pergi

172 17 0
                                    

Aku mintak maaf
Kerana telah menyusahkan
Aku tidak pernah sangka
Kau menanggung banyak beban
Yang telah mencelarukan hidup kau

Aku sedar
Aku bodoh
Aku mementingkan diri sahaja
Tidak pernah kesah akan orang lain
Aku hanya mampu
Untuk membuat orang lain derita

Aku akan cuba
Untuk menjadi tabah
Agar engkau tidak perlu menderita
Andai aku tidak berubah
Aku memohon
Kau pergilah dari hidup aku
Agar engkau tidak terasa

Aku tahu
Kau kelihatan kuat diluar
Tapi lembut didalam
Aku juga tahu betapa lamanya
Kau menderita dek perangai aku
Aku menyesal
Mungkin aku yang patut pergi
Jauh dari pandangan engkau
Agar engkau tidak lagi perlu menderita

Ya, aku yang sepatutnya beredar...

Mulut ( √ )Where stories live. Discover now