Balas

41 2 0
                                    

Aku membuka mata aku yang terasa amat berat. Badanku cuba dibangunkan dengan perlahan. Segala tenaga aku kerah untuk cuba duduk bersandar pada katil. Kepala aku berdenyut-denyut. Aku melihat sisi kanan katil. Tiada tubuh yang sentiasa ku tatap tatkala aku bangun. Aku meraup wajah dan memicit-micit kepala. Pipi aku basah. Air mata aku jatuh dengan tiba-tiba. Dada aku terasa perit. "ZAFRAN!!!" Aku teriak namanya dengan kuat. Pintu bilik dikuak. Badan aku dirangkul erat bila aku dilihat teresak-esak. "Maaf sayang." Suaranya lembut dibisik ke telinga aku. Aku masih teresak.



"Abang mintak maaf sayang. Abang pergi beli makanan untuk kita. Ni abang ada beli nasi lauk daging masak kicap, favourite sayang. Abang suapkan ye." Zafran mengusap kepalaku lembut. Aku hanya mampu diam membisu. Badan aku tidak larat digerakkan. Seperti tenaga aku dihabiskan untuk berlari marathon.



Zafran menyuapkan aku nasi yang telah dibeli. Aku hanya menelan 3 suap. Aku tiada selera. Zafran menghela nafas panjang dan menjamu makanannya. Aku hanya baring dan melihatnya makan. "Apa yang kau rahsiakan dari aku Zafran." Aku berkata di dalam benak fikiran.




"Nak pakai baju apa hari ni?" Aku bertanya pada Zafran sambil bersiap-siap untuk ke kelas. "Abang pakai baju ni, sayang pakai baju ni." Zafran menghulurkan kemeja jeans yang serupa dengannya kepadaku. Kemeja jeans yang kami beli sekali sewaktu bersiar di Seremban dulu cuma warnanya agak berbeza. Aku mencapai kemeja dari tangannya lalu menyarungkan ke badan.



"Mengantuknya..." Zafran mengomel lalu menguap. Badannya disandarkan sedikit padaku. "Korang buat apa malam tadi sampai mengantuk sangat ni? Tu eyebag tu... Ishh ishhh ishhhh. You guys tak boleh tunggu malam Jumaat ehh? Gelojoh betol laaa." Bell berpaling kepada kami dan membebel. Dian hanya tertawa kecil. "Babe, bagi I dengan Zafran, everynight is Thursday night. Kan Zafran." Aku memerli Bell. Zafran hanya terus bersandar padaku. Bell menunjukkan riak muka 'WTF'-nya. Aku sebenarnya tidak mahu memanjangkan cerita kerana malas mahu Zafran mencelah. Ya. Aku masih panas dengan sikap Zafran yang masih belum menjelaskan hal sebenar tempoh hari dengan tindakannya yang kasar.



"Zafran and Shah, if you guys wanna cuddle up or something, please get a room. Don't do any adult act in my class please." Wahhh. Madam Mar pantas membuat konklusi sendiri. "What Madam??" Aku membuat muka. "Bitch please. I know you guys so well." Kemain lagi Madam aku ni. "Again madam. WHAT???" Aku tergamam dan bingung dengan kata-kata madam. Dian dan Bell sudah tertawa kecil. Madam seolah-olah dengar perbualan antara aku dengan Bell sebentar tadi.



Habis sahaja kelas, aku, Dian dan Bell bergerak ke cafe. Zafran ke tandas dan menyuruh kami gerak dahulu.



"Mana Zafran ni?" Aku mula resah kerana Zafran tidak muncul-muncul. Katanya ke tandas. Kenapa lama sangat? "Seriously Zafran ni?? Ughhh!!" Bell mengeluh.



"Errrr... Babe, isn't that Zafran... with... KJ???" Dian mencuit aku dan menunjuk ke arah sudut cafe. Aku tergamam. Ally sedang membelai-belai tangan Zafran. Lebih menyakitkan, Zafran melayan karenah binatang liar tu. "BETINA SUNDAL!!" Bell teriak tanpa menghiraukan siswa dan siswi yang lain.



Zafran yang terdengar teriakan Bell menoleh ke arag kami. Aku terus berlari balik tanpa menoleh ke belakang. Air mata aku jatuh semasa aku melangkah laju. "Babe!!" Dian memanggil aku. Zafran bingkas bangun cuba mendapatkan aku. Dian dan Bell menghalang Zafran. Zafran cuba melepaskan diri tetapi satu tamparan dari Dian hinggap pada pipi Zafran. "Bodoh punya jantan." Dian marah dan menggenggam erat penumbuk. Zafran terpaku. Dian dan Bell terus meninggalkan Zafran keseorangan.



Aku duduk di tepi padang keseorangan. Termenung jauh. Aku masih menangis. Kenapa aku asyik menangis semenjak dua menjak ni? Terlalu banyak yang bermain di dalam fikiran aku. Tanpa aku sedar, ada seseorang malabuhkan punggungnya di sebelah aku. Luqman.



"Kenapa ni Shah?" Suara lembut Luqman memecah menung aku. Tangannya lembut mengusap badan aku. Aku hanya menggelengkan kepala dan mengesat air mata. Aku segan. Pantas tangannya mengesat air mata di pipi aku."Buat apa sorang-sorang ni. Termenung jauh pulak tu." Aku hanya mengukir senyuman kelat pada Luqman. Aku hanya mengamati peluh-peluh Luqman yang membasahi badannya. Bajunya yang basah lagi menunjukkan bentuk badannya yang sasa. Kulitnya yang sawo matang menyerlahkan lagi kelakiannya. "Semangat ehh Luqman training ragbi hari-hari?" Akhirnya aku bersuara. "Biasalah, KARISMA dah dekat. Kena laa usaha lebih. Shah kalau free, datang laa tengok Luqman training. Kalau Luqman rehat. Kita sembang kat sini macam sekarang. Bosan jugak asyik bersembang dengan budak ragbi. Teringin jugak nak kenal-kenal dengan Shah." Pelawaan Luqman membuatkan aku tersenyum. "Boleh ke? Tak ganggu ke?" Aku cuba memanjangkan lagi perbualan. Bukan apa, aku tertarik dengan susun kata Luqman yang sopan dan lembut. "Boleh je. Kalau tak, takkan lahh Luqman ajak Shah datang sini tiap petang." Luqman bicara sambil tertawa kecil. Nafasnya kencang dari tadi. Penat bermain lah tu. Nafasnya amat mengghairahkan.



Sedang aku bersembang dengan Luqman, aku ternampak dari jauh Zafran dan Ally sedang jalan bersama menuju ke kolej. Zafran menoleh ke arah aku dan Luqman. Aku pantas mengalihkan pandangan lalu mencapai tuala dari tangan lalu mengelapkan peluh Luqman di sekitar lehernya. Luqman terkejut sebentar dan terus meletakkan tangannya dia atas tanganku yang sedang mengelap peluhnya. Matanya dan mataku bertentangan.



Aku pasti Zafran melihat kelakuan aku dan Luqman ini. Luqman bangun dari duduknya dan menghulurkan tangannya kepada aku. Aku mencapai tangannya dan turut bangun. "Shah balik dulu ye. Luqman nak training lagi sikit ni. Nanti kita jumpa lagi ye." Bicara Luqman sambil mengusap lembut kepala aku.



"WOI!!!!" Suara Zafran berteriak dari jauh kedengaran. Langkahnya menuju ke arah aku dan Luqman.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 03, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EGO : Pergi Mampus...Where stories live. Discover now