istimewa

117 11 0
                                    

Saat pertama kali berjumpa
Aku tahu kita sempurna
Sebagai kawan dan teman
Berkongsi suka dan duka

Kadang kita bergaduh
Kadang kita bermesra
Kadang kita dingin
Kadang kita senyap

Meski banyak kenangan pahit
Ianya sebuah nostalgia bagi kita
Disaat kita mengimbas kembali
Segala memori indah telah tercipta

Aku sungguh beruntung
Dapat berjumpa dengan mereka yang pelbagai ragam

Ada yang berasa menyampah
Ada yang terlalu periang
Ada yang selalu membangkang
Ada yang pendiam
Ada yang penuh dengan sindiran

Setiap dari mereka menceriakan hidup yang kusam ini
Alangkah bagusnya jika persahabatan ini
Dapat berkekalan sehingga dewasa kelak

Aku tahu
Telah banyak kali
Aku menggoreskan hati mereka
Tanpa aku sedar mahupun sengaja

Aku ingin mintak maaf
Tapi aku tidak boleh
Kerana ego menguasai akal

Mulut ( √ )Where stories live. Discover now