"JADI sekarang ni encik nak yang macam mana? Bagaimana? Boleh tak encik terangkan kepada saya." Diana cuba menahan suaranya.
Berbuih-buih mulutnya menerangkan itu dan ini. Mencadangkan segala konsep yang menjadi trend sekarang tapi gelengan yang dia dapat sebagai jawapan. Siapa tak sakit hati?!
"Kenapa tanya saya pula? That's your job not mine!" Mendatar saja suara lelaki di depan Diana bagaikan tidak melihat kemarahan di sebalik mata cantik itu.
Diana Humaira mengeluh perlahan. Dia panggung kepala melihat lelaki yang enak bersilang kaki di depannya. Memang la dia pereka dalaman tapi dia memang tak tahu apa yang perlu dia cadangkan untuk memuaskan hati lelaki di depannya. Kalau lelaki itu bukan klien dah lama dia bungkus di dalam plastik dan campak ke tempat pelupusan sampah.
"Kenapa diam? Tak ada idea or you can't make it?"
Senyuman mengejek yang terlakar membuatkan hati Diana yang panas bertambah panas. Panas sampai nak rentung.
"Macam ni la, Cik Humaira. Kalau awak tak boleh buat atau tak berkeyakinan nak buat, saya boleh aje cari pereka dalaman yang lain. I am sure, syarikat awak mesti ada pekerja yang jauh lagi hebat daripada awak, kan?"
Shahrul hampir ketawa usai saja berbicara. Muka biru Diana buat dia lebih seronok menyimbah minyak panas kepada gadis itu. Bulat mata Diana macam nak telan Shahrul hidup-hidup!
Diana tahan rasa. Tangan di bawah meja digenggam erat. Sabar Diana, sabar! Dia paling pantang kerjanya diperlekehkan. Tanpa kata dia menampal senyuman di bibirnya. Dia akan buat lelaki itu terjuling dengan hasil kerjanya nanti.
"Tak payah! Saya akan buat macam yang encik nak tu. I am promise. Encik akan kagum nanti."
Shahrul tayang muka sinis. Nampaknya gadis ini pantang dicabar. Sengaja dia buat muka tak pasti kepada gadis itu.
"Are you sure?" Shahrul menyoal jengkel.
"Yes!" Diana menjawab yakin.
"Good! Saya pun tak nak bazirkan masa untuk hired orang lain tapi..." Shahrul pandang wajah Diana.
"Make sure hasil kerja awak bagus sebab saya bukan orang yang suka menghadap kerja yang tak berkualiti. Faham?!" sambung Shahrul. Cukup dengan muka angkuhnya, membuatkan sesiapa saja yang melihat rasa nak cili aje mulut lelaki itu.
"I rasa kita dah selesai sekarang. I need to go."
Jam tangan dikerling dan saat itu Shahrul mula berdiri.
"Sebelum tu, saya ada satu perkara lagi. Pastikan semua perabot atau cat dalam rumah tu hanya merah dan hitam. No others colours. I hope you understand!"
Dengan senyuman menyenget, jari telunjuk Shahrul tepat pada Diana yang masih duduk dengan muka berbahang. Tanpa pamitan. Shahrul berlalu.
Diana yang ditinggalkan rasa macam orang bodoh! Dia belum sempat pertahankan dirinya lagi. Dia bengang! Ini kali pertama dia bertemu dengan pelanggan yang sangat-sangat menyampahkan. Ini yang leceh kerja untuk lelaki. Lelaki tahu apa? Tahu sakitkan hati perempuan adalah!
"Encik!" Diana berdiri.
Langkah Shahrul terhenti. Tersenyum seketika sebelum berpusing menghadap Diana.
"Yes? Anything?"
"Kalau encik pandai sangat, kenapa tak encik aje dekorasi rumah encik tu sendiri? Encik lebih kenal diri encik sendiri, kan? Apa yang encik nak, apa yang encik tak nak. I think, kalau encik bekerja macam saya, saya rasa encik boleh wujudkan dekorasi yang unik macam encik cakapkan tadi."
KAMU SEDANG MEMBACA
Backup Cinta
RandomIsha Humaira, sekali pandang hatinya sudah tertawan. Lelaki itu hadir saat jiwanya hampir mati, namun raut wajah itu mengembalikan senyumannya. Biarpun orang akan kata dia gila sebab tenang melihat muka bengis bak harimau kelaparan itu, hatinya masi...