Bab2 Morfin likes

33 0 1
                                    

Mira dan telefon seperti belangkas. Sukar dipisahkan. Apabila tiadanya line internet menjadikan Mira letih lesu, kemurungan dan sebagainya.

Internet adalah morfin bagi Mira. Ya morfin dan Mira terperangkap dalam cinta dan ketagihan media sosial.

"Aissshhh apasal line Selikom malam ni buat hal ni mak? Mira rasa Mira kena panjat atap rumah baru dapat line Selikom ni..Ke Mira perlu tukar nombor Manxis okay tak? mak, atap rumah ni kukuh tak mak? Erghhh."

Mira mengadu sambil mempertimbangkan cadangan bodoh itu. Begitu lah menggelupurnya hidupnya tanpa internet. Macam biawak kelaparan sudah lagaknya.

"Haaa padan la dengan muka kau tu Mira. Hari-hari duk menghadap ipong kau tu. Bawak-bawaklah tolong mak ni kat dapur. Kau lepas habis diploma hari tu satu benda pon tak buat. Kerja tak ada masak tak reti. Masak telur pon hangus. Dah la muka hodoh. Tak ada iras aku langsung."

Panjang bebelan Mak Jenab kali ni sambil memuji diri sendiri seolah-olah beliau ibu paling lawa di pekan itu.

Ya Mak Jenab memang lawa. Mira je hodoh. Mira si anak gadis yang hodoh. Entah kenapa sedangkan arwah ayahnya handsome dan segak sahaja.

Mira mendengus kecil. "Mak memang suka kan kalau Mira tak ada kat sini.Eleh eleh kalau masa belajar dulu time Mira acah-acah tak nak balik menangis jugak mak kan. Ololooo so suwittttt. Setiap hari pulak tu call Mira. " Sengaja Mira cuba mengusik maknya.

Mak Jenab mengetap bibir kegeraman tapi mengambil langkah berdiam sahaja. Yela maknya sunyi bertemankan Fufu si kucing jantan putihnya sahaja.

Si Mira juga gusar sebenarnya tinggalkan ibunya sendirian ketika zaman belajarnya. Adik bongsunya Idham pula menetap di asrama. Hujung minggu sahaja berada di rumah.

"Mak masak apa mak?Mira laparrrr.." Halus dan manja je suara Mira tanda membodek.

"Tu ada bawah saji tu. Tengok la sendiri. 'Facebook goreng special'. Khas untuk Mira mak buatkan.." Tudiaaa tudiaaa Mak Jenab membalas.

"K mak k. Mira makan maggi je la malam ni.. "

"Kau cakap mak kamu ni KimK?" Terkejut Mak Jenab. Baginya, KimK itu perkataan carutan baru oleh anak muda masa kini. Padahal telinga dia yang sudah hampir luput fungsinya. Disalahkan si Mira pula.

"Hahahahhaa."Mira mengekek geli hati. "Pape jela mak. Mira masuk tidur dulu." Tidur la sangat. Line dah okay apa lagi...

Kriukkkkkkk...

Bunyi pintu biliknya dibuka. Seram benar bunyinya.Semacam dalam cerita horror Khurafat. Mira mengemas katilnya. Dan landing.

"Ig time bebehhh..." Mira membuka password phonenya serta melihat dan menilai gambar-gambar petang tadi yang diambil. 48 keping selfie berjaya diambil bersama makanan terpilih.

Melalui penilaian dan pemerhatian khusus seperti ujian makmal ke atas tikus putih, berjaya jugak Mira memilih satu keping gambar selfie yang terbaik untuk dimasukkan ke instagram MiraDolce yang mencecah 6k followers sudah.

Tapi Mira nampak hodoh jugak dalam gambar terbaik itu.

"Haaa yang ni paling okay. Orait caption dia aku copy yang The Fazi Ibrahim punya ni la. 'Makan untuk hidup. Bukan hidup untuk makan. Kau harus tahu itu.' #no filter #nomakeup #nakedface #foodporn #teamrayaterengganu #syukurnet #imran fun #atokdin #matiitubenar."

'Okay done. Hmmm. Not bad. Nanti mesti ramai like aku punya picture. Ahhaks.' Getus Mira keriangan dalam hati hitam lagi berkeladak itu.

Tak lama kemudian..

Tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut..

Mak aih. Notifications terjun mencurah-curah menyimbah instagram Mira. Likes dan comments seolah-olah berlaga sesama sendiri berebut untuk mendapat tempatnya yang tersendiri.

'Cantiknya Mira Lapijah ni..'

'Mira makan apa tu?'

'Awak nampak sweet la pakai shawl macam tu.😍😍'

'Flawlessnya Mira sekarang.'

Dan banyak lagi kata-kata pujian dan dusta yang sukar diterima akal fikiran waras manusia normal mula menerjah ruangan komen. Bahananya sungguh terasa.

'Ubat peninggi diri dan pemendek diri dijual di sini. Jemput tengok tau.'

'Wow. Cantiknya jam dijual kat ig ni. Jom follow @jamgedik sekarang!.

'Inginkan kulit putih mulus dan gebu. Ayuh guna qiuputih qiuputih barulah putih..'

"Ahh spoil betul la kedai-kedai ni." Ujar Mira rimas.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 17, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dadah Media SosialWhere stories live. Discover now