Loceng waktu pulang kedengaran nyaring.Semua pelajar Army Highschool bingkas mengemaskan buku-buku dan peralatan tulis masing-masing.Langsung tidak menghiraukan Cikgu Zeze yang masih lagi tercegat di situ.
"Okey,kelas.Sebelum balik pastikan suis kipas ditutup,"pesan Cikgu Zeze sebelum melangkah ke meja untuk mengambil buku mengajar.
Setelah pelajar-pelajar mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Zeze,barulah dia melangkah meninggalkan bilik darjah itu.
Hanyalah beberapa pelajar sahaja yang masih belum berganjak dari kelas itu,iaitu BTS.Suasana tegang antara mereka dngan Jhope yang melarikan mejanya jauh dari kedudukan sebenar disebelah Jungkook.
Selalunya suara mereka yang memenuhi ruang kelas itu tetapi hari ini lain pula.Bercakap pun hanya untuk menjawab soalan yang diajukkan oleh Cikgu yang mengajar pada hari ini.
"Hyung,pergi mana semalam.Pagi baru balik."Jungkook menghampiri Jhope yang sedang mengambil barang di lockernya.Jhope berpaling memandang ke arah Jungkook dan perbuatannya tadi di hentikan.BTS yang lain memandang kearah Jungkook dan Jhope.
Ada baiknya Jungkook menegur Jhope selepas apa yang terjadi semalam.Mereka amat risau dengan kehilangan Jhope semalam dan kata Suga pagi-pagi buta baru dia balik.
(Flashback semalam)
"Apa dah jadi ni! Jimin! Apasal bersepah sangat ni!Kau buat apa ni?!"bertubi-tubi soalan dihamburkan kepada Jimin yang duduk di birai katil milik Jungkook.
Jimin membisu seketika.Dia mengelap darah yang ada di bibirnya menggunakan ibu jarinya.Pandangannya redup dan kedengaran dia mengeluh berat.
"Jimin-sshi,wae ni! Kau gaduh dengan Jhope ke!?"timbul kerisauan Rapmon apabila melihat Jimin hanya mendiamkan diri.Langsung tidk berkata apa-apa walaupun Jin membebel pada dirinya.Ditanya kemana hilangnya Jhope.
Ingat aku pembantu peribadi dia ke !!
"Jimin,ikut hyung kejap.Masuk dalam bilik hyung cepat!"arah Suga lalu beredar dari situ.Dengan terkial-kialnya menghayunkan kaki untuk melangkah keluar dari bilik itu.
Jungkook dan V mengemas bilik yang seperti kapal pecah itu dengan segera apabila diarahkan oleh Jin.Jin dan Rapmon mengemas di bahagian bawah,ruang tamu.Nampak sangat angin Jin tak baik.Apa tak nya rumah habis bersepah.
Tahu rumah bujang tak kan sampai macam tu sekali.Gaduh pun agak-agaklah.Jangan dirumah gaduh tu,tu dekat padang ke kalau nak gaduh tak lah barang semua rosak.
Suga menghembuskan nafas berat dan memandang Jimin yang duduk di katil milik Suga dengan serius.Jimin dapat mengagak kenapa Suga memanggil aku masuk kedalam biliknya.Dia menundukkan kepalanya.
"Aku kenal kau dari kecik dan aku tahu sangat kau tu.Apa yang Jhope buat dekat kau sampai korang buat rumah ni macam gelanggang gusti"soal Suga lalu menarik kerusi yang berada di mejanya.Dipandangnya tepat di muka Jimin.
"Tak ada apa-apa"kata Jimin dengan perlahan.Dia tidak tahu mahu jawab apa dengan Suga.Suga ni tahu melihat orang tu dalam perasaan apa.
"Jangan tipu hyung kalau langsung Jhope tu tak buat apa-apa dekat kau"suaranya menjadi tegas dan keadaan didalam bilik itu menjadi tegang.
"Aku pun tak tahu nak cakap apa sekarang ni.Aku buntu.Otak tengah bercelaru dengan masalah yang menimpa."dia membaringkan badannya lalu memejamkan matanya.Suga mendekati Jimin.
"Tu sebab aku kata bagitahu dekat aku sekarang ni.Bukan baru sekali dua kau kenal aku kan.Aku takkan bagitahu orang punya."Suga cuba memujuk Jimin supaya membuka mulut.
"Jhope hyung....dia...marah aku tadi..sebab..aku terlampau peduli dekat ExLeast.Dia nak kita jangan pedulikan Exleast.Adik aku ahli ExLeast.Takkan aku tak peduli dia walaupun aku ni selalu gaduh dengan dia tapi dia tu lah satu-satunya adik perempuan yang aku ada."kata Jimin meletakkan lengannya dimata yang dipejam.
YOU ARE READING
You Make Me Crazy
RandomMengisahkan tentang sekumpulan perempuan yang selalu membuatkan orang mahu menjadi gila dengan perangai mereka.Mereka susah dikawal dan suka membuli disekolahnya.Suatu hari mereka terpaksa menghadapi pelbagai dugaan apabila orang yang mereka pernah...