendengarkan nama Mira Lapijah, jangan kau membayangkan Mira Filzah si pelakon cantik di depan mata. Ya Mira ini cukup berbeza sekali dengan Mira Lapijah umpama langit dan bumi, gula dan garam serta minuman dan makanan.
Mira Lapijah atau nama penuhnya Amirah Dolce Lapijah binti Haji Rani punya nama seumpama gadis Mexico kerana ketaksuban maknya akan drama Mexico, tapi Mira cumalah gadis kampung biasa, bermata bundar, tinggi 150cm, kening lukis dan berhidung kembang malah berbibir ikan. Ya ya ya.
Kalau tak lukis Mira tak ada kening. Menjadi keaiban besar untuk Mira keluar rumah tanpa bercelak kening seumpama keluar rumah tanpa pakai seluar.
Bayangkan. Keningnya halus-halus dan kerinting. Mana nak jumpa kening macam ni. Mira Lapijah seorang sahaja yang ada. Insan unik yang bertuah telah lahir ke dunia fana.Sedang asyik berbalas komen di page KHK atau Kita Hanya Kawan yang memaparkan kancah persahabatan yang terjalin erat dalam arena perwicetan kini, "Ding dong.." Bunyi private message masuk ke ruang mesengger berisi sepotong chat 'Hai awak..boleh berkenalan?'.
'Sibuk jela mamat ni. Baru nak bash budak wicet.' Persahabatan yang erat di wicet umpama air dicincang tak akan putus. Yang putus hanyalah mungkin nadi di hujung pisau lipat.
Ya peribahasa yang salah untuk digunakan. Mira bukan bijak. Kau mesti tahu. Padahal Mira lupa budak wicet cream kaki, picture husband, sticker fb, Ronaldo inject, go to hill dan lain-lain adalah jelmaan dirinya yang dulu juga. Persis!
"Well. Ramai jugak nak kenal dengan aku ni.. ermm.. check profile picture dulu la.." Ngobrol Mira Lapijah sendirian di dalam biliknya berpelukan dengan bantal busuknya. Naluri perasannya kian memuncak sejak akhir-akhir ini.
'Ah tak hensem. Pakai kereta kancil je. Ada hati nak berhai-hai dengan aku. Badan tak sado kulit hitam hidung kemek dagu runcing terlebih pipi tersorong-sorong. Entah dari mana datangnya manusia bernama Sabarul Riduwantujus ini yang tidak punya malu.phewwww...' gumam hati kecil Mira Lapijah. Dasar tak sedar diri betul la si Mira ni. Engkau pon tak lawa sepadan la dengan kau..
Lembaga kecik bernama Mira ini masih tidak berpuas hati. Matanya tidak beralih dari melihat isi-isi post di timeline Sabarul. Yaaa semestinya beliau seorang yang sabar berdasarkan post-post nya yang positif dan consistent dalam mencari jodoh.
"Sabarul perlukan awek raya untuk raya pertama ini. Sesiapa berminat boleh pm Sabarul untuk keterangan lanjut.xoxo😘." Begitulah ayat-ayat cinta bertebaran hari demi hari di timeline Facebooknya.
Bosan dengan aktiviti stalk tersebut, Mira bangun menuju ke dapur. Mengisi perut dan menonton televisyen. Sesekali tangan meraba bekas kuih raya di samping. Wow! Tat nenas kuih kegemaran ramai. Ermm sedapnya..

YOU ARE READING
Dadah Media Sosial
RandomTiada perkaitan dengan mana-mana identiti di dunia fana walaupun sebenarnya ada. Kahkah. Menyelamlah ke dasar cerita aku mengenai perjalanan Mira Lapijah mengharungi liku-liku kehidupan sebenar. Ikuti pergelutannya memerangi nafsu ketagihan media s...