Hati

59 0 2
                                    

Mulut aku kelu,
Bibir aku terketar-ketar,
Mata aku tidak lagi mengeluarkan permata jernih tanda kesedihan.

Hati aku jadi kaku,
Aku sudah tidak tahu apa itu bahagia,
Aku tidak tahu apa sebab untukku ketawa,
Aku kehilangan kekuatan untuk terus tersenyum seikhlas hati ini,
Sedikit demi sedikit aku rasakan diri ku seperti patung.

Kadangkala aku kematian kata,
Aku rindukan memori seketika,
Yang orang lain pasti akan terkewata pabila mendengar cerita nya,
Aku mahu menangis,
Tapi aku tidak tahu bagaimana!

Keliling ku terasa kosong,
Minda ku menjadi gelap,
Aku kini terpenjara sekali lagi dengan kesalahan diri sendiri,
Yang membunuh hati dengan perasaan mencintai.

Setiap masa aku teringat kan dia,
Betapa bijak nya dia,
Betapa tidak layaknya aku untuk dia,
Dan betapa bodoh nya aku kerana terus merindui dia...

Hati ini rindu kan kau...
Dengar lah...
Buangkan perasaan aku ini...
Tolong?

Puisi Remaja SunyiWhere stories live. Discover now